Sarapan Pagi di Kak Zie Cafe Kota Belud
7:17 PTGSambung cerita jalan-jalan ke Kota Belud.
Kononnya hendak pusing-pusing pekan dan cari kedai makan untuk sarapan, tetapi sebaik sahaja keluar dari pintu hotel, Encik Suami terus berkata:
"Itu kedai makan. Mari sarapan di situ," katanya sambil menunjukkan kedai makan yang betul-betul terletak berhadapan dengan pintu masuk Tang Dynasty Lodge.
Kami pun masuklah ke Kak Zie Kafe, kedai makan yang ditunjukkan suami. Kak Zie Cafe terletak di Suria Commercial Center, 89150 Kota Belud, Sabah
Selamat pagi Kota Belud!
Masing-masing mengambil sarapan yang disukai. Sama seperti di tempat lain, sama ada nasi goreng ata mi goreng mesti dihidangkan dengan semangkuk kecil sup kosong.
Firdaus makan nasi goreng dengan sayap ayam goreng dan sosej.
Habis licin dia makan!
Encik Suami dengan kkuey teow gorengnya, dan segelas kopi panas. Katanya, kena minum kopi untuk segarkan mata sepanjang pemanduannya.
Bismillah.
Kita ambil tiga biji bebola ikan dan sekeping sambal ikan. Eh, sarapan itu saja ke? Eh, taklah! Kita minta soto ayam di bawah ni.
Inilah uniknya soto yang Amie temui di beberapa daerah yang kami jelajahi. Semangkuk soto ayam, atau soto campur ditambah dengan hirisan timun! Jarang kita jumpa soto begini. Hirisam timun itu mengeluarkan aromanya yang tersendiri apabila bercampur dengan kuah sup panas.
Alhamdulillah. Perut sudah beralas. Mari kita teruskan perjalanan ke destinasi berikutnya.
8 comments
Seronok jalan merata dapat jumpa pelbagai jenis makanaan, pelbagai rasa. Unik soto akak tu
BalasPadamBest la jalan- jalan JJCM ni....x yah fikir bab berat badan naik kak...janji enjoy...
BalasPadammemang unik soto ada timun. lain tempat lain caranya kan
BalasPadamRasa menyihatkan ada letak sayur. Lama-lama soto dipelbagaikan jenis sayur lain pula.
BalasPadamIngatkan cikgu makan beboa & ikan sambal tu saja🤭
BalasPadamRupanya ada lagi...hihihi
rugi la kalau kalau makan tu saja kan...🤣
oo...siap ada timum & limau ye...ngan soto tu..lain dr yg lain.
BalasPadamBagus juga ye dapat sup sekali. Nikmat dapat hirup sup panas panas. Unik soto kat sana. Sedap juga ad timun rangup dalam kuah sup soto.
BalasPadamkak amie mesti peminat soto kan. mcm menu wajib order klau mkn. hehe.
BalasPadamingtkn mmg soto sabah letak timun. rupanya x smua tmpt di sabah letak timun dlm soto.