Ibis Styles Hotel Inanam

1:19 PTG

21 Disember 2021.
Dari Kota Belud kami terus menuju ke Taman Sri Gayang, Tuaran dan seterusnya ke Inanam untuk bermalam di Ibis Styles Hotel.

Ibis Style Hotel Kota Kinabalu Inanam

Gambar tahun lepas : Azwa dan suami bawa Firdaus jumpa Acik di tempat kerja

Kami menziarahi anak buah kami yang tinggal di Taman Sri Gayang, Tuaran. Sewaktu kami tiba, aroma masakan semerbak dari dapur meruap hingga ke ruang tamu. Acik sedang masak. Firdaus sudah tentulah sangat gembira bertemu Acik kerana dari usia kecilnya Firdaus dijaga oleh arwah Mama Acik. Setelah Mama Acik meninggal dunia pada tahun 2019, Acik berhijrah ke Kota Kinabalu dan tinggal bersama Azwa, kakaknya.
Azwa menjamu kami makan tengahari. Sedap betul semua hidangannya. Berkali-kali kita menambah nasi dan ayam masak kicap serta sup ikan. Rupanya sudah tujuh hari lamanya asyik makan di kedai!  Apabila merasa masakan rumah, keenakannya tak terkata! Sudah tentu hanya mampu diluahkan dengan cara menambah nasi dan menambah lauk....ahaks!
Terima kasih Azwa dan keluarga yang masakkan kami untuk makan tengahari. 
Ketika berehat-rehat di ruang tamu selepas kekenyangan makan, Amie pun mula mencari tempat penginapan. 
"Penuh sudah hotel di KK, auntie," kata Azwa.
"Biar betul?" Kita tak percaya.
"Betul auntie. Saya sudah cari dari kelmarin."
Memang tidak mustahil, hotel penuh disebabkan musim cuti dan juga sambutan perayaan Krismas beberapa hari lagi. Azwa turut membantu mencari tempat penginapan dengan merujuk pak google. Akhirnya Amie terjumpa Ibis Styles Hotel dan terus menelefon untuk tempahan satu malam. Hanya ada bilik twin single bed sahaja yang ada. 


Setelah daftar masuk, kami menaiki lift untuk sampai ke bilik.  Macam lain macam pula tempat penginapan kami kali ini!


Lain hotel lain dekorasinya. 
Kali ini memang nampak lain macam sungguh!


Beginilah suasana di dalam bilik penginapan kami malam itu.
Kata Firdaus, kaki katil ada roda dan boleh ditolak. Katanya lagi, kalau begini tentu ada monster di bawah katil main sorok-sorok!



Terasa-rasa sedikit aneh apabila berada di sini.
Meja di sudut bilik itu digantung ke dinding. Inilah yang sangat menarik perhatian Firdaus kerana katanya kenapa meja di bilik ini tidak berkaki. Televisyen elok saja tersangkut di dinding.  Amie tak berapa faham tentang konsep hiasan dalaman dan tak tahu untuk
huraikan lebih lanjut. Kalau sudah namanya pun Ibis Styles Hotel, tentulah ada sesuatu yang unik dan berbeza 'styles' yang ingin dipaparkan.




Ketika itu cuaca mendung. Memang keadaan nampak gelap sedikit. Apabila selak langsir, dapatlah melihat pemandangan di luar.


Suasana sekitar pekan Inanam.

Nampak kehijauan di sekeliling pekan.


Jom lihat semula keadaan dalam  bilik.



Seperti biasa, walaupun Encik Suami masih rasa pelik dengan suasana di sini tetapi tidak pula pelik untuk masak air untuk bancuh minuman.



Bilik air pun selesa, sama seperti kebanyakan hotel lain.


Budak Firdauslah paling seronok kalau dapat mandi, bersihkan diri dari hujung rambut sampai hujung kaki.


Berbalik kepada meja gantung di sudut bilik, tidak puas-puaslah Firdaus membelek-belek dengan penuh kehairanan! Katanya tidak jatuhkah meja gantung itu nanti?



Amie pun risau juga sebab sebelah malamnya Amie akan ikuti google meet dan sudah tentulah akan gunakan meja gantung tersebut.



