Bonda Steamboat Restaurant Kota Belud

9:50 PTG

Cik Zaiton membawa kami ke Bonda Steamboat Restaurant. Rupanya tempat ini tidak jauh dari Cabana Retreat! Sewaktu kami datang dan kemudian meninggalkan Cabana Retreat memang kami nampak tempat ini.

Gambar kenangan dengan Cik Zaiton di Bonda Steamboat.


Sebelum tiba di Bonda Steamboat, kami beberapa kali berpapasan dengan kumpulan-kumpulan lembu. Encik Suami terpaksalah memperlahankan kereta untuk memberi laluan kepada lembu-lembu tersebut. 
Cik Zaiton pula menelefon ke restoran untuk memastikan restoran dibuka pada hari itu. Alhamdulillah, katanya restoran dibuka dari jam 10 pagi sehingga 11 malam. 

Dalam perjalanan menuju ke Bonda Steamboat Restaurant, Cik Zaitun memberitahu kami sedang melalui perkampungan masyarakat Iranun. Untuk lanjut tentang komuniti Iranun, boleh klik di sini: BORNEO ORACLE : KAUM IRANUN SABAH


Kami tiba ketika hari hampir senja. Jangan risau kalau berada di sini, boleh tunaikan solat kerana ada disediakan surau. Kawasan restoran ini sangat luas. Amie sangat tertarik dengan hiasan dalamannya yang lain dari yang lain.


Bersebelahan dengan kaunter, disediakan tempat duduk yang unik! Ia seakan-akan tong drum!


Boleh duduk makan di sini jika mahu. Di hujung sana ada rice cooker berisi nasi putih.



Jom masuk ke bahagian dalam pula.











Pelbagai makanan sudah tersedia, dan hanya perlu memilih meja sahaja.


Banyak pilihan tempat duduk sama ada di bahagian dalam atau di bahagian luar.





Di bahagian luar pula tempat makan berhampiran dengan pantai.
Sambil menikmati hidangan, telinga dihiburkan dengan deburan ombak menghempas pantai.



Kami memilih untuk makan di dalam sahaja kerana lebih mudah untuk mengambil makanan tambahan.



Sudah tentulah Firdaus rasa sangat seronok berada di sini. Cik Zaiton pula rajin melayannya! Ketika sedang menikmati makanan, mata tidak lepas-lepas memandang haiasan dalaman yang kelihatan sangat unik. Menurut Cik Zaiton, pemilik Bonda Steamboat Restaurat ini berketurunan Iranun. Jadi, sudah semestinya identiti Iranun dipaparkan dalam hiasan dalaman restoran ini.


Inilah antara hiasan dalaman yang menarik perhatian Amie. Untuk menulis panjang lebar Amie perlu 'study' tentang masyarakat Iranun ini. Sebelum ini Amie pernah dengar tentang masyarakat Iranun tetapi belum pernah mempunyai 'kawan' dari komuniti ini.


Hiasan yang tergantung kelihatannya seperti bulu burung. Susunan kain yang direntang menjadi 'siling' juga nampak berbeza dengan corak kain yang biasa kita lihat. Wah, nampaknya banyak khazanah budaya masyarakat Iranun yang perlu digali supaya kita lebih memahami budaya hidup mereka!




Corak sulaman  yang ditampal pada dinding memperlihatkan motif tertentu.


Bagi pencinta budaya sudah tentu datang ke sini merupakan pintu untuk memasuki khazanah bangsa yang tidak ternilai! Kalaulah Cik Zaiton itu orang Iranun, sudah tentu tak sempat makan Cik Zaiton dibuatnya untuk menjawab segala pertanyaan Amie. Cik Zaiton keturunan Kadazan.
Kedatangan kami ke sini rupanya membuka pintu rezeki lagi kerana ketika Cik Zaiton berbual-bual dengan pekerja di kaunter, rupanya di sini turut disediakan tempat penginapan. Cik Zaiton cadangkan kami menginap di sini sebelum kembali ke Lahad Datu. Memandangkan kami memang tidak menempah mana-mana hotel, jadi kami bersetuju untuk menginap selama satu malam di sini. Semua tarikh telah penuh ditempah, dan hanya ada satu tarikh sahaja iaitu pada 25 Disember 2022. Kebetulan pula waktu itu Abang Farid dan Aseeyah sudah berada di Kota Kinabalu. Semua chalet penuh, dan hanya tinggal lodge sahaja. Kami bersetuju untuk menginap di lodge.
Selepas kenyang menikmati hidangan laut  di Bonda Steamboat kami pulang ke pekan Kota Belud, bermalam di Tang Dynasty Lodge.

14 comments

  1. Selamat menjamu selera
    Sangat menarik tempatnya

    BalasPadam
  2. What a beautiful photos! Enjoy your meals. Greetings from Turkey. Happy Sunday.

    BalasPadam
  3. luas sekali tempatnya kemas tersusun cantik

    BalasPadam
  4. saya tidak pernah dengar tentang kaum Iranun. Nanti boleh google lagi. nampak tersusun restorannya, tiap label each menu untuk kemudahan pengunjung.

    BalasPadam
  5. lamanya aida x makan2 stimbot kat kedai.
    ada 1 kedai gini kat melaka ni dulu.
    ntah masih ada ntah tak. stimbot & bakar2 kat periuk yg sama.
    best kan makan gini :)
    bersih restorannya. aman je bila makan rasanya.

    BalasPadam
  6. zaman saya untuk hepi begini dah berlalu. saya lebih suka sendirian dengar lagu dan sekarang ini cuba cuba untuk tour secara solo dengan keretapi.

    BalasPadam
  7. Eh eh... bekenan pulak tengok sofa set dia tu...

    BalasPadam
  8. Luas betul kedainya kak, lepas tu banyak betul pilihan... mesti seronok melepak situ reramai

    BalasPadam
  9. Memang cantik menarik la kak amie Bonda Steamboat ni...lama plak SA x makan steambot..terus terasa- terasa...

    BalasPadam
  10. Terliur pula tengok pelbagai hidangan sedia dibuat stim.

    BalasPadam
  11. meriahnya..banyak sungguh pilihan makanan nya. seronok nya..tempat pun cantik, dengan bungi & angin laun, subhanallah...

    BalasPadam
  12. Menarik dan unik dekorasi dengan pelbagai khazanah lama. Ikutkan tempat diluar tu lagi syok kan kak Amie boleh layan permandangan pantai. Tapi fikir susah nak topup makanan, baiklah makan kat dalam je. Bagus juga kalau dapat tahu tentang budaya kaum Iranun. Ada jugak rezeki Kak Amie sekeluarga menginap di lodge tanpa perlu mencari penginapan :)

    BalasPadam
  13. menariknya restoran steambot ni, unik sgt..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe