Pucuk Midin Goreng Belacan

2:35 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sudah makan tengahari?  Apa agaknya hidangan tengahari ini? Jemput jamu mata dengan Pucuk Midin Goreng Belacan di dapur kami. Jarang sangat nak jumpa sayur pucuk midin @ pucuk paku merah di LD. Biasanya kami jumpa pucuk paku tanjung sahaja. 

Amie tumis dengan perencah belacan dan udang segar. Oleh kerana Encik Suami semakin kurang menggemari masakan pedas, jadi Amie bubuh sedikit saja cili padi, tumbuk dengan belacan dan bawang.

Udangnya pula, Amie goreng terlebih dahulu dan kemudian masukkan semula ke dalam tumisan pucuk midin.

Pucuk Midin Goreng Belacan.


Inilah pucuk midin yang kami beli di pasar tani. 
Nampak segar dan gemuk!

Pucuk Midin Goreng Belacan

Bahan-bahan:
  • 20 batang sayur midin - ambil pucuk dan daunnya yang lembut
  • 10 ekor udang basah - bersihkan
  • 1 tangkai cili merah - hiris
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan tumbuk:
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 sudu besar belacan
  • 7 biji cili padi - boleh tambah
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan goreng udang hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga terbit aroma.
  3. Masukkan pucuk midin dan hirisan cili merah. Tutup kuali selama 1-2 minit.
  4. Buka kuali dan masukkan udang yang sudah digoreng.
  5. Taburkan garam / perasa pilihan secukupnya.
  6. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.

29 comments

  1. SA suka pucuk midin ni Kak Amie, masa adik belajar kat UNIMAS tiap kali nak balik memang suruh dia beli stok bawak balik ke semnanjung...memang sedap goreng belacan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pucuk midin memang terkenal di Sarawak kan SA.

      Padam
  2. Lama dah saya tak makan pucuk midin ni, kak. Baru habis lunch, tiba-tiba terasa nak makan lagi tengok lauk akak ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun lama tak jumpa pucuk midin di LD. Nampak saja di pasar tani terus rembat.

      Padam
  3. Midin ni mmg faveret saya. Kalau dulu2 seikat RM2, skrg ni rasanya dah jadi RM5 seikat. Kalau di Sarawak, makan dgn linut (ambuyat) & sambal belacan mmg bermangkuk2 tambah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, sekarang sayur kampung pun dah harga kayangan. Rindu pula nak makan ambuyat!

      Padam
  4. sedapnya kak, kalau mak dana masak tumis makan pulak panas-panas memang layan. Sedar-sedar habis dah dalam mangkuk sayurnya tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tumis pedas, nasi panas...adeeehhh memang tak toleh kiri kanan dah! Menyuap terus.

      Padam
  5. nampak sedappp...pernah nampak

    BalasPadam
  6. Saya tak pernah jumpa pucuk midin ni.
    Besar udang Amie guna. Sedap, sayur masak macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malas nak buang kulit udang, nampak besar pula ye Nur.

      Padam
  7. Sayur yang membuka selera ni Kak Amie. Kalau pedas sangat pun boleh potong selera, lebih elok dikurangkan cili padinya, kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu SK. Nak makan sayurnya ke nak makan cili padinya hihihiii.

      Padam
  8. pernah sekali makan pucuk midin masa di Kuching...suka2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak semua tempat ada pucuk midin kan. Memang tak lepas peluang makan pucuk midin di Kuching ye.

      Padam
  9. kalau kat sini wak panggil pucuk paku merah
    Masak tumis air, sedap hirup kuahnya yang merah macam air sirap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di kampung saya pun banyak Wak. Lagilah kalau selepas tebas kebun, turun hujan. Lagilah subur tumbuhnya.

      Padam
    2. Pucuk paku merah sebenarnya tak sama dengan midin.

      Padam
  10. sedap ni.. kita panggil pakis merah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beza pakis merah tempat kita dengan midin walaupun dari keluarga pakis.

      Padam
  11. Nampak segar dan muda2 pakisnya..Masa kat Pasar Payang hari tu nampak ada jual pakis ni tapi daunnya dah kembang..depa panggil pucuk miding kalau tak salah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo, ada midin juga di sana ye Mama Cella.

      Padam
  12. Sedih saya belum pernah rasa pucuk midin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Midin banyak di Sarawak. Di tempat kita memang ada, tapi paku pakis merah namanya. Beza saiz dan rasa.

      Padam
  13. ammi first time makan midin ni masa ke Sarawak tahun 2006 rasanya. mak mentua adik ipar yang masakkan. nyemmmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, biasanya midin banyak di Sarawak. Di Sabah, jarang ada.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe