Pengantin Cocos 2022

12:46 PTG

Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Bagaimana cuaca di tempat rakan-rakan? Cuaca di LD mendung dari pagi dan diikuti hujan renyai-renyai. Walaupun sudah menjelang pukul 12 tengahari, namun suasana masih kelam, tidak ada sinaran matahari dan sudah tentulah keadaan di dalam rumah masih gelap. 

Seawal pukul 6 pagi tadi Encik Suami sudah keluar meninggalkan rumah. Katanya hendak bersihkan kubur arwah MIL & FIL di Kampung Cocos.

Melihat perkembangan pada awal tahun ini, selain banjir yang melanda nampaknya majlis perkahwinan turut diadakan walaupun secara kecil-kecilan dan seadanya. Pembuka tirai 2022, kami menghadiri majlis persandingan anak buah kami di Silabukan. Anak buah kami bermaksud, anak kepada adik Encik Suami. 

Isteri adik Encik Suami iaitu biras Amie berketurunan Banjar - Dusun. Oleh kerana adik ipar Amie keturunan Melayu Cocos, jadi sudah tentulah anak-anak mereka berketurunan Melayu Cocos ( di dalam sijil lahir). Kiranya, adat persandingan Melayu Cocoslah yang ingin Amie kongsikan. Majlis ini diadakan di rumah pengantin lelaki.

Pasangan pengantin berpakaian tradisional Cocos.

Pengantin lelaki bernama Faridzan. Kata biras Amies, arwah FIL yang berikan nama. Lahir Abang Farid, arwah FIL juga yang beri nama Faridzuan. Lebih kurang sahaja nama cucu-cucu FIL. Faridzan dan Faridzuan. Dan di hadapannya ditambah nama Mohd. 


Majlis pernikahan diadakan sama seperti semua pengantin di tempat kita.


Selain persandingan dengan memakai pakaian tradisi Cocos, pengantin juga menggayakan pakaian tradisi Melayu iaitu berbaju songket. Keempat-empat wajah dalam gambar mewakili:
  • Ayah pengantin - Melayu Cocos
  • Ibu pengantin - Banjar - Dusun
  • Pengantin lelaki - Cocos + Banjar + Dusun
  • Pengantin perempuan - Bajau


Pasangan pengantin bersama sepupu - sepapat sebelah ibu : Dusun + Banjar.


Ketika sedang menulis entri tentang Pengantin Cocos ini, tiba-tiba teringat sebuah buku tulisan Pauline Bunce yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Padilah Haji Ali dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ini bertajuk Kepulauan Cocos (Keeling) Masyarakat Melayu di Australia. Gambar yang dipaparkan pada kulit buku tersebut ialah pasangan pengantin Melayu Cocos dengan pakaian tradisi sedang diarak.

                    
Bersebelahan dengan buku-buku tersebut ialah novel Teritip, hasil tulisan Amie sendiri yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2007 dan 2009. Teritip terhasil dari  cerita-cerita arwah MIL dan FIL tentang tempat kelahirannya di Pulau Cocos sehinggalah peristiwa penghijrahan komuniti Cocos ke beberapa wilayah jajahan British. Kisah-kisah ini berlaku sebelum negara kita mencapai kemerdekaan. Dengan kata lain, novel ini berlatarbelakangkan sejarah zaman kolonial.


Novel ini mendapat hadiah penghargaan dari Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sabah dan Amie menerima hadiah sebanyak RM3,000.00.


25 Disember 1994, Amie dipakaikan pakaian pengantin Melayu Cocos, tetapi waktu itu Amie lebih banyak tercengang-cengang kerana buat pertama kali melihat budaya Melayu Cocos sewaktu majlis perkahwinan. Apabila MIL dan Fil bercerita tentang kenangan mereka di Pulau Cocos, Amie hanya menjadi pendengar sahaja. Oleh kerana setiap kali bercerita, ada sahaja topik Melayu Cocos di Pulau Cocos, Amie pun mula tertarik dan dari semasa ke semasa Amie akan pasang telinga baik-baik. Pada masa yang sama Amie pun mula membuat catatan.

MIL menghadap Ilahi ketika novel Teritip masih dalam proses penerbitan. MIL tidak sempat melihat cerita-ceritanya dibukukan menjadi karya novel. FIL pula terkejut tanpa kata apabila Amie hulurkan kepadanya novel Teritip.

Boleh baca entri lepas di sini :SATE AYAM & MUTIARA DI BAWAH BAYU :
Masih terbayang lagi wajah terkejut FIL ketika Amie serahkan senaskhah novel Teritip untuk beliau .....di dalamnya saya tulis sebahagian kisah yang emak dan bapa selalu ceritakan kepada saya tentang sejarah hidup orang Melayu Cocos ....,

Antara cerita tersebut sudah tentulah termasuk majlis perkahwinan orang Melayu Cocos. Walaupun Pulau Cocos sudah ditinggalkan selepas Perang Dunia Kedua, namun tradisi hidup mereka masih diteruskan sehingga ke hari ini walaupun sudah berbeza tanah yang dipijak.


Untuk lanjut tentang pakaian pengantin dan adat perkahwinan masyarakat Melayu Cocos bolehlah baca tulisan di bawah ini yang di petik dari novel Teritip. 





Empat lelaki Cocos dibelakang pelamin. (Encik Suami dan adik-beradiknya yang sempat bergambar).
Seorang wanita Cocos (kakak ipar - tengah) di apit oleh kita, orang Jawa dan sebelah lagi itu biras kita, orang Bugis.

Gambar bersama ipar duai dan biras.


Ketika novel Teritip ini dalam proses penerbitan, pihak DBP menghubungi Amie supaya mengekalkan perkataan (bahasa Melayu Cocos) dan diberikan glosari. Tujuannya ialah untuk memelihara keaslian bahasa dan menambah kosa kata 


Ada di antara kosa kata bahasa Melayu Cocos yang sering Amie gunakan dalam entri masakan Cocos.


Kalau dapat baca 'setangan tanduk' itulah tengkolok yang dipakai oleh pengantin lelaki, kelihatan menjulur ke depan dan bentuknya seperti jukung. Jukung (bahasa Melayu Cocos) ialah perahu layar. Ia berkait rapat dengan cara hidup mereka yang bergantung dengan hasil laut. Bayangkanlah kehidupan mereka yang jauh terpencil di pulau berukuran 24 kilometer persegi yang terletak di tengah-tengah Lautan Hindi!


Encik Suami bersama adik-beradik selesai membersihkan tanah pusara arwah MIL dan FIL. Kubur MIL dan FIL bersebelahan sahaja. Teringat pada 4 November 2006, FIL (Imam Kariah) bacakan talkin sewaktu urusan pengkebumian MIL. Al Fatihah buat arwah:
  • Haji Relay bin Abib.
  • Hajah Juriah binti Alimin.





19 comments

  1. Al-Fatihah kuhadiahkan buat keduanya. Seronok baca kisah masyarakat Cocos ni. Teringin pulak sy hendak memiliki novel Teritip tu, Kak Amie. Kak Amie masih ada lagi tak lebih2? hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin ya Rabbal Aalamiin.
      Lama dah cetakannya, nak cari pun dah tak ada. Walaupun dua kali cetak tak terfikir nak simpan lebih sebab banyak kali order, tetapi sanak saudara semua ingin memilikinya, dan akhirnya tinggal empat sahaja untuk 4 beradik tu.

      Padam
  2. Membaca bait-bait ceritera tentang Melayu Cocos perasaan ingin tahu lebih dalam lagi tentang sejarah mereka.
    Pernah menonton dokumentari tentang Melayu Cocos dan cerita tentang beberapa orang penduduknya rela melepaskan kerakyatan Malaysia kerana memilih kerakyatan di sana.Pasti ada yang istimewa di sana walau jauh terasing di tengah Lautan Hindi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang kata tempat jatuh lagi dikenang. Inikan pula tempat kelahiran.
      Kalau saya dengar cerita MIL dan FIL saya dapat rasakan betapa rindunya mereka tempat lahir di sana.

      Padam
  3. oh baru tahu
    cantik baju2 pengantin
    Al fatihah

    BalasPadam
  4. Oo alkisahnya Amie ada sedara dari sana. Tetiba teringat beberapa kenalan saya dari kepulauan itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Emak dan bapa mentua saya lahir di sana. Sanak saudara mereka ikut berhijrah ke Borneo dan ada juga berhijrah ke Australia.

      Padam
  5. Saya pun setuju dengan DBP, memang lebih baik bila dikekalkan perkataan bangsa Cocos. Memang patut 4 beradik tu simpan satu copy buku tulisan kak Amie agar boleh disampaikan pada anak cucu mereka pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Sal. Rumpun Melayu ni pelbagai. Eloklah ditambah istilah atau kosa kata untuk dimasukkan dalam Kamus Dewan.

      Padam
  6. salam ami...
    kak wangi mcm pernah nampak judul novel ni...tp sayang tk beli ...kalu ada lagi teringin jgk utk beli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama dah terbitnya... terakhir cetakan kedua pada tahun 2009. Macam tak jumpa lagi dah.

      Padam
  7. Bestnya kak masih lagi mengekalkan budaya dan cara masyarakat cocos, budaya yg sentiasa dipelihara. Sedondon semuanya ya kak... meriah.
    Tak sangka ada novel akak tu, macamne nk beli kak ada jual lg x yek? Teringin nak baca

    BalasPadam
  8. indahnya susunann ayat dalam buku tersebut..bestnya kalau dapat baca kan...teringin nak baca kisah- kisah MIL & FIL kak amie...

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah dibukukan cerita oleh arwah.
    Al-Fatihah pada mereka yang telah pergi dahulu.

    BalasPadam
  10. uniknya....
    alfatihah buat kedua arwah..

    BalasPadam
  11. Pertama kali tengok pengantin Melayu Cocos. Semakin berkembang campuran perkahwinan pelbagai kaum. Bagus juga dalam komodenan, masih lagi mengekalkan budaya lama. Tumpang bangga dengan buku hasil tulisan kak Amie. Sangat bermakna dan meninggalkan kenangan untuk arwah MIL & FIL ada kisahnya.

    Sekali pandang ayah pengantin adik ipar kak Amie macam pelakon Kazar pulak :)

    BalasPadam
  12. menariknya buku kak amie mengenai melayu cocos.
    unik sangat..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe