Bermalam di Sea Park Condotel Lagi
3:56 PTGKawan-kawan kami yang ingin berehat di Kundasang terpaksa membatalkan hasrat kerana tempat penginapan penuh sepanjang cuti sekolah Disember 2021 lalu. Kami percaya sebab sebelum ini memang kami pernah mengalamai masalah yang sama untuk mencari tempat penginapan. Malah, kami sendiri dapat saksikan pengunjung terpaksa tidur di kereta kerana ketiadaan tempat penginapan. Jadi, kami pun tidak menoleh kali kedua ke arah Kundasang.
Memandangkan kali ini kami tidak tempah mana-mana tempat penginapan, jadi tawakal sajalah dengan cara walk in saja ke mana-mana hotel. Malas dah nak booking online sebab awal tahun 2021 ada masalah berlaku sehingga menyebabkan kerugian lebih RM500.
Benarlah kata Mama Cella. Kalau asyik zikir tentang satu-satu perkara memang akan terzahirlah akhir kejadiannya. Seperti biasa Encik Suami asyik sebut tempat penginapan di Sea Park Condotel Tanjung Aru. Padahal bagi Amie, itulah pilihan akhir untuk menginap. Kebetulan pula ketika itu talian putus-putus. Cuaca kurang elok. Hari pula hampir menjelang petang. Anak buah kami maklumkan banyak hotel di Kota Kinabalu yang penuh.
Akhirnya setelah memikirkan Encik Suami yang penat memandu serta perut yang lapar, Amie cuba telefon Sea Park Condotel Tanjung Aru. Memandangkan itulah hotel kesayangan Encik Suami, jadi dapatlah kami tempah satu bilik, family room dengan harga RM169 satu malam.
Firdaus di ruang tamu. |
Bilik air agak kecil dan old style. |
Bilik kami ada tiga katil. |
Amie kongsikan alamat Sea Park Condotel Tanjung Aru di sini untuk rujukan sendiri dan yang lain. Mana tahu datang ke Kota Kinabalu dan susah untuk dapat hotel, bolehlah cuba di sini. Setakat ini kawan-kawan dan saudara mara sebelah Encik Suami yang pernah minta tolong cari penginapan, akan mengulang tempah di sini.
Sea Park Condotel
Jalan Murni, Tanjung Aru,
88100 Kota Kinabalu Sabah, East Malaysia.
Tel: 6088-282828 Fax: 6088-282825
HP: 017-8602363 (Mr. Teo)
E-mail: seaparkcondotel@yahoo.com
13 comments
Thanks for sharing kak Amie. Manalah tau kan info berguna buat yang kali pertama nak ke Kota Kinabalu. Dekat dengan pantai dan airport tu antara kelebihan jugak
BalasPadamHotel lama ye Kak Amie? Kelebihan hotel lama biasanya bilik besar-besar, itu yg best :)
BalasPadamTgk bilik just nice tu kak.. Yg penting dpt tido dan mandi...
BalasPadamnampak selesa juga hotel dia walaupun perabot nampak old school.
BalasPadamRindunya Sabah. Bila la nak sampai pula ke sana.. InsyaAllah satu hari nanti. Bawa anak-anak pergi tempat ummi abah nya bertemu..
BalasPadamfirdaus la untung, jenjalan merata :)
BalasPadamKan...
BalasPadamSepatutnya booking online memudahkan kedua belah pihak.Tapi sekarang kena hati2 kan...
Seronok la Daus dapat jenjalan + dapat kakak ipar...🥰
Rezeki hotel ini lagi.
BalasPadamWah rugi sampai RM500. Kadang-kadang tempah awal tapi tidak dapat pergi. Senang walk-in tapi mungkin mahal sedikit.
SA yang penting bilik air bersih, katil best..lain2 xde pun x pe...nak tido je pun kan...okey boleh simpan contact condotel ni..mana tau tersesat ke KK
BalasPadamwalaupun hotel lama tapi bilik luas kak, peti ais dia pun besar betul.... harga pun murah bebeno nya
BalasPadamSebab selesa Dan dah biasa rubyg repeat hotel ye kak.. mcm saya juga
BalasPadamSea Park Condotel dah jadi tempat penginapan wajib untuk keluarga kak Amie. Bersih dan selesa dah memadai. Boleh tahan ramai orang datang ke sana bercuti sampai fully booked hotel. Special nampak tempat mengopi tu separate dari bilik. Harga bilik pun masih okay lagi lah. Datang berehat untuk tidur je kan. lepas tu jalan jalan dah.
BalasPadammenarik jgk condotel ni. bleh stay ramai2. xtahu pula mengenai tmpt ni sebelum ni.
BalasPadamthanks kak amie share sini..