Ohrid, Bandar Yang Tenang di Republik Macedonia
8:24 PTG Bismillahirrahmanirrahim.
Jom jalan-jalan ke Ohrid, salah satu destinasi kami sewaktu berada di Republik Macedonia. Republik Macedonia terletak di tengah-tengah semenanjung Balkan. Seperti negara-negara jirannya, Republik Macedonia juga kaya dengan sejarah dan warisan Byzantiine. Di sini jugalah adanya puing-puing sejarah kegemilangan Alexander The Great, bandar lama yang diiktiraf sebagai tapak warisan dunia UNESCO serta mercu tanda kebudayaan yang lain termasuk gereja, biara, masjid dan seumpamanya.
Ohrid yang digelar Yerusalem Balkan ini merupakan salah satu petempatan tertua di Eropah dan pernah dianggap sebagai pusat agama dan budaya Slavia. Ia merupakan bandar pelancongan kecil yang popular dengan kedudukannya di pinggir tasik yang berangin di barat daya Republik Macedonia.
Pemandangan dari tebing Tasik Ohrid. |
Pemandangan Tasik Ohrid dari Church of St. John Kaneo and The Ohrid Lake Sumber : Google |
Pemandangan rumah penduduk di tepi Tasik Ohrid. |
Kedudukan Tasik Ohrid di bahagian barat daya Macedonia Utara dan timur Albania. |
Besar juga saiz pisang yang Amie ambil waktu sarapan di Imperial Hotel & Spa. Alhamdulillah, ada juga rezeki untuk alas perut.
13 comments
Suka dgn keadaan bandar tenang ni.. Bersebelahan dgn tasik yg cantik dan bersih.. okla ada masjid dan ada minoriti islam.. mesti ada juga makanan halal...
BalasPadamNasib la yg sesat tu dpt dijumpai kalau tak mau kena tinggal .. ke satu bas kena tunggu sampai jumpa huhu... Best tempat ni.. insyallah pasang niat nak ke Ohrid ni :D
BalasPadamBesar jugak tasik ohrid tu.. walaupun tasik terdalam mesti kurang kes lemas kat situ agaknya sbb nmpk tenang je bandar ni.. mcm xde orang langsung.. byk nk kena cuci mata kat blog kak amie ni bila lama dh x ke sini 😅
BalasPadamSangat bersih dan terjaga bandar ni, nampak selamat dan tenang sekali...
BalasPadamLimau tu kulitnya kemerah-merahan ye Kak....
Tenang sahaja Ohrid ni.. ke mungkin jam masih awal lagi jadi tidak ramai pengunjung.
BalasPadamPasti seronok penduduk di Ohrid sebab rumah mereka mengadap tasik yang luas dan tenang.
tengok gambar akak ni pun kita rasa tenang, dengan takde sesak-sesak.... mesti rilex je rasa
BalasPadamwahhh suka tengok bersihnyaaaaa kawasan kat sana! terasa ketenangannya tu..
BalasPadamcantik tasik ohric n suasana sekitarnya
BalasPadamCantikkkkk Tasik Ohrid. Tenang nya Old Bazaar Ohrid. Buah Oren tu nampak sedap segar.
BalasPadamOhh di sini banyak ikan Trout yaa. Berarti saya pasti sukaaa makanannya. Ntah kenapa saya sukaaaa sangat dengan ikan Trout kak Amie 😄. Setelah coba di Bulgaria dan Azerbaijan. Memang sedap yaa
BalasPadamCantiiik sekali kotanya. Terlihat tenang dan buat rileks.
Bawak balik tak angsa tu?
BalasPadammasyaAllah, cantik2 sungguh pemandangannya..
BalasPadamsuka melancong ke bandar yg x berapa sesak. dapat la berjalan2 dgn tenang...
BalasPadam