Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini Firdaus tidak ke sekolah agama. Gilirannya petang ini untuk ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan. Salah seorang rakannya disahkan menghidap tibi. Jadi, semua murid sekelas Firdaus diarahkan untuk x-ray di hospital. Setiap hari lima orang murid yang disenaraikan untuk menjalani x-ray dari pukul dua hingga empat petang.
Hari ini Firdaus tidak ke sekolah agama. Gilirannya petang ini untuk ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan. Salah seorang rakannya disahkan menghidap tibi. Jadi, semua murid sekelas Firdaus diarahkan untuk x-ray di hospital. Setiap hari lima orang murid yang disenaraikan untuk menjalani x-ray dari pukul dua hingga empat petang.
Teringat di akhir bulan puasa lepas. Rakan sekerja yang baru balik mengerjakan umrah dikatakan mendapat penyakit tibi kerana batuk yang berpanjangan. Seluruh warga guru diarahkan menjalani x-ray di hospital. Sama prosedurnya seperti di sekolah Firdaus. Setiap hari hanya lima orang yang menjalani x-ray dalam tempoh dua jam, iaitu bemula pukul dua hingga empat petang. Panjanglah senarai menunggu sehingga sebulan tempohnya! Kebetulan minggu terakhir puasa Amie demam. Jadi Amie tangguhkan untuk ke hospital. Selepas cuti raya, kawan yang dikatakan menghidap tibi datang ke sekolah. Katanya, tak perlulah pergi x-ray. Dia tidak ada tibi. Allahu Akbar! Pelik juga. Kenapa hospital kata ada tibi, tapi apabila kawan tadi membuat pemeriksaan di hospital lain, tiada pula tibinya! Alhamdulillah, sihat walafiat sehingga ke hari ini.
Berbalik cerita Firdaus tadi, balik sekolah rendah kami terus ke Happy Spoon untuk makan tengah hari.
Firdaus memilih menu. |
Firdaus sedang menulis pilihan menu. Sepatutnya pelayan kafe hantar senarai menu, tapi Firdaus minta sendiri di kaunter. Kemudian dia sendiri juga yang hantar pesanan ke kaunter.
Rambutnya sudah agak panjang. Minggu ini sudah lebih empat lima kali Amie suruh Encik Suami bawa Firdaus potong rambut.
Happy Spoon |
Hong Kong Milky Tea |
Firdaus memesan Hong Kong Milky Tea. Eh, budak ini pesan minuman panas pula. Biasanya dia suka yang sejuk-sejuk.
Bismillah.
Slurrppp! Sluuurrppp!
Amie kongsi Cendol Ice Shaved dengan Encik Suami.
Saja-saja ambil gambar menu yang dipesan. Hendak tengok sama tak hidangannya seperti dalam katalog... ahaks!
Tom Yam Fried Rice |
Memang Firdaus tak pernah jemu dengan Tom Yam Fried Rice. Dua minggu lepas, rakan baiknya, Khalid bersama familinya bawa Firdaus makan di sini selepas Khalis dan Firdaus selesai mengikuti aktiviti merentas desa. Kata Firdaus, dia makan Tom Yam fried Rice juga!
Tom Yam Fried Rice dalam katalog. |
Tom Yam Fried Rice hidangan sebenar. |
Curry Laksa |
Encik Suami kata Curry Laksa sedap.
Amie hirup kuahnya, memang cukup rasa. Tak mahulah makan lebih sebab kita pun ada pesanan makanan sendiri.
Kerapu Fish Fillet Ham Choy |
Inilah menu pilihan Amie: Kerapu Fish Fillet Ham Choy.
Habis ikan kerapu dan kuahnya Amie makan tapi minta tolong Encik Suami habiskan bihunnya!
Banyak isi ikan kerapu di dalamnya. |
Cheesy Wedges Fried |
Rupanya Firdaus memesan Cheesy Wedges Fried juga. Kami suruh Firdaus bayar harga makanan di kaunter. Nampak sudah semakin matang budak kecil ini. Dan bukan kategori malu-malu kucing .... hiks!
Selepas makan, kami pulang ke rumah. Firdaus mandi, tukar pakaian dan solat sebelum keluar lagi untuk ke hospital. Ketika Amie sedang berehat di bilik, terdengar suara Encik Suami di luar. Amie tanya, mana Firdaus? Kata Encik Suami, Firdaus sedang mandi di bilik air bawah. Sudah gunting rambut, kata Encik Suami.
Wah, Firdaus dengan rambut baharunya!
Semua sedap Kak Amie. Yumm yumm. Cendol Ice Shaved. Nasi Goreng Tomyam.
BalasPadamAlhamdulillah tiada Tibi seperti disangka kan. Suspen, risau semua ada kan.
Wahh Firdaus rambut baru.
semoga firdaus nanti besar jadi anak yang soleh ye.. bertanggungjawab dan dapat jaga ibu bapa masa tua nanti ameeen..
BalasPadamwah makin ensemboi firdaus dah gunting rambut.
BalasPadamsedap2 menu nya
Huntungnya firdaus
BalasPadamWak semasa seusianya, tak pernah rasanya masuk ke kedai makan
Hensem boy 👍
BalasPadamSedap² menu kat sini kan...
Nampak sedap semua makanan yg dipesan. Alhamdulillah kawan Kak Amie tu tak dijangkiti tibi. Semoga semua cikgu dan murid di sekolah sihat dan terpelihara dari penyakit wabak tibi.
BalasPadamWahhh sedap2 menunya.. ada kat sabah je yer..
BalasPadamsedap-sedap nampak menunya tu terutama cendol ice shaved! nyummmm~
BalasPadam*yeayy TQ kak amie inform blog ana dah okay *muahh muahh*
Menu sedap dan harga juga berpatutan. Wahhh, Daus nak minum air panas sebab suka hirup guna sudu kot, hihi
BalasPadamKalau di tempat sy kat kolej hr tu, ujian TIBi dia buat dgn cara cucuk jarum kat lengan jer. Ke skrg dah berubah cara, kena x-ray ?
Ya Allah, bagusnya Firdaus.. memudahkan urusan pelayan.. :D semoga membesar dengan cerdas dan cergas yer anak..
BalasPadamhensem dah Firdaus lepas potong rambut...
seronok la buah hati kak amie ni ye..handsome Firdaus dengan rambut baru
BalasPadamKacak bergaya si bujang dengan potongan rambut baru 😊
BalasPadamLangsung berubah parasnya saat rambut msh agak panjang dan sudah potong 😄👍.
BalasPadamSaya pun sama dengan daus kak, sukaaa sangat dengan nasi goreng Tomyam atau Tomyam sekalian. Tak pernah bosan kalo makan itu
Macam dah lama tak up makan kat Happy Spoon.
BalasPadamSeperti biasa menu nya kelihatan sedap2 belaka.