Uncle Ho Motel Papar
10:35 PTGBerulang kali Amie rujuk google, nama Uncle Mo Motel. Apabila guna waze untuk sampai ke tempat itu, keluar nama Uncle Ho Motel pula. Dalam perjalanan ke pekan Papar tiba-tiba terpampang perkataan Uncle Mo Motel di sebelah kiri jalan. Oleh kerana ada dua tujuan di pekan Papar iaitu mencari tempat penginapan dan makan, jadi kami lupakan dahulu perut yang sudah berkeroncong, sebaliknya patah balik ke Uncle Ho Motel.
Uncle Mo atau Uncle Ho?
Yang betulnya Uncle Ho Motel.
Tiada pilihan lain, hanya ada sebuah bilik berkatil king dengan harga RM128 satu malam. Kami terus daftar masuk. Bilik kami di tingkat satu, tiada pekhidmatan lift. Yang penting ada perkhidmatan wifi.
Uncle Ho Motel |
Tandas motel. |
Ini merupakan kali kedua kami bermalam di motel.
Kali pertama sewaktu bermalam di Sipitang, Pan Borneo Motel.
Encik Suami tidak lupa tugasnya masak air panas.
Bolehlah mengeteh atau mengopi... kupi-kupi dulu bah!
Kalau rasa was-was, boleh cuci cawan dan sudu, kemudian lap dengan tuala yang kami bawa sendiri.
Firdaus tidak sabar menjamah cheese kek lelehnya.
Kita pula tak sabar nak merasa lamb pie kegemaran!
Kita baru beberapa kali gigit dan letak dalam kotak sebab kita nak siapkan tugasan. Apabila kita nak makan lagi, hilang baki lamb pie kita. Huhuhuuuu.... !
Malam itu kita tidur termimpi-mimpi masuk Secret Recipe mencari lamb pie. Yang sangat lena sudah tentulah Encik Suami sebab senang hati kereta diletak betul-betul di hadapan pintu masuk motel!
23 comments
abe kie pernah mengajar selama 4 thn di SMK Majakir tu. 97-01. Slps balik Kelate langsung x gi Sabah lg. Rindunya kat kwn2 lama n bekas pelajar di sana.
BalasPadamMarilah datang Sabah. Papar dekat dengan KK. KK dah banyak sangat perubahannya. Dulu tak rajin datang KK, sekarang kalau ada kesempatan terus saja ke sini.
PadamSy rasa suami Kak Amie ni ada perangai sama dengan Pak Inche, tak boleh berjauhan dengan kereta 😅
BalasPadamHurmmm.. siapa agaknya yg habiskan baki Lamb Pie tu ya, tak mungkin Daus 🤭
Ha... itulah. Risau ke, rindu ke kalau berjauhan dengan kereta kah!
PadamTak mungkin Daus yang makan kan hihihiii.
Badan dah penat, rasa lega dapat tempat rehat dan luruskan badan kan. Hehe
BalasPadamBetul sangat tu. Yang memandu rasa penat, yang duduk sebelah pun rasa letih.
PadamSyukur dapat tempat penginapan. Harga pun kira berpatutan dengan bilik tu. Siapakah gerangan yang menghabiskan lamb pie tu. Sampai termasuk dalam mimpi tu.
BalasPadamPaling tak gemarlah kalau ke sana ke mari mencari tempat penginapan kan Fizah. Dah dapat di sini syukur Alhamdulillah. Harga pun mampu bayar. Hahaaa.... Kak Amie suka sangat lamb pie tu, jadi bila hilang bakinya mimpi sajalah untuk ubat kempunan kihkihkih!
PadamLepas ni kena booking siap siap online lah Kak Amie. Senang terus check in bila sampai. Kesedapan lamb pie sampai terbawak bawak masuk dalam mimpi..sabar je lah :)
PadamKali ini sesaja nak walk ini saja sebab masih geram masalah pembayaran online dua buah resort yang tak dipulangkan tahun lepas. Lagi pun kononnya banyak masa untuk mencari, tapi feed up pula bila dua tiga empat tak ada yang kosong. Lain kali memang kena booking online siap-siaplah kan Fizah.
Padambilik selesa dan bersih...lena dibuatnya..cheese cake tu menarik
BalasPadamDapat tempat meluruskan pinggan dan melunjurkan kaki memang terus lenalah dibuatnya sepanjang malam.
Padamselesa bermalam bermimpi indah tu
BalasPadamBetul Kak PI. Dah penat di siang hari, lenalah pula di malam hari.
PadamLamb pie....pasti sedap kalau dah namanya lamb...
BalasPadamBagus cikgu ada bawa towel sendiri.Saya kena ikut cara cikgu jugak la bawa towel...selama ni memang tak bawa sbb nk jimat ruang bagasi🤭
Memang sedapkan lamb pie.
PadamMemang kami suka bawa beberapa helai tuala kecil. Ada kegunaannya tu, buat lap-lap di kereta juga.
Hahaha..ke manakah menghilangnya lamb pie tersebut?
BalasPadamHahahaa... hilang tanpa kesan!
Padamlamb pie :)
BalasPadamtak perlu rasa, dgr pon da tau sedap.
bersih motelnya. selesa la utk bermalam, kan.
seharian berjalan, dpt luruskan badan atas tilam empuk, alhamdulillah.
Bestnya lmb pie tu..fav SA gak...apapun syukur dapat berehat dengan tenang ye kak...
BalasPadamHehe siapakah yang mengambil bali pai kambing Puan Amie. Hehe sampai termimpi Puan Amie dengan pai kambing yang tidak puas makan.
BalasPadamdekat sini macam tak pernah jumpa motel kak... best jugak siap dapat parking kete depan pintu bilik... selasa dan mudah
BalasPadamkesian pulak baca pasal lamb pie yang udah hilang kene kebas tu hehehehe
hahaha hilang pula lamb pie tu ya. kena beli lg la tu maksudnya hehe
BalasPadam