BTC Bistro Beaufort
3:14 PTG19 Disember 2021. Selepas daftar keluar dari River Park Hotel, kami menuju ke BTC Bistro Beaufort untuk bersarapan pagi. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 11 pagi? Kononnya kami hendak makan roti canai sahaja, tetapi memandangkan sudah hampir tengahari kami pun ubah fikiran sebab selepas isi perut kami akan meneruskan perjalanan ke daerah Kuala Penyu pula. Jadi, makan sahajalah yang berat sedikit merangkap makan tengahari.
Anak beranak ini kelihatan segar bertenaga setelah berehat secukupnya di River Park Hotel. |
Hidangan pilihan kami:
- Mihun Goreng Singapore
- Kentang Goreng
- Nasi Briyani Kambing
- Teh Cina
- Kopi Kaw
- Laici
Firdaus dengan kentang goreng, berpisah tiada.
Nasi Briyani Kambing |
Kari Kambing |
Bismillahirrahmanirrahim. |
Seperti biasa, hidangan mihun goreng mesti didatangkan bersama semangkuk kecil sup kosong. Alhamdulillah, perut berasa kenyang dipenuhi Nasi Briyani Kambing.
Terlupa isi borang sebelum meninggalkan restoran. |
Banyak pilihan tempat makan di Beaufort. Sayangnya Encik Suami hanya bersetuju berhenti makan di tempat yang mudah untuk letak kereta. Samalah tingkahnya yang hanya berasa gembira sekiranya dapat letak kereta di depan tempat penginapan! Sabar sajalah labu... ahaks!
13 comments
Aduh, peminat kentang goreng Daus ni. Tapi, pilihan sy sama macam Kak Amie, beriani kambing, hehehe.
BalasPadamKambing, oh kambing! Mbeeekkkkk!
Padamsiap ada form untuk kepuasa pelanggan lagi... menarik
BalasPadamBaguskan Dana, boleh tambahbaik mana yang kurang.
Padambetul tu kak, mana tau kita datang menginap lagi... dan apa cadangan kita digunapakai kan
Padamsuami kak Amie tak nak isteri dan anak jalan jauh kot. lagi-lagi musim hujan ni
BalasPadamHahahaaa... dia yang tak mau jalan jauh Sal.
PadamOrang lelaki mmg macam tu kak..semua nak mudah aje kan..hahaha...apapun nampak sedap makanan tu semua
BalasPadamOh...hahahahaa!
PadamDah dekat tengahari tu brunch terus makan nasi kan. Firdaus ni smart je rambutnya bersikat :) Memang tak berpisah dengan kentang gorengnya tu. Kuah kari dia pekat. Sedap menjamu selera dengan nasi beriyani.
BalasPadamKalau susah letak kereta nanti ada perasaan tidak puas hati. Hehe makan pun tidak kenyang.
BalasPadamKalau jadi driver memang stress tempat yang susah parking..
BalasPadamJadi mem takpa la 🤣boleh diturun kan kat lobby...Dah dekat 20 tahun saya jadi supir anak-anak..saya boleh menyelami perasaan nak cari parkir🤭🤣
firdaus dan fries tak berpisah ya..
BalasPadam