Pages

Khamis, 17 Februari 2022

Makan Nasi Beriani Kari Kambing

Mulai hari ini sekolah Firdaus ditutup sehingga 21 Februari 2022 untuk kerja-kerja sanitasi. Sekolah-sekolah rendah yang lain sudah ditutup satu-persatu sejak minggu lepas. Sekolah kita setakat ini belum ditutup. Hari-hari kita datang ke sekolah dengan penuh ketakutan. Bangun tidur rasa nak demam. Sampai sekolah rasa sesak nafas pula. Maklumlah, setakat hari ini sudah 21 rakan kena kuarantin kerana positif... huhuhuuu! Sampai di rumah sihat walafiat kembali. Bila disebut 'sekolah' tiba-tiba rasa sakit seluruh badan! 

Kita sengaja suruh Encik Suami hantar ke tempat kerja. Waktu pulang pula kita ajak ke kedai mamak di bandar. Sudah banyak kali terserempak dengan nasi berianilah, nasi Arab kambinglah di selatan sanun. Singgah KL asyik merenung kari kambing lagi....adeeeehhhh! Kalau begini sampai bila boleh bertahan tanpa kambing! Godaan kambing melebihi segalanya!

Nampaknya Encik Suami ada masa untuk makan bersama, jadi kami pun singgah di Restoran Auliah. 

Nasi Beriani Kari Kambing

Kari Kambing

Kami minta makan nasi beriani berhidang. Datanglah semangkuk penuh kari kambing!

Ayam Tandoori

Selain Kari Kambing, kami minta Ayam Tandoori.

Papadom

Semangkuk papadom.

Acar Timun & Lobak Merah

Sotong Goreng Celup Tepung

Sotong goreng celup tepung ini 2/3 habis diratah Firdaus.

Bismillah.


Eh, datang pula sup kosong semangkuk kecil!
Inilah uniknya makan di Sabah. Semangkuk sup kosong biasanya turut mengiringi hidangan yang disajikan.

Selepas makan tengahari kami terus pulang ke rumah.
Seperti biasa, terus ke dapur rendam beberapa kuntum bunga cengkih dan hirisan lemon ke dalam segelas air panas. Kemudian kita mandi dan terus solat. Selepas itu minum air rendaman bunga cengkih dan lemon. 
Alat ujian kendiri, saliva test dan juga panadol serta vitamin C memang semuanya sudah sedia ada di depan mata! Doakan kami semua sihat sejahtera.
Sekarang rasa sangat gembira dan sihat tetapi apabila bangun pagi rasa 'hendak' sakit apalagi apabila sampai ke sekolah, rasa sesak nafas pula. 'Rasa' itu bukan kita seorang yang rasa, tetapi semua kawan-kawan lain turut merasa 'rasa' yang sama! Maknanya, hanya dengan berada di rumah sahajalah kita rasa selamat.


33 ulasan:

  1. sedap sangat kari kambing tu bahh,. ;p

    BalasPadam
  2. alahaii terliur tengok kari kambing tuu

    BalasPadam
  3. Mesti tak sama rasa beriani kari kambing di sanun dengan di sinun.. lagilah pulak ada ayam tandoori. Budak kecil tu, tak mahu makan nasikah?

    Semoga Kak Amie sekeluarga sihat2 sahaja dan dihindari dari virus covid 19, Amiiinnn YRA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budak kecik tu meratah sotong goreng celup tepung saja. Adalah dua tiga sudu dia makan nasi beriani. Terpaksalah sang bapanya yang habiskan tapi tak terhabis juga.

      Padam
  4. Sana sini semakin banyak kes positif. Faham sangat bila dengar sekolah tu auto akan rasa lemah. Kalau dapat WFH sekarang mesti rasa sihat lagi. Semoga Allah lindungi kita semua kak Amie dari COVID jahat. Aaminn...

