Temankan Firdaus Makan Tengah Hari di Happy Spoon

5:40 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini Firdaus tidak ke sekolah agama. Gilirannya petang ini untuk ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan. Salah seorang rakannya disahkan menghidap tibi. Jadi, semua murid sekelas Firdaus diarahkan untuk x-ray di hospital. Setiap hari lima orang murid yang disenaraikan untuk menjalani x-ray dari pukul dua hingga empat petang.

Teringat di akhir bulan puasa lepas. Rakan sekerja yang baru balik mengerjakan umrah dikatakan mendapat penyakit tibi kerana batuk yang berpanjangan. Seluruh warga guru diarahkan menjalani x-ray di hospital. Sama prosedurnya seperti di sekolah Firdaus. Setiap hari hanya lima orang yang menjalani x-ray dalam tempoh dua jam, iaitu bemula pukul dua hingga empat petang. Panjanglah senarai menunggu sehingga sebulan tempohnya! Kebetulan minggu terakhir puasa Amie demam. Jadi Amie tangguhkan untuk ke hospital. Selepas cuti raya, kawan yang dikatakan menghidap tibi datang ke sekolah. Katanya, tak perlulah pergi x-ray. Dia tidak ada tibi. Allahu Akbar! Pelik juga. Kenapa hospital kata ada tibi, tapi apabila kawan tadi membuat pemeriksaan di hospital lain, tiada pula tibinya! Alhamdulillah, sihat walafiat sehingga ke hari ini.

Berbalik cerita Firdaus tadi, balik sekolah rendah kami terus ke Happy Spoon untuk makan tengah hari.

Firdaus memilih menu.

Firdaus sedang menulis pilihan menu. Sepatutnya pelayan kafe hantar senarai menu, tapi Firdaus minta sendiri di kaunter. Kemudian dia sendiri juga yang hantar pesanan ke kaunter.

Rambutnya sudah agak panjang. Minggu ini sudah lebih empat lima kali Amie suruh Encik Suami bawa Firdaus potong rambut.

Happy Spoon

Hong Kong Milky Tea

Firdaus memesan Hong Kong Milky Tea. Eh, budak ini pesan minuman panas pula. Biasanya dia suka yang sejuk-sejuk.


Bismillah.
Slurrppp! Sluuurrppp!


Amie kongsi Cendol Ice Shaved dengan Encik Suami.


Saja-saja ambil gambar menu yang dipesan. Hendak tengok sama tak hidangannya seperti dalam katalog... ahaks!

Tom Yam Fried Rice

Memang Firdaus tak pernah jemu dengan Tom Yam Fried Rice. Dua minggu lepas, rakan baiknya, Khalid bersama familinya bawa Firdaus makan di sini selepas Khalis dan Firdaus selesai mengikuti aktiviti merentas desa. Kata Firdaus, dia makan Tom Yam fried Rice juga!

Tom Yam Fried Rice dalam katalog.

Tom Yam Fried Rice hidangan sebenar.


Curry Laksa


Encik Suami kata Curry Laksa sedap.
Amie hirup kuahnya, memang cukup rasa. Tak mahulah makan lebih sebab kita pun ada pesanan makanan sendiri.

Kerapu Fish Fillet Ham Choy


Inilah menu pilihan Amie: Kerapu Fish Fillet Ham Choy. 
Habis ikan kerapu dan kuahnya Amie makan tapi minta tolong Encik Suami habiskan bihunnya!


Banyak isi ikan kerapu di dalamnya.

Cheesy Wedges Fried

Rupanya Firdaus memesan Cheesy Wedges Fried juga. Kami suruh Firdaus bayar harga makanan di kaunter. Nampak sudah semakin matang budak kecil ini. Dan bukan kategori malu-malu kucing .... hiks!



Selepas makan, kami pulang ke rumah. Firdaus mandi, tukar pakaian dan solat sebelum keluar lagi untuk ke hospital. Ketika Amie sedang berehat di bilik, terdengar suara Encik Suami di luar. Amie tanya, mana Firdaus? Kata Encik Suami, Firdaus sedang mandi di bilik air bawah. Sudah gunting rambut, kata Encik Suami.


Wah, Firdaus dengan rambut baharunya!



14 comments

  1. Semua sedap Kak Amie. Yumm yumm. Cendol Ice Shaved. Nasi Goreng Tomyam.

    Alhamdulillah tiada Tibi seperti disangka kan. Suspen, risau semua ada kan.

    Wahh Firdaus rambut baru.

    BalasPadam
  2. semoga firdaus nanti besar jadi anak yang soleh ye.. bertanggungjawab dan dapat jaga ibu bapa masa tua nanti ameeen..

    BalasPadam
  3. wah makin ensemboi firdaus dah gunting rambut.

    sedap2 menu nya

    BalasPadam
  4. Huntungnya firdaus
    Wak semasa seusianya, tak pernah rasanya masuk ke kedai makan

    BalasPadam
  5. Hensem boy 👍
    Sedap² menu kat sini kan...

    BalasPadam
  6. Nampak sedap semua makanan yg dipesan. Alhamdulillah kawan Kak Amie tu tak dijangkiti tibi. Semoga semua cikgu dan murid di sekolah sihat dan terpelihara dari penyakit wabak tibi.

    BalasPadam
  7. Wahhh sedap2 menunya.. ada kat sabah je yer..

    BalasPadam
  8. sedap-sedap nampak menunya tu terutama cendol ice shaved! nyummmm~

    *yeayy TQ kak amie inform blog ana dah okay *muahh muahh*

    BalasPadam
  9. Menu sedap dan harga juga berpatutan. Wahhh, Daus nak minum air panas sebab suka hirup guna sudu kot, hihi

    Kalau di tempat sy kat kolej hr tu, ujian TIBi dia buat dgn cara cucuk jarum kat lengan jer. Ke skrg dah berubah cara, kena x-ray ?

    BalasPadam
  10. Ya Allah, bagusnya Firdaus.. memudahkan urusan pelayan.. :D semoga membesar dengan cerdas dan cergas yer anak..

    hensem dah Firdaus lepas potong rambut...

    BalasPadam
  11. seronok la buah hati kak amie ni ye..handsome Firdaus dengan rambut baru

    BalasPadam
  12. Kacak bergaya si bujang dengan potongan rambut baru 😊

    BalasPadam
  13. Langsung berubah parasnya saat rambut msh agak panjang dan sudah potong 😄👍.

    Saya pun sama dengan daus kak, sukaaa sangat dengan nasi goreng Tomyam atau Tomyam sekalian. Tak pernah bosan kalo makan itu

    BalasPadam
  14. Macam dah lama tak up makan kat Happy Spoon.
    Seperti biasa menu nya kelihatan sedap2 belaka.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe