Selamat Bersarapan di Shkodër
5:18 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Ketika jam menghampiri pukul tujuh pagi kami sudah berada di dewan makan untuk sarapan. Salah seorang pekerja hotel tersenyum sambil menunjukkan isyarat dua jarinya yang bermaksud ada dua minit lagi ke pukul tujuh barulah boleh sarapan. Mereka sedang sibuk mengisi bekas hidangan dengan makanan yang dibawa dari dapur hotel.
Suasana warna-warni di meja makan. |
Abaikan tudung yang herot-petot di kepala tu. Memang tak pernah sterika tudung pun selama kembara kami. Hotel tidak sediakan sterika dan kami pun memang tak bawa sterika. Sudah sterika semua tudung dan baju elok-elok dan susun hati-hati dalam beg, tetap keromot juga walaupun katanya jenis kain tak keronyok!
Kaunter |
Sementara itu mari kita tinjau-tinjau ruangan makan sambil tangkap gambar. Tema merah kuning kelihatan begitu terang dan membangkitkan semangat di pagi hari. Hurrmmm... merah kuning warna bendera negeri kelahiranku, Selangor.
Meja makan kami. |
Amie dan Kamsiah memilih tempat duduk di tepi tingkap. Dua tempat duduk untuk Lucy dan Nancy manakala dua kerusi lagi kalau sesiapa mahu boleh duduk sarapan bersama.
Nampaknya warna jus minuman yang disediakan pun sama warna langsir merah dan tiang kuning. Ada dua jenis jus buah iaitu jus buah oren dan jus buah delima.
Minuman panas turut disediakan termasuk kopi dan teh.
Seperti pemandangan waktu makan malam, tempat letak hidangan nampak sedap mata memandang. Hahaha... bukan makanan sahaja nampak sedap, tempat makan pun sedap pada pandangan mata.
Sajian sarapan pagi sudah sedia untuk dinikmati. Jom kita lihat apa hidangan untuk alas perut di pagi yang dingin ini.
Kulac (Albanian Bread) |
Limau |
Sosej |
Kentang Goreng |
Telur Dadar |
Telur Rebus |
Keju |
Timun & Tomato |
Pelbagai jenis jem.
Wah! Pinggan sarapan dipenuhi warna-warna terang dengan minuman merah kuning!
Sudah ambil telur dadar, ambil juga sebiji telur rebus. Sebenarnya telur rebus itu Amie bawa dalam perjalanan seterusnya. Bolehlah makan dalam bas kalau perut mula rasa lapar.
Limau di sini kecil pula saiznya.
Sempat habiskan sebekas yogurt.
Kek nan sekeping ini pun selamat masuk perut.
Tapi macam tak berapa kenyanglah!
Tapi macam tak berapa kenyanglah!
Jadi, tambah sepiring kecil kentang goreng dengan sosej. Alhamdulillah. Walaupun tidaklah sekenyang makan nasi lemak, bolehlah juga buat alas perut.
9 comments
Cantik tempat makannya, gaya mewah.
BalasPadamKelebihan datang awal gini, dapatlah pilih sudut meja yang kita suka dan boleh ambil gambar sana sini.
Comel pula tengok kerusi2 merah putih tu
BalasPadamcantiknya tempat makan... terasa mcm di istana.. tp di istana mungkin kuning kan.. pernah masuk sekali sahaja di istana.. tp mmg hiasannya kuning..
BalasPadamwahhhh ada jus delima... mungkin di sana delima mudah didapati dan harga murah.
BalasPadamJarang tengok hotel breakfast ada jus delima.
tempat makan nampak mewah betul interior dia, macam tempat makan kerabat raja...hehehe...wow ..ada jus delima..kalau SA sure ulang alik amik jus delima tu...
BalasPadamkalau sarapan di hotel SA suka pergi awal...x crowded dan banyak pilihan makanan
BalasPadamSaya lain pula, kadang ambil telur rebus dan roti, hanya utk dibagi ke anjing liar yg mungkin saya temui 😄. Mereka suka roti dan telur.
BalasPadamIni menunya walopun sama saja macam hotel lain, tapiiii melihat sosisnya ntah kenapa saya kepengeeeen 😍😍😍🤣. Nampaaak sedap, gemuk2 pula kan 😄.
Redha je lah kalau tudung renyuk masa travel ni kan kak Amie. Sabo je lah. Naik warna merah tu. Wahh air pun ikut tema Selangor juga ye. Dewan makan macam ruang makan rumah agam.
BalasPadamID macam kat dalam istana. mewah betul!
BalasPadam