Beaufort, Aku Datang!
9:23 PTGKetika kami meninggalkan daerah Sipitang, cuaca agak redup tetapi di pertengahan jalan hujan renyai-renyai pula. Destinasi kami ialah ke Tamu Beaufort atau Pasar Beaufort. Terlebih dahulu kita saksikan identiti daerah Beaufort yang terkenal suatu ketika dahulu dengan hasil pengeluaran limau manis atau limau madu. Buah limau dari Beaufort memang sangat terkenal dengan rasanya yang manis. Edarannya sampai ke seluruh negeri Sabah. Apabila pelanggan diberitahu buah limau yang dijual itu datangnya dari Beaufort, mereka akan terus membeli tanpa fikir dua kali. Namun itu cerita dahulu yang berakhir dengan peristiwa banjir sehingga menyebabkan pokok-pokok limau itu mati. Sebagai ganti, ditanam pula pokok kelapa sawit yang dikatakan lebih tahan lasak walau dalam keadaan banjir.
Replika limau manis @ limau madu di pekan Beaufort |
20 comments
Kak Amie, Terang Bulan tu panggilannya sama dengan beberapa tempat di negara jiran, kan. Sy pernah baca apam balik tu dipanggil terang bulan di sana. Kuih jelurut tu pun sy pernah jumpa, di seberang juga.
BalasPadamBetul tu, terang bulan sama sebutannya dengan negara jiran. Jelurut tu terkenal di Brunei, dan kawasan sekitar Sabah dan Sarawak yang berhampiran dengannya.
Padamkuih jelurut tu makan mcm tu je ke? xde cicah ngan pape eh? rasa dia?? mcm kuih pulut ke?
BalasPadamMakan begitu saja.
PadamTerang tu apam balik ke kak amie?
BalasPadamTerang bulan itu sama macam apam balik di tempat kita.
Padambest betul jalan2 di pasar pagi kak, seronok mencari pelbagai kuih muih tradisi, kuih lama... kuih jelurut tu mesti sedap kan kak
BalasPadamSedap Dana! Bayangkan adunan tepung beras dengan santan, rasa manis dan ada aroma pandan.
Padamaduh terus teringat tepung pelita tuh kak... aroma pandan lak
Padambestnya jalan jalanke pasar pagi..
BalasPadamYa, kalau daang awal pagi banyak boleh lihat pelbagai jualan.
PadamMungkin kena datang sebelah pagi utk dapatkan kuih jelurut tu Kak Amie :)
BalasPadamKuih terang bulan tu apam balik ke kak?
Ya, betul juga tu. Kami datang lewat.
PadamCANTIKNYA BENTUK JELURUT MESTI SEDAP RASANYA
BalasPadamSedap Kak PI. Makan satu tak cukup tu.
PadamSeronoknya JJCM...
BalasPadamKat tempat saya ada juga kuih seakan jelorot tapi guna daun pisang dinamakan tepung serunai.
Tapi kalau berpeluang lagi ke Sabah ...saya nak cari kuih muih yang pernah cikgu Amie kongsikan dalam blog ni terutama kuih kocong,karipap mihun,putu & tompek
sayangnya dah takde limau manis Beaufort tu ye. Teringin juga nak naik keretapi ke Beaufort tu. harap terkabul suatu hari nanti
BalasPadamMasih cantik terjaga replika limau manis tu walaupun dah bukan jadi tarikan di Beaufort. Sama macam Sal juga, teringin nak naik keretapi ke Beaufort. Boleh tahan lama juga perjalanan tu. Tapi menariklah dapat tengok permandangan. Kalau macam kak Amie naik kereta sendiri lebih baik naik kereta kan.
BalasPadamNampak taman tu macam terbiar je. Banyak kuih muih tradisional yang Kak Amie kenalkan. Kalau datang Sabah tak lah pelik kan sebab dah tahu :)
Oh ya pernah dengar keretapi sari KK ke Beaufort. Tapi itulah Puan Amie macam jalan-jalan Sabah tidak sesuai pula naik keretapi.
BalasPadamuniknya nama kuih jelurut tu..
BalasPadam