Hasil Karyaku : Antologi Cerpen Rezeki Jalanan
4:16 PTGTahun lepas, selit-selit hantar karya untuk diterbitkan bersama dalam Siri Antologi Cerpen Kemerdekaan Malaysia Tanah Airku. Alhamdulillah, salah satu karya terbit dalam judul Rezeki Jalanan terbitan SYFE.
Lama sungguh tidak menghasilkan sebarang karya kreatif. Memang seksalah juga hendak memulakan ayat. Tapi cuba sajalah dan berlapang dada sekiranya ada kritikan dan membuat pembetulan. Alhamdulillah, karya diterima tanpa halangan dan akhirnya terbit di penghujung 2021.
Karya cerpen kita bertajuk Sate Ayam Kuah Kacang.
Mentang-mentanglah asyik duduk dapur, yang ditulis pun pasal makanan juga.
Memulakan sesuatu memang terasa kepayahannya, tetapi apabila menatap hasilnya walaupun hanya secebis kisah kecil dalam beberapa helaian, namun kepuasannya hanya kita sahaja yang tahu.
Setelah membenamkan bakat dalam lumpur bertahun-tahun lamanya, dengan usaha dan istiqamah dapatlah juga mengeluarkan kembali sedikit 'bakat' berendam itu.... ahaks! Kiranya aku menulis bukan kerna nama....ececeeeheheheee!
15 comments
wah karya kak amie dh diterbitkan...tahniah
BalasPadamwahh. tahniah kak amie!
BalasPadamTahniah kak amie!
BalasPadamWah…Tahniah 👏🏽
BalasPadamAlhandulillah, memang terselah bakat bila karya diterima. Bila-bila senang kongsi lah tips.. Tahniah sis.
BalasPadamWah tahniah kak... ramai betul kawan blogger dana yg hasil tulisannya dibukukan... kak PI, SR pastu kak Amie jugak
BalasPadamSelamat atas terbitnya Rezki Jalanan.
BalasPadamTahniah
BalasPadamteruslah mengasah bakat penulisan kreatif
Wah, macam mana nak baca karya Kak Amie tu?
BalasPadamWah. Menarik ni.
BalasPadamtahniah kak Amie. slow-slow asah bakat menulis tu balik. mana tau karya lebih 'besar' lepas ni
BalasPadamHaha Puan Amie memang saya nampak suka sate.
BalasPadamTahniah kerana karya terpilih.
Sejak dulu saya sangat menggemari kalau cerpen,novel atau drama yang tajuknya tentang makanan.Paling saya suka karya2 Azizi Hj Abdullah dan Shahnon Ahmad.Biasanya tajuk hanya tersurat berbanding isinya.Sate Ayam Kuah Kacang ni pastinya ada yang tersirat juga agaknya
BalasPadamAlhamdulillah..tahniah kak Amie. Hebat berkarya, lepas ni tak boleh peram lama lagi.
BalasPadamDisebalik sate ayam kuah kacang terselit kisahnya.
tahniah kak amie..seronoknya bila karya kita dh diterbitkan
BalasPadam