    Kuat sungguh godaan kambing. Dimana mana ada kambing. hehe... Firdaus memang suka goreng goreng rangup ye. Dia makan sorang pun boleh habis. Itulah tu, unik makan di Sabah mesti ada supnya. Bagus jugak dihidang satu satu dalam pinggan kecil. Nampak banyak setiap satu side dish.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampaknya makin mencanak-canak naik jumlah kes covid-19 di Sabah. Tak tahu bila akan surut. Sebelum makan, Firdaus sudah habiskan satu gelas milo suam. Agaknya perut dah enuh, tu pasal tak boleh masuk nasi. Dia makan sotong goreng saja.

      Padam
  5. Allahuakbar....patutlah kes di sabah nampak naik. Kawan kat hospital Tawau pun kata dia positif. Semuga Allah lindungi semua warga sabah dari kes virus covid 19. Aamiin.

    Jaga diri amie. Semuga Allah jauhkan lah hendaknya. Seriau kan bila ramai sangat yang positif.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal Notie. Balik rumah sihat walafiat, tenang saja. Bila sampai sekolah masing-masing rasa nak demam pula.

      Padam
  6. perghhhh kari kambing dia nampak sedapnya. Semua lauk pun buat ngences je amie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nampak ada lauk kambing, memang kita susah kalau tak nak ambik heheheee.

      Padam
  7. Sedapnya lahai sesekali layan makan gini.. bahagia sungguh erut kan..
    Moga akak sekeluarga baik-baik aja dan sihat selalu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaaa...bahagia perut ya Sis Lin.
      Aamiin, mudah-mudahan baik-baik sahaja.

      Padam
  8. sedapnya makanan2 di restoran Sabah skrg. Dulu masa kerja di sana sy lebih suka masak sendiri sbb bahan mentah murah. Tp jika makan di restoran mmg mahal la sikit...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hampir 30 tahun saya di Sabah. Banyak perubahan yang berlaku pada hari ini berbanding dulu.

      Padam
  9. Hehe psikologi, rasa sakit apabila ke sekolah.
    Tidak dapat bayang pergi ke tempat yang tahu ada rakan yang positif Covid. Baik-baik ya. Elok cegah.
    Sedap pula tengok merah ayam tandoori.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu... memang psiko sungguh.
      Itulah, nampak saja ayam tandooriterus minta seketui.

      Padam
  10. Balasan
    1. Sedap Syaz, apalagi time perut lapar heheee.

      Padam
  11. sedapnya beriani kambing...lpr la plak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Briani kambing memang selalu menggoda selera.

      Padam
  12. Terubat seketika kegelisahan bila dapat makanan yang diidamkan. Memang banyak kes sekarang ni. Hanya mampu berjaga-jaga dan pasrah tengok angka kes yang meroket

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seram kan bila melihat angka mendadak naik. Itulah yang mampu kita lakukan, jaga SOP.

      Padam
  13. Masya Allah...semua menu tu menggoda..lebih2 lagi 🍲🐐

    Allahu..semoga rakan2 cikgu dikurniakan kesembuhan .
    Cikgu,sesekali kalau rasa sesak sangat nafas,cuba tuang sikit cuka makan kat tapak tangan.Gosok2 tapak tangan bercuka tu sambil sedut dalam2..
    Bau cuka tu memang menyengat tapi pernafasan rasa lapang..insha Allah
    Saya dah buat.Semoga Allah lindungi kita dari penyakit bahaya dan kemudharatan lain..🤲🤲🤲

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mama Cella.
      Nanti saya share dengan kawan-kawan. Mungkin perasaan takut kami apabila masuk ke bilik guru sebab ramai yang positif. Biasanya kami akan buka semua tingkap dan keluar duduk di gelanggang yang berangin.

      Padam
  14. samalah dengan kat sini kak, makin ramai staf dekat pejabat dana yang positip, sekolah Aiyan pun minggu lepas banyak yang tutup.... kita ni pergi kerja dengan rasa ketakutan... nak cakap pun rasa malas, sebab risau kot-kot kita pembawa atau kawan yg lawan cakap tu pembawa

    BalasPadam
  15. sotong goreng tepung mesti ada utk firdaus kan..

    BalasPadam
  16. aduyai sedapnya tetiba teringat pula nasu kambing 40 hari

    BalasPadam