Pasar Malam Gadong

6:04 PTG

Sebelum makan malam, sebaik sahaja keluar dari kawasan Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah, Cik Amal membawa kami melawat sebentar ke Pasar Malam Gadong yang terletak di Simpang 37, Bandar Seri Begawan. Pasar ini dibuka setiap hari pada pukul 3 petang sehinggalah ke malam.

Bila melihat keropok lekor, terus membayangkan jualan di sini tidak banyak bezanya dengan jualan di pasar malam di tempat sendiri. 

 Ada sayap panggang.

 Tongkeng ayam panggang.

 Dan sudah tentunya yang sangat istimewa ialah kuih-muih tradisional!

Nampaknya kuih ini sahajalah yang Amie ingat : Kuih jelurut.
Bila tanya Pak Google, katanya ada yang panggil kuih celorot atau kuih celurut!
Cik Amal kata tak perlu bawa duit banyak, cukuplah sekadar 10BND! Hahaaaa.... betul kata Cik Amal! 
Kuih pertama kami beli ialh kuih jelurut ini.
Dan selepas itu kami tidak beli apa-apa. Bukan tak mahu beli, sebab selepas ini kami akan makan malam! Mana nak bubuh segala macam makanan dalam perut kami... ahaks! Barangkali kalau kami datang sebelah petang, mungkin banyak jugalah kami borong makanan di sini.


 Ada persamaan tak kuih-muih di atas dengan kuih-muih kita?
Mungkin bahan yang digunakan sama, tapi namanya berlainan.

Ini jering rebus. Makan dengan kelapa parut.
Pertama kali datang ke Brunei, Amie makan jering rebus dengan kelapa parut di tepi dermaga. Sedap tau!(Waktu itu datang ke Brunei naik feri dari Labuan)






 Di tempat kita dipanggil buah melaka kot... di sini kuih pancit.


Berangan nak makan nasi katok, tapi sampai sini tak ada rezeki. Lain kali boleh datang lagi. 











Oleh kerana hanya sebentar sahaja kami berada di sini, tidaklah banyak gambar yang sempat diambil. Selain jualan makanan, terdapat juga jualan buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya.

 Asam kelubi pun ada di sini.


 Dalam bekas bertutup (gambar atas) berisi tempoyak.

 Ni... lupa apa namanya!



 Ini rupa udang kering Brunei.
Walaupun namanya udang, tetapi bentuknya lain sedikit dari yang selalu ditemui di Tawau dan Lahad Datu. Tak silap, udang kering beginilah yang Amie temui dalam menu mee goreng Thai di Pattaya Food Thai.

Ambil gambar ikan bilis juga!
Nampak cantik pula.

 Ikan masin / jeruk?

2 comments

  1. Gambar ikan last tu, ikan yang dijeruk kak.. Jenis asam yang digunakan lain2 ikut orang yang buat. Macam kami, nenek suka guna asam aur kering,sapu ngan cili boh,asam tu muatkan dalam perut ikan. Ada orang suka guna asam jawa. Kami panggil ikan kuasi,jenis bertulang halus...Selalu kalau ikan jeruk ni,goreng garing2. saya kalau makan ikan goreng ni, memamg tak tinggal 'kesan'. Habis 1 ekor ikan ni termasuk kepala,ekor ngan tulang tengah. Tapi goreng dia kena garing2 baru habis makan macam tu.

    BalasPadam
  2. Maria,
    terima kasih beri penjelasan tentang ikan itu. Masa yang sangat singkat menyebabkan kami tidak berkesempatan untuk berlama-lama di pasar malam. Lain kali kalau datang lagi, in shaa Allah nak beli dan cuba goreng garing2.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe