Cabana Retreat Kota Belud

11:48 PG

Encik Suami beberapa kali menyuarakan hasrat hatinya untuk berkunjung ke Cabana Retreat di Kota Belud. Sayangnya  tahun lepas, walaupun  kami sudah tempah  dan sudah bayar secara online tetapi timbul masalah pula, dan cerita berakhir begitu sahaja. Kali ini cuba sekali lagi, mana tahu ada rezeki. Memanglah rasa sangat teruja melihat keindahan tempat tersebut di medsos tetapi di hati sudah dapat mengagak kesemuanya belum pasti kebenarannya sebelum melihat sendiri. Maklumlah PKP yang berpanjangan, banyak resort dan tempat penginapan terbiar dan kebanyakannya hanya tinggal gambar kenangan. Eehhhh, tiba-tiba teringat resort yang kami batalkan tempahan di Kuala Penyu itu.

Cabana Retreat


Cabana Retreat ini terletak di Jln Rampayan Laut, 89150 Kota Belud, Sabah.
Nampaknya rezeki tidak menyebelahi kami untuk bermalam di sini. Walapun menempuh perjalanan melebihi 70 kilometer tetapi tidaklah rasa kecewa sebab masih boleh masuk ke bahagian dalam dengan dikenakan sedikit bayaran. 

Pertama kali melihat pemandangan di sini sudah tentulah rasa sangat terkejut dengan keadaan kayu-kayan yang bergelimpangan di tepi pantai. Memang sudah maklum sangatlah kesan PKP.


Terjumpa rakan sekerja di LD, Puan Julia yang sedang menunggu kunci masuk ke khemah. Katanya pekerja sedang membersihkan tempat penginapannya.  Puan Julia menempah secara online, dan datang bersama anak-anak dan suaminya.


Firdaus ambil kesempatan bermain di tepi pantai bersama anak Puan Julia. Beza Firdaus dengan anak Puan Julia hanya 3 hari sahaja. Firdaus lahir hari Jumaat, Puan Julia bersalin pada hari Isnin.Teringat hampir sembilan tahun yang lalu, selalu sama-sama membuat pemeriksaan kesihatan di Klinik Ibu dan Anak Lahad Datu.


Memang pantai di sini cantik jika dijaga dengan sempurna. Lihat sahajalah air lautnya yang berwarna putih keperakan terkena sinaran cahaya matahari! Pemandangannya cukup mengasyikkan. Barangkali apabila kawasan pantai ini dibersihkan sepenuhnya, memang akan terserlah keindahan lautnya!


Kita rakam suasana, Encik Suami dengan HPnya, manakala Firdaus masih bermain pasir dengan kawan-kawannya yang baru ditemui.


Sebelum keluar meninggalkan Cabana Retreat, eloklah ambil kenangan dengan merakam gambar. Mana tahu lain kali datang ke sini lain pula pemandangannya, lebih indah dan lebih sedap mata memandang. Apa pun apabila difikirkan seronok juga ada versi gambar yang berbeza disebabkan angkara Covid-19 yang menjejaskan industri pelancongan negara.



Ini sebahagian daripada tempat makan di sini. 
Ada deretan tandas terletak di luar. Mungkin untuk kegunaan para pengunjung sama ada yang berkelah dan mandi-manda di pantai atau untuk kegunaan mereka yang bermalam di sini.



Firdaus tertarik untuk naik ke rumah di atas pokok dan menyeberangi jambatan ke pokok yang lain.




Budak ini memang suka sangat mencuba sesuatu yang kelihatan menarik baginya.



Akhirnya dapatlah dia menyeberangi jalan udara dengan menggunakan jambatan gantung dari pokok ke pokok!



Inilah antara tempat penginapan yang ada di sini.


Memang sesuai sangatlah bawa keluarga untuk bersantai-santai. Boleh mandi laut sepuas hati. Banyak pula aktiviti lain yang boleh dilakukan  bersama keluarga di tepi pantai seperti berBBQ, sambut birthday dan lain-lain.


Nampak tenang sahaja suasananya.


Marilah kita cuci mata di sini dengan harapan suatu masa nanti apabila negara sudah pulih sepenuhnya dari Covid-19, dapatlah bermalam di sini bersama keluarga. Kata Mama Cella, kena zikir selalu, sebut yang baik-baik saja! Nanti terkabul juga hasrat dan impian.












Jomlah kita tinggalkan Cabana Retreat.


Untuk perkembangan lanjut dan makluman terkini bolehlah singgah di FB: CABANA RETREAT KOTA BELUD


Walaupun sudah dua kali hampa, harap-harap seterusnya impian menjadi kenyataan.

16 comments

  1. cantiknya pemandangan
    sblm covid berangan jga la . nk g sabah he hee tpp ni entah la bila. dpt sampai agaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah kan... tak tahu entah bila covid akan berakhir. Hanya mampu berharap dan berdoa moga keadaan akan pulih seperti dahulu.

      Padam
  2. Gayat la uncle nak naik benda tu!

    Seriau!

    BalasPadam
  3. Walaupun tak ada rezeki menginap di sini, ada rezeki dapat jumpa kawan. Seronok Firdaus jumpa kawan baru. Cepat mesra. Cantik Cabana Retreat ni tapi sayangnya tak terjaga. Best kalau dapata staycation kat sini. Semoga ada rezeki Kak Amie menginap di sini nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cantik sangat pemandangannya time bukan PKP. Mudah-mudahan ada rezeki staycation di sini pada masa yang lain.

      Padam
  4. Menarik tempatnya.Kos selenggara pun bukan sikit ni nak mantain tempat macam ni kan..Semoga pengusaha semua dimudahkan urusan membangunkan semula tempat2 menarik ni.
    Hahaha...in sha Allah...kita zikir yang baik-baik.semoga yang datang juga takdir yang baik-baik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan industri pelancongan kembali pulih seperti dulu. Memang kesian sangat para pengusaha yang terkesan akibat wabak yang melanda.

      Padam
  5. Sy doakan impian Kak Amie sekeluarga nak bermalam di sini akan segera dimakbulkan Allah swt.

    BalasPadam
  6. Bila tengok gambar kak Amie, saya pun rasa teringin. Moga ada rezeki kak Amie nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Syaa Allah. Mudah-mudahan ada rezeki untuk kita.

      Padam
  7. Pantai dan laut memang sentiasa cantik di mata dana, duduk tengok pantai dan ombak sesaja pun dana tak kisah... .memang cantik persekitaran situ kak...

    BalasPadam
  8. Sygnya kesan peninggalan Covid- 19 kan..memang teruk terjejas tu...semoga akan datang dah boleh akak bercuti kat sini

    BalasPadam
  9. Haah boleh buat perbandingan.
    Harap-harap apabila dapat menginap makin cantik tempat ini.

    BalasPadam
  10. hari tu nak stay sini jgk, tp slalu fully booked. biasanya lalu je la masa on the way ke jeti rampayan utk naik bot ke pulau mantanani..
    hrp 1 hari nnti dpt stay sini jgk..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe