Hamburger Mish Pule 400 Lekë di Capitol

9:57 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Masih ada masa lebih kurang sejam lagi ke pukul 3 petang. Selepas solat di Et'hem Bey Mosque, kami berjalan-jalan lagi di sekitar Skanderbeg Square dan kemudian menyeberang jalan. Kebetulan pula sebelum itu terjumpa TLM. Katanya, kalau hendak minum petang pergilah ke Capitol, tempat makan Turki.

Perut tidaklah lapar tetapi tidaklah kenyang. Eloklah singgah, mana tahu ada menu ringan yang mampu menggoda selera!

Hamburger Mish Pule 400 Lekë


Capitol terletak di seberang jalan, berbumbung merah.


Capitol tema warna merah.


Bumbung merah, kerusi pun merah.


Di luar Capitol, ada tempat jual makanan dan minuman ringan.



Terjumpa rakan peserta di luar Capitol.

Pada masa yang sama, pesanan mereka sampai di meja.



Kami berminat untuk duduk di bahagian dalam. Ada beberapa orang peserta rombongan sedang menjamu selera.


Sewaktu makan tengah hari mata wang Albania di tulis LEEK. Di Capitol ditulis Lekë. Apabila tanya Pak Google, katanya Albania atau dalam bahasa Albania Lekë ialah mata wang rasmi Albania yang setiap unitnya dibahagi menjadi 100 qindarka. Mata wang ini yang pertama kali digunakan sejak tahun 1912 berasal dari mata wang Uthmaniyyah. Nama lek berasal dari Alexander Agung. Nama qindarkë berasal dari perkataan Albania qind.

Jadi, leek atau lek atau Lekë maknanya sama.




Jom belek-belek katalog makanan, kita kenal-kenal dengan menu yang ditawarkan di Capitol.








Amie teringin pula hendak makan Hamburger Mish Pule (Burger Ayam)


Yang menariknya sebab ada isi ayam carik! Sosnya pun sedap!

Hamburger Mish Pule

Dalam perjalanan menuju ke bas, Kamsiah dan Nancy berlarian menyeberang jalan mencari kedai souvenir. Ada seorang rakan peserta rombongan beritahu terdapat beberapa buah kedai souvenir terletak di hujung seberang laluan ke bas. Amie dan Luucy terus menuju ke tempat letak bas. Jam sudah menunjukkan angka tiga petang dan tour guide sudah mula bersuara. Amie telefon Kamsiah tetapi tidak diangkat. Apabila disebut nama yang belum naik bas, kami diam-diam saja. Dan tidak lama kemudian terlihat kelibat Kamsiah dan Nancy. Lewat lima minit!

6 comments

  1. Terima kasih kongsi pengalaman dengan kami semua :)

    BalasPadam
  2. ya Allah, nikmatnye burger tu...

    BalasPadam
  3. menarik betul hamburger tu kak amie...

    BalasPadam
  4. Oh,nama matawang rupanya...saya sangkakan nama tasik atau nama sayuran🤭

    BalasPadam
  5. Menu semua tu memang menarik2 sangat.

    BalasPadam
  6. Rasanya kalo ke Luar negara, seperti eropa, Amerika, saya selalu percaya burger mereka sedaaap 😄😄😄👍. Tak pernah kecewa kalo makan burger di sana. Daging nya itu selalu tebal dan juicy sangat. Dan memang kenyanglah seharian 😄🤣

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe