Bismillahirrahmanirrahim.
Banyaklah ilmu pengetahuan yang dapat dikutip sepanjang perjalanan kami menjelajah negara-negara Balkan. TGB dan TLM sentiasa memberi pelbagai info termasuk sejarah, budaya, ekonomi dan pergolakan politik setiap negara yang kami jejaki. Menurut TGB, negaranya Bosnia and Herzegovina menyokong Palestine dan memboikot produk keluaran bangsa laknatullah. Tambah TGB, dahulu harga minuman coca cola ialah 4KM bersamaan dengan 2 EURO, tetapi hari ini dijual dengan harga 1KM sahaja namun penduduk Bosnia and Herzegovina tidak mahu membelinya. McD dan Starbucks tak laku. Penduduk Bosnia and Herzegovina lebih banyak membeli burek. Burek berasal dari Turkiye, dibawa masuk semasa zaman taklukan Uthmaniyyah. Burek kelihatan seperti pai putar berlapis-lapis yang penuh inti pelbagai samada daging kisar, keju, bayam, kentang atau campuran kesemuanya.
Banyaklah ilmu pengetahuan yang dapat dikutip sepanjang perjalanan kami menjelajah negara-negara Balkan. TGB dan TLM sentiasa memberi pelbagai info termasuk sejarah, budaya, ekonomi dan pergolakan politik setiap negara yang kami jejaki. Menurut TGB, negaranya Bosnia and Herzegovina menyokong Palestine dan memboikot produk keluaran bangsa laknatullah. Tambah TGB, dahulu harga minuman coca cola ialah 4KM bersamaan dengan 2 EURO, tetapi hari ini dijual dengan harga 1KM sahaja namun penduduk Bosnia and Herzegovina tidak mahu membelinya. McD dan Starbucks tak laku. Penduduk Bosnia and Herzegovina lebih banyak membeli burek. Burek berasal dari Turkiye, dibawa masuk semasa zaman taklukan Uthmaniyyah. Burek kelihatan seperti pai putar berlapis-lapis yang penuh inti pelbagai samada daging kisar, keju, bayam, kentang atau campuran kesemuanya.
Dan satu lagi, memang tidak dapat dibayangkan kesan jangka panjang apabila sekarang Bosnia and Herzegovina diperintah oleh tiga orang presiden. Menurut TLM, Bosnia and Herzegovina sebenarnya tersepit dalam kancah politik selepas Perang Bosnia sehingga ke hari ini. Dan sudah tentunya negara tersebut sukar untuk mencapai kemajuan sebagaimana negara-negara Balkan yang lain.
Apabila cerita tentang negara Albania pula, lagilah timbul rasa belas kasihan terhadap negara yang paling miskin di benua Eropah ini. Memang benar, Albania berbeza dengan negara-negara jiran terdekat. Dari jendela bas yang kami naiki, sudah dapat melihat gambaran hidup masyarakat Albania yang jauh ketinggalan berbanding Italy, Croatia, Slovenia dan Bosnia and Herzegovina.
Bergambar di hadapan Masjid Bekër. |
Dalam perjalanan dari Shkoder menuju ke Tirana, kami singgah di sebuah masjid. Namanya ialah Masjid Ebu Bekër, juga dikenali sebagai Masjid Fushë Çela Baharu dan kadangkala dirujuk hanya sebagai Xhamia e Madhe, terletak di bandar Shkodër, Albania.
Setelah kami berada di dalam bas semula, TLM kami yang merupakan seorang pensyarah di salah sebuah IPT di Kuala Lumpur sempat menerangkan serba sedikit tentang seorang tokoh ulama hadis yang terkenal di Albania iaitu Muhammad Nashiruddin Albani yang lahir di kota Shkodër pada tahun 1914.
Syeikh Muhammad Nashiruddin Albani |
Syeikh Muhammad Nashiruddin Albani terkenal sebagai seorang pemimpin gerakan Salafi. Beliau juga meninggalkan banyak bekas muridnya yang menjadi saintis dan meneruskan misinya selepas beliau meninggal pada tahun 1999 di Amman Jordan. Beliau merupakan sarjana Islami berpengaruh abad ke-20 yang mengkhusus dalam bidang hadis dan fiqh serta penulis dan penceramah yang aktif.
