Dari Shkodër ke Tirana

8:05 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Banyaklah ilmu pengetahuan yang dapat dikutip sepanjang perjalanan kami menjelajah negara-negara Balkan. TGB dan TLM sentiasa memberi pelbagai info termasuk sejarah, budaya, ekonomi dan pergolakan politik setiap negara yang kami jejaki. Menurut TGB, negaranya Bosnia and Herzegovina menyokong Palestine dan memboikot produk keluaran bangsa laknatullah. Tambah TGB, dahulu harga minuman coca cola ialah 4KM bersamaan dengan 2 EURO, tetapi hari ini dijual dengan harga 1KM sahaja namun penduduk Bosnia and Herzegovina tidak mahu membelinya. McD dan Starbucks tak laku. Penduduk Bosnia and Herzegovina lebih banyak membeli burek. Burek berasal dari Turkiye, dibawa masuk semasa zaman taklukan Uthmaniyyah. Burek kelihatan seperti pai putar berlapis-lapis yang penuh inti pelbagai samada daging kisar, keju, bayam, kentang atau campuran kesemuanya.

Dan satu lagi, memang tidak dapat dibayangkan kesan jangka panjang apabila sekarang Bosnia and Herzegovina diperintah oleh tiga orang presiden. Menurut TLM, Bosnia and Herzegovina sebenarnya tersepit dalam kancah politik selepas Perang Bosnia sehingga ke hari ini. Dan sudah tentunya negara tersebut sukar untuk  mencapai kemajuan sebagaimana negara-negara Balkan yang lain.

Apabila cerita tentang negara Albania pula, lagilah timbul rasa belas kasihan terhadap negara yang paling miskin di benua Eropah ini. Memang benar, Albania berbeza dengan negara-negara jiran terdekat. Dari jendela bas yang kami naiki, sudah dapat melihat gambaran hidup masyarakat Albania yang jauh ketinggalan berbanding Italy, Croatia, Slovenia dan Bosnia and Herzegovina. 

Bergambar di hadapan Masjid Bekër.

Dalam perjalanan dari Shkoder menuju ke Tirana, kami singgah di sebuah masjid. Namanya ialah Masjid Ebu Bekër, juga dikenali sebagai Masjid Fushë Çela Baharu dan kadangkala dirujuk hanya sebagai Xhamia e Madhe, terletak di bandar Shkodër, Albania.

Setelah kami berada di dalam bas semula, TLM kami yang merupakan seorang pensyarah di salah sebuah IPT di Kuala Lumpur sempat menerangkan serba sedikit tentang seorang tokoh ulama hadis yang terkenal di Albania iaitu Muhammad Nashiruddin Albani yang lahir di kota Shkodër pada tahun 1914.

Syeikh Muhammad Nashiruddin Albani

Syeikh Muhammad Nashiruddin Albani lahir dalam keluarga miskin. Ayahnya, Al Haj Nuh mempunyai kelulusan sains Islam di ibu kota dinasti Uthmaniyyah (kini Istanbul). Apabila Raja Ahmad Zagho menaiki takhta di Albania dan menukar sistem kepada kerajaan sekular, Syeikh Al Haj Nuh mengambil keputusan melarikan diri ke Syam demi menyelamatkan agamanya dan mengelak dari difitnah. 

Syeikh Muhammad Nashiruddin Albani terkenal sebagai seorang pemimpin gerakan Salafi. Beliau juga meninggalkan banyak bekas muridnya yang menjadi saintis dan meneruskan misinya selepas beliau meninggal pada tahun 1999 di Amman Jordan. Beliau merupakan sarjana Islami berpengaruh abad ke-20 yang mengkhusus dalam bidang hadis dan fiqh serta penulis dan penceramah yang aktif. 

Untuk informasi lanjut boleh rujuk di sini: Muhammad Nashiruddin Al-Albani

TLM turut menjelaskan Syeikh Nashiruddin Albani mempunyai banyak himpunan hadis sahih dan hadis dhoif. Selain itu beliau juga menyaring semula hadis yang telah disaring oleh ulama silam. Beliau juga menulis buku cara solat Rasulullah SAW. Selepas beliau wafat, banyak perdebatan terjadi dan ada yang menuduhnya sebagai wahabi.


Masjid Ebu Bekër

Walaupun Albania mempunyai 70% penduduk beragama Islam Sunni namun suasana keislaman tidak dapat dirasai. Jarang kelihatan wanita berhijab. Masjid sunyi dan sepi. Islam di Albania hanya tinggal pada nama sahaja dan menjadi anutan peribadi. Pemerintahan komunis telah berjaya meruntuhkan hampir kesemua masjid di Albania. 

Masjid Ebu Bekër,

Kesan pemerintahan komunis dan sekular yang berkuku besi, mengakibatkan sebahagian besar rakyat Albania tidak percaya kepada tuhan. Mereka mementingkan kemewahan serta hiburan dunia sehingga melalaikan diri dalam hal keagamaan. Astaghfirullahalazim! 




Kami sempat menumpang bilik air yang terletak di bawah tanah bersebelahan dengan masjid.


Tempat mengambil wuudhu'.


Masjid ini dibina oleh keluarga Sheikh Zamil Abdullah Al-Zamil.


Pemandangan di sekitar masjid.


Bergambar di bawah pokok zaitun di sebelah kiri masjid.



Bas meneruskan perjalanan ke bandar Tirana. 





Ada ternampak beberapa orang peminta sedekah di negara ini.


Xhamia e Bahçallëkut / Mosque of Bahçalek. 

Tidak lama kemudian ada suara dari belakang bas meminta untuk berhenti kerana urusan hendak qadha' hajat. Bas berhenti di hadapan sebuah kedai makan. TGB berkata, jangan turun dahulu. Katanya biar dia tanya tuan kedai, bolehkah kami tumpang bilik air di situ. Nampaknya atas sebab-sebab tertentu tuan kedai menolak permintaan TGB. Bas meneruskan perjalanan dan singgah lagi di hadapan sebuah kafe. Alhamdulillah. Kali ini kami dibenarkan mengurus hajat di sini.



Ada dua buah tandas di sini iaitu tandas lelaki dan perempuan. Seperti biasa, kami berbaris menunggu giliran. Terima kasih tuan kedai kerana mengizinkan kami menggunakan tandas di kafe ini. Amie rasa terharu sangat apabila melihat wanita di kaunter kafe meminta seorang pekerja di situ membawa tisu dan meletakkan di dalam tandas. Nampak sungguh keprihatinannya terhadap keperluan kami.

Dan peserta rombongan lelaki pula tidaklah terus meninggalkan kafe begitu sahaja. Sementara peserta perempuan menunggu giliran masuk tandas, mereka memesan minuman panas. Maklumlah, suhu sejuk di situ memang nyaman sungguhlah dapat meneguk secawan minuman panas!





Nampaknya pemandangan di Albania tidaklah seperti suasana di Italy, Croatia, Slovenia dan Bisnia and Herzegovina. Di sini banyak pokok yang berdaun dan berbunga walaupun pada musim sejuk!

Bunga yang tumbuh berhampiran kafe sedang mekar berkembang.


Setelah lebih dua jam berada di dalam bas, perut pun mula minta diisi. Seperti biasa, keluarkanlah makanan ringan yang dibawa termasuk buah strawberi. Okey juga rasa buah straberi dari Shkoder. Tidaklah masam tapi tidaklah manis sangat.


Pemandangan di sebelah kanan bas. Sepanjang hari ini talian internet terhenti. Entah kenapa data tidak boleh digunakan. Jadi, tidaklah tahu di mana lokasi ini sebab tidak tercatat dalam butiran gambar HP. 


Pintu gerbang universiti di Tirana.



Jom belajar bahasa Albania:
Shkolla E Mesme : High School
Agaknya nama penuhnya Sekolah Tinggi J.F Kennedy



Banyak sangat gerai fruta (buah-buahan) di sepanjang jalan.






Kelihatan seorang wanita berhijab sedang melintas jalan.



Sekarang bas menghanpiri bandar Tirana, ibu kota negara Albania yang menggantikan Shkoder. TGB sentiasa mengingatkan kami tentang keselamatan ketika berada di sini. Katanya Albania sebuah negara komunis dan lelaki di sini sangat bahaya. Ini tempat mafia, katanya. Waduh! Apabila disebut mafia seolahnya kami akan menempuh bahaya apabila berada di Tirana! Kata TGB lagi walaupun penduduk di sini berada Kristian, Kristian Ortodoks dan Muslim tetapi 55% adalah Atheis! 

Dan satu lagi, rasanya lebih tiga kali TGB sebut bahawa Albania ada kaitan dengan Mother Theresa!

Sempat rakam gambar orang sedang membuat penggambaran.



17 comments

  1. Seronoknya. architecture masjid nya kurang lebih mcm di Turkey kan. Takut gak bila tau ada bangsa yg sudah tak percaya pd tuhan kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masjid-masjid di negara Balkan hampir kesemuanya di bawah biaya Kerajaan Turki. Sayangnya masjid yang dibina zaman kegemilangan Turki Uthmaniyyah di Balkan sedikit demi sedikit semakin sunyi dan sepi.

      Padam
  2. seronok tengok keunikannya tu tp risau & takut juga bila dgr Mafia tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, seram juga sewaktu TGB (Tour Guide Bosnia) sebut tentang mafia. Katanya Tirana kota mafia.

      Padam
  3. doakan kami sekeluarga dapat juga melawat tempat2 sebegini yer kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah, suatu hari nanti Lady sekeluarga dapat jejak ke Balkan. Amin.

      Padam
  4. Betullah.. Albania agak ketinggalan dari segi pembangunan.
    Nampak bangunan yang ada pun biasa2 je..
    Walaubagaimanapun ia tetap mempunyai keunikan tersendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jalan raya di sini kurang sempurna berbanding negara-negara jirannya.
      Namun begitu Albania juga mempunyai kota lama, cuma kami tidak sampai ke sana.

      Padam
  5. Cantik Masjid Ebu Bekër. Sedih nya, moga penduduk Islam di Albania kembali kepada ajaran Islam. Mafia? Menakutkan juga ya Kak Amie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedih kah. Sudah jadi negara sekular, teringat pula negara Turki setelah kejauhan Uthamaniyyah abad lepas.

      Padam
  6. Saya sekali kalo mereka sudah banyak berubah jadi atheis ya kak ... Dulu papa mertua sempat ke Albania utk urusan diplomatic. Papa juga bilang negara ini tak terlalu bagus. Tapi tak bilang pula kalo banyak mafia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang bilang banyak mafia ikut pengalaman travel tour guide kami dari Bosnia.
      Beliau juga yang mengatakan 55% penduduknya atheis. Wallahua'lam.

      Padam
  7. Astaghfirullahalazim..sampai begitu sekali jadinya ye walaupun 70% rakyatnya Islam. Masjidnya cukup cantik dan besar. Tapi sayangnya mereka tak mengimarahkan masjid.
    Tak sangka wujud juga peminta sedekah di sini. Uishhh..risau pulak bila diceritakan ada mafia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beberapa kali jugalah nampak peminta sedekah di sini.
      Bukan sahaja di Albania, di Croatia pun masjidnya semakin sepi. Kalau di Bosnia masih terlihat kemeriahan suasana masjid dikunjungi orang ramai terutama di Sarajevo.

      Padam
  8. jelaslah yang komunis sememangnya berjaya memisahkan penduduk albania ni dari hidup beragama kepada atheis... nauzubillah!

    maknanya sempat jugalah ulama ni hidup antara 2 zaman. zaman uthmaniah dan jg pemerintahan attaturk... besar betul cabarannya utk berdakwah dlm keadaan sebegitu (sekular)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setelah Albania menjadi negara sekular, secara beransur-ansur Islam hanya di atas nama sahaja.
      Menarik untuk dibincangkan zaman Uthmaniyyah dengan zaman Kamal Attaturk ni.

      Padam
  9. Menarik pemandangan dan menarik jugak fruta2 tu..especially strawberry yang kak amie beli...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe