Dari Lorong ke Lorong Old Town Dubrovnik
12:52 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Ketika kami tertinjau-tinjau di penghujung kota melalui jalan utama, kami bertembung dengan TLM ( Tour Leader Malaysia) yang sedang berjalan seorang diri di celah-celah lorong menghala ke pasar. Ketika itu para peniaga sedang membuka gerai masing-masing. Ada gerai sayur, buah-buahan dan cendera hati.
Pada masa yang sama salah seorang daripada kami menyuarakan untuk mencari tandas. Menurut TLM, tiada papan tanda tandas yang ditemui di sini. Katanya lagi, dia pernah terbaca ada sebuah masjid di kawasan ini tetapi tidak tahu di mana lokasinya. Sambail kami berjalan, sambil pula TLM mencari kedudukan masjid melalui aplikasi google map.
Lorong terbuka yang kami lalui ini merupakan jalan ke pasar.
Rasanya kalau semua peniaga sudah bersedia dengan bahan jualan masing-masing, memang akan berlama-lamalah kami di sini! Eh, mana boleh lama-lama. Hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi untuk ke pukul 11 pagi!
Buah lemon pun kita rasa geram sebab warnanya berbeza sedikit dengan buah lemon yang selalu dibeli di tempat sendiri. Di sini semuanya nampak segar belaka.
Sempat singgah di gerai potpuri. Tengok warna-warna kantungnya yang lembut memang terus tersangkut hati memandangnya. Apalagi, membelilah kami untuk kenang-kenangan termasuk minyaknya sekali! Saiz kecil tiga kantung berharga 9 EURO. Bolehlah gantung di kereta.
Kami teruskan perjalanan memasuki salah satu lorong dengan mengekori TLM.
Beginilah antara pemandangan atau keadaan di setiap lorong kecil yang kami susuri.
Banyak kedai di kiri kanan lorong termasuk kedai bunga, kedai pakaian, kafe dan lain-lain. Nampaknya keadaannya lebih kurang sama dengan bahagian luar di kawasan jalan utama.
ATM pun ada di dalam 'kampung' ini.
Akhirnya Allah izinkan kami untuk sampai ke rumah-Nya. Alhamdulillah kini kami sudah berada di pintu masuk Islamska Zajednica U Hrvatskoj (The Islamic Community in Croatia).
Nampaknya pintu masjid ditutup tetapi tidak berkunci.
Tiada orang di dalam masjid. Mungkin ketika ini belum masuk waktu solat zohor memandangkan jam baru menunjukkan angka 10:50 minit pagi.
Jom masuk.
Ada tangga yang perlu didaki untuk ke tingkat atas.
Beginilah keadaan di ruang luar. Banyak maklumat di papan kenyataan tetapi dalam bahasa Croatia.
Adab masuk ke rumah Allah mestilah tanggalkan kasut dan letak di rak.
Ruang rehat / menunggu kelihatan kemas dan cantik.
Tempat mengambil wudhu'.
Setelah masing-masing menunaikan qadha' hajat, kami pun kembali menuruni anak tangga untuk keluar dari masjid.
Untuk mengetahui keberadaan masjid di sini, terdapat logo masjid dipasang pada lampu jalan. |
Ketika menulis entri ini tiba-tiba teringat kenapa tidak jengok ruangan solat! Allahu Akbar.... barangkali ketika itu belum masuk waktu solat, jadi tidaklah masuk ke bahagian dalam masjid. Mohon izin Pak Google, pinjam gambar suasana dalam masjid. Terima kasih!
Itulah sahaja cerita yang dapat dikongsikan untuk tatapan bersama. Rasa takjub kerana di tengah-tengah kota lama ada masjid di dalamnya!
Kami menyusuri lorong ke luar menuju ke pintu keluar kota lama ini. Dalam setiap detak langkah, Amie terus memikirkan betapa hebatnya binaan negara kota ini. Tersusun dan sistematik serta kukuh berdiri teguh berabad-abad lamanya!
Sekali lagi Amie pinjam beberapa keping gambar dari Pak Google untuk menggambarkan sebahagian kecil keadaan Old Town Dubrovnik di Croatia.
Demikianlah sedikit sebanyak pengalaman singkat ketika berada di Old Town Dubrovnik. Dapatlah kami memahami kehidupan abad lampau. Semua penduduk bersama raja mereka tinggal di dalam kota. Ada pintu gerbang dan tembok mengelilingi kota. Sekiranya ada musuh datang menyerang, pintu gerbang ditutup.
Rasanya hendak mencari semula filem-filem yang memaparkan cerita zaman silam terutama kisah zaman feudal untuk ditonton supaya dapat lebih penghayatannya!
9 comments
subhanallah rumah Allah indah dalam kota lama Duvronik
BalasPadamcantik lorong2nya.. sesuai sangat sesuai bagi yang berkerusi roda..
BalasPadamATM dia pun unik... Masjid nya lawa sangat...
BalasPadamSuka tengok lorong2 di sana, cantik semua foto Kak Amie ni. Alhamdulillah dapat masuk dan ziarah The Islamic Community in Croatia tu. Moga dapat ke Old Town nanti Aamiin. Thanks for sharing semua Kak Amie
BalasPadamseronoknyaaa dapat menyelusuri lorong2 mcm ni
BalasPadamsy suka!
rasa tenang je...
binaan kiri kanan tampak mengujakan
tak sangka dalam celah2 bangunan tu
ada masjid
Potpuri tu comel .
BalasPadamReka bentuk bangunan kt sana pun cantik
Sama kak. Saya pun jadi nak cari film yg mungkin ada bercerita ttg kota ini. Nak bayangkan saat ada peperangan, lalu para tentara menutup pintu masuk gerbang nya 🤭. Pasti menarik filmnya.
BalasPadamTapi memang saya pun makin bertekad kalo nak kesini ingin secara mandiri supaya puas menjelajah kotanya.
lorong- lorong tu memang menarik perhatian SA..berangan SA ada kat situ..hahaha...
BalasPadamSeni bina lama yang sangat unik. Utuh dan rapat-rapat lokasinya. Warna lemon tu dah macam warna buah oren dah. Kalau saya pun terbeli juga potpurri tu. hihi...
BalasPadam