Kembang Kates Masak Lodeh
8:14 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Petang tadi Amie masak nasi lauk:
- Ikan Dongol Goreng
- Kembang Kates Masak Lodeh
- Sambal Colek
Kembang Kates Masak Lodeh |
Encik Suami sudah tentu berselera sekali dapat makan nasi lauk Kembang Kates Masak Lodeh digandingkan dengan Ikan Dongol Goreng dan Sambal Colek Cocos. Lauk-pauk begini memang menjadi kegemaran arwah MIL dan FIL sekeluarga. Biasanya MIL akan goreng ikan layar sebagai pelengkap, tetapi hari ini kami hanya ada ikan dongol sahaja.
Kembang kates itu bahasa yang keluarga sebelah Encik Suami gunakan membawa maksud bunga betik. Kita gunakan bahasa Melayunya sahaja iaitu bunga betik. Oleh kerana ini merupakan resipi warisan masyarakat Cocos, jadi eloklah gunakan perkataan asal.
Hidangan Makan Malam |
Ikan Dongol Goreng |
Kali ini Amie goreng ikan dengan garam kunyit sahaja. Oleh kerana Kembang Kates Masak Lodeh sudah mengandungi rempah ketumbar, rasanya tak perlulah goreng ikan tambah rempah. Firdaus kalau sudah nampak ikan goreng, macam nampak apa entah... ahaks! Cepat jew tangannya mengambil ikan goreng bawa ke pinggan nasinya.
Sambal Colek Cocos dengan Terung Goreng ini memang menjadi kesukaan MIL. Amie buat sambal ini ikut 100% resipi MIL. Cili padi bersama bawang putih dan bawang merah serta belacan digoreng sekali harung dalam kuali sehingga layu. Masukkan ke dalam pengisar, dan tuangkan jus limau kasturi, garam / gula / perasa pilihan. Kisar hingga hancur. Bukan kisar kasar. Sambal Colek Cocos ini menjadi sekiranya ada rasa harum masam jus limau kasturi.
Firdaus berkali-kali sudukan Sambal Colek Cocos ke dalam pinggan nasinya. Nampak berselera betul dia makan nasi lauk ikan goreng dan sambal colek.
Red Tembikai Kahwin |
Apabila Amie belah buah tembikai, lain pula warnanya. Nak kata tembikai kuning, bukan warna kuning pula. Mungkin tembikai sakit! Amie cari plastik pembungkus tembikai dan ada label yang masih melekat dengan tulisan : Red Tembikai Kahwin. Isshh...issshhh tembikai kahwin rupanya. Tembikai merah kahwin tembikai kuning kot? Rasanya agak manis juga, dan rangup.
Kembang Kates Masak Lodeh |
Banyak kali juga Amie kongsikan resipi masakan lodeh MIL. Antara resipinya ada di sini: PUCUK & BUNGA BETIK MASAK LODEH VERSI COCOS. Biasanya MIL suka campurkan pucuk ubi, jantung pisang dan bunga atau pucuk betik untuk masakan sayur lodeh ini. Kadang-kadang hanya gunakan pucuk ubi sahaja. Boleh tambahkan ikan layar goreng atau ikan kering.
Amie hanya gunakan bunga betik atau kembang kates dan tambahkan ikan masin. Mari Amie kongsikan lagi resipinya. Oh, hampir lupa nak beritahu. Amie hanya celur bunga betik sahaja tanpa tambah apa-apa bahan seperti asam keping untuk kurangnya pahitnya.
Resipi Kembang Kates Masak Lodeh
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
- 400 gram bunga betik yang sudah dicelur
- 1 cawan santan pekat ditambah 2 cawan air
- 1 ekor ikan jepun / sulig masin - potong 4 dan goreng - angkat - ketepikan
- 4 sudu besar minyak
- garam / perasa pilihan
- 10 tangkai cili kering
- 3 sudu besar ketumbar biji
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
- Masukkan bunga betik. Gaul rata.
- Seterusnya masukkan santan kelapa. Masak hingga mendidih.
- Kemudian masukkan ikan masin goreng.
- Perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
- Padamkan api dapur.
17 comments
Kat tempat wak ni banyak bunga betik jantan tu
BalasPadamTapi tak pernak buat masakan
Bunga betik dengan pucuk betik pahit - pahit jadi ubat.
PadamDi sinipun disebut Kates utk pepaya yg masih muda kak. Biasanya memang utk dibuat sayur, atau buah rujak. Bisa juga manisan atau asinan Kates. Saya sukaaa sangat. Kalo orang Palembang Kates dijadikan isi pempek. Jadilah pistel 😄
BalasPadamSaya nak buat sambal colek cocos itu. Nampak sedap. Apalagi sedang ada terong juga di sini.
Ooo... kates nama papaya muda rupanya.
PadamPernah saya lihat kates jadi isi pempek!
Silakan bikin sambal colek Cocos. Resipi peninggalan emak mentua.
Ingatkan rock melon, tembikai kahwin rupanya :)
BalasPadamKalau Sy pun cekau ikan goreng tu dulu, sbb nmpk menarik sangat, sempurna gorengannya.
Hahaa... lain macam isi red tembikai kahwin ye PH.
Padamoh bunga betik rupanya he he ingat apa td.lain dari lain biasa mkn buat kerabu
BalasPadamBunga betik pun sedap dibuat kerabu.
Padamkalau bunga betik tu dana pernah makan yg emak celur pastu makan dengan sambal... pahit tp sedap. CUmanya tak pernah dana masak sendiri macam gini
BalasPadamMacam-macam resipi bunga betik.
PadamBoleh olah ikut cita rasa masing-masing.
Oh bunga netio rupanya. Sedapnya ada ikan goreng, lauk semua sedap tu Kak Amie
BalasPadamJemput Mulan.
PadamKombinasi lauk begini selalu saya nikmati kalau balik rumah mak mentua.
Kembang kates bunga betik rupanya. Pernah tengok orang buat ulam je. Rare sungguh masakan masakan masyarakat Cocos. Ikan goreng dah jadi favourite Daus dah. Wahh handal betul makan dengan sambal. Tahan pedas ye dia.
BalasPadamAda pulak Red Tembikai Kahwin...macam-macam. hihi...
Firdaus memang suka makan pedas. Kalau tak ada sambal dia tanya ada cili padi tak? Bolehlah dia patah-patahkan dalam pinggan nasinya.
Padamterliur sy tengok ekor ikan dongol goreng tu cicah dgn sambal colek fuhhh
BalasPadamHahaa... ekor ikan dongol tu habis Firdaus makan dengan nasi.
PadamTak pahit ke lauk ni kak masukkan sekali bunga betik ni...ikan dongol tu nampak banyak isi ye...
BalasPadam