Q BAIK - Taste of Arabia
10:05 PTGSetelah check in di Sea Park Condotel Tanjung Aru dan tunaikan solat, kami bergerak menuju ke One Borneo Hypermall yang terletak di Jalan Sulaman. Sebelum ke One Borneo, sempat telefon Fairuz yang berada di Penampang. Katanya jalan menuju ke One Borneo sesak. Oleh kerana Amie memang sudah rancang untuk shopping di One Borneo, kami harungi juga kesesakan lalu lintas.
Selesai shopping, kami singgah makan malam di Restoran Q Baik di One Borneo. Memang tak rugi makan di sini sebab sedap sangat!
Arabic Rice Set - Nasi Arab Mandy Kambing (RM29.90) |
Dam Chai Tea |
Nasi Beriani Kari Kambing (salah meja). |
Amie pesan Nasi Arab Mandi Kambing (Panggang) tapi yang datang Nasi Beriani Kari Kambing! Ketika teragak-agak untuk menjamahnya, tiba-tiba datang pesanan sebenar iaitu Nasi Aran Mandy Kambing (Panggang). Rupanya pelayan tersalah meja pesanan Nasi Beriani Kari Kambing.
Ini dia Nasi Arab Mandy Kambing (Panggang).
Encik Suami pula lebih suka makan Nasi Arab Ikan.
Firdaus tak mahu makan nasi. Dia minta onion ring saja.
Sukanya budak ini makan onion ring. Siap pesan supaya datang lagi sebab nak makan onion ring lagi.
Sedap nampak Firdaus hirup mango peach.
Selepas itu dia hirup Dam Chai Tea pula. Memang sedap sangatlah rasa chai tea ini. Terasa susu segar, halia dan rempahnya. Lemak manis cukup rasa! Kalau Firdaus nak datang lagi sebab nak makan onion ring, kita rasa nak datang semula sebab nak hirup Dam Chai Tea.
Selepas kenyang makan nasi, kami dihidangkan pula dengan Sulaimani Tea. Minuman ini diberi percuma.
Restoran ini terletak di:
Lot No. C-614, C-613 & C-612
Concourse Floor, 1 Borneo Hypermall,
Jalan Sulaman, Kota Kinabalu, Sabah.
32 comments
Memang sedap kalau ada kambing
BalasPadamHarga daging kambing pun sekarang dah melambung tinggi
Kambing panggang lembut tak sanggup tolak Wak.
PadamSaya tak pernah makan menu ikan di kedai Arab. Menarik pula pilihan suami kak Amie. Nampak berselera Firdaus menghirup teh
BalasPadamSaya pernah makan nasi Arab lauk ikan goreng sewaktu berada di Mekah dan Madinah. Saya dengan Abang Farid rajin jalan-jalan cari makan di restoran di sana. Sedap pula rasanya.
Padamfirst time tau menu arab ada ikan eh hehhee
BalasPadamNasi Arab bukan saja lauk kambing atau ayam. Banyak lauk lain seperti unta, udang dan ikan juga.
PadamLaaaa... Daus, ruginya makan onion rings aje. Kalau Kak Amie nak datang lagi minum chai tea, Daus makan onion rings, sy nak ikutlah, nampak sedap sangat kambing panggang tu, hihi.
BalasPadamWooo... Kambing panggang memang pilihan utama kita ye SK.
Padamdapnye nasi arab....
BalasPadamDAP sangat... Jemput.
Padamnasi arab dengan ikan sedap tu lain rasanya
BalasPadamBetul kak PI. First time saya makan nasi arab dengan ikan goreng di Mekah, teringat2 rasanya bila balik ke sini.
PadamBoleh jadi rujukan ni..
BalasPadamRindu pada Sabah melambai2..
Banyak kenangan tertinggal di sana walau hanya 2x ke sana.Semoga ada rezeki ke sana lagi...
Nak zikir lah....🤲
Meh datang sini kita makan kambing sama-sama.
PadamDah lama tak makan masakan Arab dari kedai Arab ni..
BalasPadamSelamat Tahun Baru Kak Amie..
Selamat tahun baru juga.
PadamDam Chai Tea tu macam mana pulak?
BalasPadamTea herba tu Uncle, rempah campur halia, tambah susu segar.
PadamHabis yang sudah termakan itu bagaimana?
BalasPadamHehe kenyang ke makan gelang bebawang sahaja.
Ha kena datang lagi jawabnya.
Belum sempat makan. Datang pelayan bawa kambing panggang itu yang baru perasan salah hantar yang mula-mula rupanya.Dia ambil baliklah.
PadamKena datang lagi kalau sedap.
BalasPadamKena tanya hidangan dibawa oleh pelayan supaya tidak hadapi masalah salah hidangan.
biasa jumpa nasi arab ayam, kambing...first time ni jumpa nasi arab ikan..menarik!
BalasPadamSedap tu nasi arab makan dengan ikan.
PadamFirst time ni tgok menu arab ada ikan...kalau setakat lamb shank tu biasa...dapnyaaaa
BalasPadamSaya dah biasa makan nasi arab dengan ikan.
Padamnasi arab ikan ni tak pernah jumpa kak.... bagus Daus onion ring pun dia makan, jarang budak suka makan bawang
BalasPadamDi tempat kita jarang jumpa, tapi di Mekah dan Madinah saya jumpa. Waktu itu dengan Abang Farid meronda restoran di sana, tu yang terjumpa lauk ikan.
PadamSesekali makan nasi Arab sedap juga kan
BalasPadamBetul tu, sedap!
PadamMujur sampai juga pesanan yang betul. Kalau tidak, kempunan nak makan versi panggang. Baru tahu ada nasi arab ikan juga. Kenyang ke Daus makan onion ring je tu. Ada alasan lah nak datang sini lagi, daus dan kak amie ada tujuannya :)
BalasPadamKak Amie pun tertanya-tanya juga dalam hati kenapa pesan kambing panggang, yg datang kari kambing. Sempat ambil gambar pula tu... Belum sempat jamah, datang pula nadi arab kambing panggang.
BalasPadamFirdaus kenyang minum green yea sebelum masuk restoran, tu pasal dia nak makan onion ring saja.
tak pernah cuba pula mkn di sini. boleh la try nanti, nmpk sedap jgk nasi arab dia..
BalasPadam