Meratah Ketam & Makan Puding Kelapa di Jalan Sulaman
7:58 PTGEncik Suami meneruskan pemanduan dari pekan Papar menuju ke Jalan Sulaman, Tuaran. Sudah tentulah kami hendak singgah makan sama ada lokan bakar, ketam atau puding kelapa di situ. Pada mulanya kami menuju ke gerai paling hadapan kerana terpandang longgokan ketam. Rupa-rupanya ketam tersebut sudah ada tuannya. Oleh kerana tidak banyak gerai yang menawarkan ketam kami minta pertolongan tuan gerai tadi untuk bantu kami cari gerai yang menjual ketam. Kami dicadangkan untuk pergi ke gerai 1 Malaysia.
Alhamdulillah. Di gerai tersebut ada tiga ikat ketam dan hanya ada satu ikat belum bertuan. Jadi kami terus tempah untuk makan di situ.
Meratah ketam rebus cecah air asam yang sangat sedap! |
Terdapat berpuluh-puluh gerai di kiri kanan jalan. Antara menu yang disediakan termasuklah lokan bakar, jagung bakar, kelapa bakar, puding kelapa, soto dan pelbagai makanan lain. Lokan bakar memang ada sepanjang masa tetapi ketam bakar atau ketam rebus dikira rezekilah kalau ada dijual!
23 comments
Tergoda tenguk isi tangan ketam tu
BalasPadamFokus makan ketam saja Wak.
Padamketam mmg sedap diratah tuuh.,. tapi leceh nk kopek2 kannn., huhuhu
BalasPadamTu pasal kalau nak makan ketam jangan diganggu dengan makanan lain Wak. Haaa... konsentarsi ketuk dan kopek isi ketam.
Padamni betul betul nampak sedap dan terliur tengok ni. Dapat ketam besar macam ni memang sedap buat ratah..
BalasPadamRatah ketam saja memang sedap sebab tak ada gangguan makanan lain. Jadi dua-dua tangan hanya digunakan UTK ketam saja.
PadamPerghhh byk isi dia.. Mmg puas makan tu ketam nyaaa... Cuaca panas mmg syiok la dpt minum air kelapa
BalasPadamBanyak isi dan masih segar, terasa manisnya. Puding kelapa tu, bukan air kelapa Heheee.
PadamRezeki dapat makan ketam. Laris betul jualan ketam kat sini. Part ketip tu memang banyak isinya. Aduhaiii air kelapa kalau dah dapat sebiji memang tak cukup. Tambah lagi isi dia yang halus dan nipis tu.
BalasPadamKebanyakannya lokan bakar yg ada di sini. Ketam sangat jarang, itu sebab kalau nampak ketam terus singgah gerai tu.
PadamSexy sepit ketam tu..isi penuh...
BalasPadamJeli kelapa...sedapnya...
Rezeki Daus bila lahir lambat dari abang2nya....hihihi
Rezeki Firdaus kan Mama Ella. Dah dia seorang di rumah, kena angkut lah ke mana pun hahahaaa.
PadamRM45 dapat banyak macam tu puas hati betul..
BalasPadamkalau disini ketam nipah kadang2 2 ekor je pun dah cecah RM50++
Alhamdulillah masih ada peluang dapat ketam harga begitu.
PadamSy tertarik dgn puding kelapa dalam kelapa tu.
BalasPadamPuding kelapa tu memang sedap sungguh SK!
PadamLaku keras ye. Alhamdulillah ada rezeki kak Amie sekeluarga. Nampak Firdaus berselera
BalasPadamMenyelerakan lah puding kelapa tu.. pernah makan sekali je masa kat KK. Mungkin kat Sabah je dijual hidangn ni.
BalasPadamsedapnya nampak ketam tu.
BalasPadammemang lama sgt tak makan ketam tau.
sebab elergi. dulu kala memang makan sgt ketam ni.
air kelapa i always 1st class.
bila jadi puding, double sedap!
sejukkan badan yg panas. nyaman aje...
Ya allah....x leh tahan la tengok entry ni..tertelan- telan air liur SA tengok ha...kenapa la besar dugaan tgok entry ni...terus terbayang2
BalasPadamMakan ketam sambil ditiup angin. Hehe gigih ketuk ketam dan sedut isi ketam.
BalasPadamaduh geramnya nengok isi ketam tu kak oi... penuh kan kalau ketam nipah ni.
BalasPadamjagung bakar tu pun nampak sedap mesti manis tuh
sedapnya nmpk isi ketam tu.
BalasPadamsyu tak pernah pula cuba mkn ketam di sini, biasa mkn lokan je.