Tiba-tiba Firdaus kejutkan Amie dengan penemuannya yang juga dianggap pelik!
Perasan tak bentuk lampu di meja gantung itu?


Pada mulanya memang Amie ketawa sebab melihat objek tersebut sebagai kepala paip, tetapi rupanya itulah keunikan hotel ini. Bukan sahaja dari luar (Encik Suami kata macam dalam filem seram) apabila terpandang kesan garisan bengkok / kesan seret di atas permaidani.

Inilah yang Encik Suami katakan seolah-olah melihat filem seram.


Setelah berehat seketika kami bercadang untuk turun ke lobby.


Sempat rakam pemandangan dinding di luar bilik sementara menunggu pintu lift terbuka.


Dah sampai ke lobby hotel.


Nak ke mana?
Kita cari makanlah di Gabion Bistro.


Firdaus kata Gabion Bistro macam pintu penjara sebab ada pagar besi. Ada-ada saja budak satu ini.

Ibis Styles Hotel ini terletak di:
No.1, Jalan Taipan 2B, Inanam,
88450 Kota Kinabalu, Sabah.



17 comments

  1. memang nampak lain betul deconya kak, tapi tetap nampak kemas dan selesa...
    bukan main suka Daus dapat mandi, tak baik mummy ambil gambar Daus seksi kan hehehhe...

    Jalan nak ke bilik tu memang mcm scary tapi di lobi nya ada pokok krismas tu terus nampak meriah dan ceria gitu hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain kan Dana. Tu pasal asyik tengok ejaan...betulkan?

      Padam
  2. Dapat juga bersua lagi dan makan bersama. Homecook ternyata lagi sedap. Bertambah makan pun tak kisah. Nampak gaya Ibis Style Hotel KK ni macam indutrial style interior design dia. Menarik simple dan kemas. Sesekali menginap di Hotel yang lain sikit. Firdaus pun teruja tengok banyak benda pelik lain dari yang lain. Laluan tu gelap diterangi cahaya lampu je memang agak seram sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang menariknya, jalan-jalan dapat pengalaman yang berbeza kan Fizah. Lagi pun tidur sendiri dalam bilik hehehee.

      Padam
    2. Pembetulan: bukan tidur sendiri dalam bilik.

      Padam
    3. Penginapan tinggi sikit dari biasa. Mesti risau suami kak amie tinggalkan kereta parkir bawah.

      Padam
  3. Sy belum pernah lagi stay mana2 hotel milik Ibis ni. Memang styles la dekorasinya. Pak Inche pulak suka sakat, hotel iblis katanya, dah jadi takut nak cuba menginap di sini 😜

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal... Encik Suami dengan Firdaus kalau bercerita balik-balik tambah huruf 'l" kihkihkihhhh.

      Padam
  4. SA suka booked rangkaian Ibis Hotel, selalu lepak Melaka kat Ibis Hotel gak...memang best hotelnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pernah menginap selama 3 malam di hotel Ibis beberapa tahun lalu, tapi di Korea Selatan.

      Padam
  5. Pernah menginap di Ibis Melaka tapi mujurlah tak scary macam ni hihi..

    BalasPadam
  6. Dekonya menarikangan salah eja atau sebut aje

    BalasPadam
  7. Ya nampak seram sebab kelam.
    Rajin suami Amie setiap tempat penginapan masak air.

    BalasPadam
  8. haha. saya baru nak cakap pasal corak lantai koridor tu. nasib baik warna hitam, kalau merah lagi seram. mungkin hotel Ibis ni patut bagi ceria sikit supaya tak nampak creepy

    BalasPadam
  9. Hadoi...Dah la saya baca Ibis jadi Ib*is🙈
    Deconya sangat unik dan lain dari yang lain.Tapi kalau saya sorang yang memang tinggi tahap penakut ni...memang saya angkut bantal tidur kat sofa lobby la jawabnya🤣🤣🤣

    BalasPadam
  10. mmg nmpk seram tgk carpet yg mcm kena seret dkt situ. nsib baik bkn sorg2 ye.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe