Resipi Bunga Betik Tumis dengan Udang Geragau
5:41 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin cuti sempena Hari Wesak dapatlah main masak-masak di dapur. Encik Suami bersihkan peti sejuk, terjumpa kepala ikan tuna. Jumpa lagi bunga betik yang sudah siap dicelur dan dibekukan. Jadinya, hidangan kami tengah hari merangkap malam:
Kelmarin cuti sempena Hari Wesak dapatlah main masak-masak di dapur. Encik Suami bersihkan peti sejuk, terjumpa kepala ikan tuna. Jumpa lagi bunga betik yang sudah siap dicelur dan dibekukan. Jadinya, hidangan kami tengah hari merangkap malam:
- Nasi putih
- Singgang Kepala Ikan Tuna
- Ikan Lausu Goreng
- Bunga Betik Tumis dengan Udang Geragau
- Sambal Belacan Mangga
- Telur Masin
Hidangan Tengah Hari / Malam |
Bunga Betik Tumis dengan Udang Geragau |
Nasi & Telur Masin |
Ikan Lausu Goreng |
Ikan Lausu |
Ikan Lausu ini Amie goreng garing. Krup krap krup krap bunyi Firdaus kunyah. Amie hanya lumur garam kunyit sahaja.
Sambal Belacan Mangga |
Bunga betik atau kembang kates ini kami beli minggu lepas. Amie celur dan sejuk bekukan. Kalau hendak masak, keluarkan sahaja dan defrost. Amie minta Encik Suami cari pucuk betik yang tumbuh di tepi dapur. Daunnya Amie hiris dan ramas-ramas dan kemudian dimasak bersama bunga betik. Semerbak dapur dengan aroma udang geragau sewaktu Amie menumis bunga betik.
Bunga Betik Tumis dengan Udang Geragau |
Resipi Bunga Betik Tumis dengan Udang Geragau
Bahan-bahan:
- 2 cawan bunga betik yang sudah dicelur
- 1 cawan daun / pucuk betik yang dihiris dan diramas
- 1 cawan udang geragau - bilas dan toskan
- 4 sudu besar minyak
- 7 tangkai cili padi
- garam / gula / perasa pilihan
Bahan hiris / tumbuk:
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 7 tangkai cili padi
Cara memasak:
- Panaskan minyak.
- Tumis bahan tumbuk / hiris dan udang geragau sehingga garing.
- Masukkan bunga betik dan daunnya serta cili padi.
- Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
- Gaul rata dan biarkan seketika.
- Padamkan api dapur.
Firdaus habis meratah seekor ikan goreng!
7 comments
Ikan Lausu ni ada di Sabah saja ya?
BalasPadamwahh menarik menu bunga betik, sayang pokok betik kat rumah dah tumbang, kalau tak boleh cuba
BalasPadamUdang geragau nu udang yg halus2 tu eh?
BalasPadamBunga betik jantan ni banyak kat kebun
BalasPadamtapi tak pernah cuba try buat masakan
Bilalah sy dapat merasa makan bunga betik, pokok betik pun tak tanam, hihi. Nampaknya hidangan Kak Amie tu boleh membocorkan periuk nasi!
BalasPadamBunga betik dengan udang geragau tu nak sangat rasa.
BalasPadamSaya suka tumis bunga pepaya ini. Tp tuhlah tak pandai masaknya. Makanya selalu beli dari restoran Menado Sulawesi yg biasa nya tumisan bunga pepaya mereka mantap. Pedas sungguh
BalasPadam