Pages

Khamis, 23 Mei 2024

Resipi Bunga Betik Tumis dengan Udang Geragau

Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin cuti sempena Hari Wesak dapatlah main masak-masak di dapur. Encik Suami bersihkan peti sejuk, terjumpa kepala ikan tuna. Jumpa lagi bunga betik yang sudah siap dicelur dan dibekukan. Jadinya, hidangan kami tengah hari merangkap malam:
  • Nasi putih
  • Singgang Kepala Ikan Tuna
  • Ikan Lausu Goreng
  • Bunga Betik Tumis dengan Udang Geragau
  • Sambal Belacan Mangga
  • Telur Masin

Hidangan Tengah Hari / Malam

Bunga Betik Tumis dengan Udang Geragau

Nasi & Telur Masin


Ikan Lausu Goreng

Ikan Lausu

Ikan Lausu ini Amie goreng garing. Krup krap krup krap bunyi Firdaus kunyah. Amie hanya lumur garam kunyit sahaja.

Sambal Belacan Mangga


Bunga betik atau kembang kates ini kami beli minggu lepas. Amie celur dan sejuk bekukan. Kalau hendak masak, keluarkan sahaja dan defrost. Amie minta Encik Suami cari pucuk betik yang tumbuh di tepi dapur. Daunnya Amie hiris dan ramas-ramas dan kemudian dimasak bersama bunga betik. Semerbak dapur dengan aroma udang geragau sewaktu Amie menumis bunga betik. 

Bunga Betik Tumis dengan Udang Geragau

Resipi Bunga Betik Tumis dengan Udang Geragau
Bahan-bahan:
  • 2 cawan bunga betik yang sudah dicelur
  • 1 cawan daun / pucuk betik yang dihiris dan diramas 
  • 1 cawan udang geragau - bilas dan toskan
  • 4 sudu besar minyak
  • 7 tangkai cili padi
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan hiris / tumbuk:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 7 tangkai cili padi
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bahan tumbuk / hiris dan udang geragau sehingga garing.
  3. Masukkan bunga betik dan daunnya serta cili padi.
  4. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
  5. Gaul rata dan biarkan seketika.
  6. Padamkan api dapur.


Firdaus habis meratah seekor ikan goreng!

7 ulasan:

  1. Ikan Lausu ni ada di Sabah saja ya?

    BalasPadam
  2. wahh menarik menu bunga betik, sayang pokok betik kat rumah dah tumbang, kalau tak boleh cuba

    BalasPadam
  3. Udang geragau nu udang yg halus2 tu eh?

    BalasPadam
  4. Bunga betik jantan ni banyak kat kebun
    tapi tak pernah cuba try buat masakan

    BalasPadam
  5. Bilalah sy dapat merasa makan bunga betik, pokok betik pun tak tanam, hihi. Nampaknya hidangan Kak Amie tu boleh membocorkan periuk nasi!

    BalasPadam
  6. Bunga betik dengan udang geragau tu nak sangat rasa.

    BalasPadam
  7. Saya suka tumis bunga pepaya ini. Tp tuhlah tak pandai masaknya. Makanya selalu beli dari restoran Menado Sulawesi yg biasa nya tumisan bunga pepaya mereka mantap. Pedas sungguh

    BalasPadam