Untuk informasi lanjut boleh rujuk di sini: Muhammad Nashiruddin Al-Albani
TLM turut menjelaskan Syeikh Nashiruddin Albani mempunyai banyak himpunan hadis sahih dan hadis dhoif. Selain itu beliau juga menyaring semula hadis yang telah disaring oleh ulama silam. Beliau juga menulis buku cara solat Rasulullah SAW. Selepas beliau wafat, banyak perdebatan terjadi dan ada yang menuduhnya sebagai wahabi.
Masjid Ebu Bekër |
Walaupun Albania mempunyai 70% penduduk beragama Islam Sunni namun suasana keislaman tidak dapat dirasai. Jarang kelihatan wanita berhijab. Masjid sunyi dan sepi. Islam di Albania hanya tinggal pada nama sahaja dan menjadi anutan peribadi. Pemerintahan komunis telah berjaya meruntuhkan hampir kesemua masjid di Albania.
|
Kesan pemerintahan komunis dan sekular yang berkuku besi, mengakibatkan sebahagian besar rakyat Albania tidak percaya kepada tuhan. Mereka mementingkan kemewahan serta hiburan dunia sehingga melalaikan diri dalam hal keagamaan. Astaghfirullahalazim!
Kami sempat menumpang bilik air yang terletak di bawah tanah bersebelahan dengan masjid.
Tempat mengambil wuudhu'.
Masjid ini dibina oleh keluarga Sheikh Zamil Abdullah Al-Zamil.
Pemandangan di sekitar masjid.
Bas meneruskan perjalanan ke bandar Tirana.
Xhamia e Bahçallëkut / Mosque of Bahçalek. |
Tidak lama kemudian ada suara dari belakang bas meminta untuk berhenti kerana urusan hendak qadha' hajat. Bas berhenti di hadapan sebuah kedai makan. TGB berkata, jangan turun dahulu. Katanya biar dia tanya tuan kedai, bolehkah kami tumpang bilik air di situ. Nampaknya atas sebab-sebab tertentu tuan kedai menolak permintaan TGB. Bas meneruskan perjalanan dan singgah lagi di hadapan sebuah kafe. Alhamdulillah. Kali ini kami dibenarkan mengurus hajat di sini.
Ada dua buah tandas di sini iaitu tandas lelaki dan perempuan. Seperti biasa, kami berbaris menunggu giliran. Terima kasih tuan kedai kerana mengizinkan kami menggunakan tandas di kafe ini. Amie rasa terharu sangat apabila melihat wanita di kaunter kafe meminta seorang pekerja di situ membawa tisu dan meletakkan di dalam tandas. Nampak sungguh keprihatinannya terhadap keperluan kami.
Dan peserta rombongan lelaki pula tidaklah terus meninggalkan kafe begitu sahaja. Sementara peserta perempuan menunggu giliran masuk tandas, mereka memesan minuman panas. Maklumlah, suhu sejuk di situ memang nyaman sungguhlah dapat meneguk secawan minuman panas!
Nampaknya pemandangan di Albania tidaklah seperti suasana di Italy, Croatia, Slovenia dan Bisnia and Herzegovina. Di sini banyak pokok yang berdaun dan berbunga walaupun pada musim sejuk!
Bunga yang tumbuh berhampiran kafe sedang mekar berkembang. |
Setelah lebih dua jam berada di dalam bas, perut pun mula minta diisi. Seperti biasa, keluarkanlah makanan ringan yang dibawa termasuk buah strawberi. Okey juga rasa buah straberi dari Shkoder. Tidaklah masam tapi tidaklah manis sangat.
Pemandangan di sebelah kanan bas. Sepanjang hari ini talian internet terhenti. Entah kenapa data tidak boleh digunakan. Jadi, tidaklah tahu di mana lokasi ini sebab tidak tercatat dalam butiran gambar HP.
Pintu gerbang universiti di Tirana.
Jom belajar bahasa Albania:
Shkolla E Mesme : High School
Agaknya nama penuhnya Sekolah Tinggi J.F Kennedy
Banyak sangat gerai fruta (buah-buahan) di sepanjang jalan.
Kelihatan seorang wanita berhijab sedang melintas jalan.
Sekarang bas menghanpiri bandar Tirana, ibu kota negara Albania yang menggantikan Shkoder. TGB sentiasa mengingatkan kami tentang keselamatan ketika berada di sini. Katanya Albania sebuah negara komunis dan lelaki di sini sangat bahaya. Ini tempat mafia, katanya. Waduh! Apabila disebut mafia seolahnya kami akan menempuh bahaya apabila berada di Tirana! Kata TGB lagi walaupun penduduk di sini berada Kristian, Kristian Ortodoks dan Muslim tetapi 55% adalah Atheis!
Dan satu lagi, rasanya lebih tiga kali TGB sebut bahawa Albania ada kaitan dengan Mother Theresa!
Seronoknya. architecture masjid nya kurang lebih mcm di Turkey kan. Takut gak bila tau ada bangsa yg sudah tak percaya pd tuhan kan.
BalasPadamMasjid-masjid di negara Balkan hampir kesemuanya di bawah biaya Kerajaan Turki. Sayangnya masjid yang dibina zaman kegemilangan Turki Uthmaniyyah di Balkan sedikit demi sedikit semakin sunyi dan sepi.
Padamseronok tengok keunikannya tu tp risau & takut juga bila dgr Mafia tu
BalasPadamItulah, seram juga sewaktu TGB (Tour Guide Bosnia) sebut tentang mafia. Katanya Tirana kota mafia.
Padamdoakan kami sekeluarga dapat juga melawat tempat2 sebegini yer kak..
BalasPadamIn syaa Allah, suatu hari nanti Lady sekeluarga dapat jejak ke Balkan. Amin.
PadamBetullah.. Albania agak ketinggalan dari segi pembangunan.
BalasPadamNampak bangunan yang ada pun biasa2 je..
Walaubagaimanapun ia tetap mempunyai keunikan tersendiri.
Jalan raya di sini kurang sempurna berbanding negara-negara jirannya.
PadamNamun begitu Albania juga mempunyai kota lama, cuma kami tidak sampai ke sana.
Cantik Masjid Ebu Bekër. Sedih nya, moga penduduk Islam di Albania kembali kepada ajaran Islam. Mafia? Menakutkan juga ya Kak Amie
BalasPadamMemang sedih kah. Sudah jadi negara sekular, teringat pula negara Turki setelah kejauhan Uthamaniyyah abad lepas.
PadamSaya sekali kalo mereka sudah banyak berubah jadi atheis ya kak ... Dulu papa mertua sempat ke Albania utk urusan diplomatic. Papa juga bilang negara ini tak terlalu bagus. Tapi tak bilang pula kalo banyak mafia.
BalasPadamItu yang bilang banyak mafia ikut pengalaman travel tour guide kami dari Bosnia.
PadamBeliau juga yang mengatakan 55% penduduknya atheis. Wallahua'lam.
Astaghfirullahalazim..sampai begitu sekali jadinya ye walaupun 70% rakyatnya Islam. Masjidnya cukup cantik dan besar. Tapi sayangnya mereka tak mengimarahkan masjid.
BalasPadamTak sangka wujud juga peminta sedekah di sini. Uishhh..risau pulak bila diceritakan ada mafia.
Beberapa kali jugalah nampak peminta sedekah di sini.
PadamBukan sahaja di Albania, di Croatia pun masjidnya semakin sepi. Kalau di Bosnia masih terlihat kemeriahan suasana masjid dikunjungi orang ramai terutama di Sarajevo.
jelaslah yang komunis sememangnya berjaya memisahkan penduduk albania ni dari hidup beragama kepada atheis... nauzubillah!
BalasPadammaknanya sempat jugalah ulama ni hidup antara 2 zaman. zaman uthmaniah dan jg pemerintahan attaturk... besar betul cabarannya utk berdakwah dlm keadaan sebegitu (sekular)
Setelah Albania menjadi negara sekular, secara beransur-ansur Islam hanya di atas nama sahaja.
PadamMenarik untuk dibincangkan zaman Uthmaniyyah dengan zaman Kamal Attaturk ni.
Menarik pemandangan dan menarik jugak fruta2 tu..especially strawberry yang kak amie beli...
BalasPadam