Bismillahirrahmanirrahim.
Akhir-akhir ini Amie dan Encik Suami selalu makan tengah hari berdua di luar. Salah satu sebabnya sudah tentulah Amie tidak dapat luangkan banyak masa di dapur kerana balik ke rumah, banyak kerja hakiki yang perlu disiapkan terutamanya menanda kertas peperiksaan percubaan SPM di samping laporan dan kerja-kerja online yang lain. Pendek kata, dapur kami berpindah-randah ke sana dan ke mari.
Kami memilih kedai makan atau restoran yang memberikan perkhidmatan yang cepat, dan sudah tentunya hidangannya sedap! Antaranya ialah Restaurant Ocean Seafood. Restoran ini letaknya di tepi laut. Keadaannya tenang dan santai, serta luas. Namun begitu, kalau hendak makan pada waktu malam, kenalah tempah awal-awal sebab sentiasa penuh.
Minggu lepas kami makan tengah hari di sini. Waktu siang, pelanggan tidaklah sesak seperti waktu malam. Kalau sudah sampai sini, sudah tentulah Amie hendak meratah Peria Goreng Telur Masin!
Peria Goreng Telur Masin |
Chinese Tea |
Antara menu yang kami pesan:
- Nasi Putih
- Nasi Goreng Kampung
- Peria Goreng Telur Masin
- Isi Ikan Halia Bawang
- Otak-Otak
- Sup Isi Ketam
- Chinese Tea
Nasi Goreng Kampung Ocean Seafood |
Biasanya Nasi Goreng Kampung ada ikan bilisnya, tetapi di Restaurant Ocean Seafood Nasi Goreng Kampungnya menggunakan bahan perencah seperti telur, udang dan sotong. Ada sayur kangkung dan hirisan cili padi.
Sup Isi Ketam |
Kali ini Encik Suami hendak hirup Sup Isi Ketam. Kita ok saja.
Sup Isi Ketam |
Isi Ikan Masak Halia Bawang ini sangat sedap. Senang nak makan sebab tak ada tulang. Ada pilihan sama ada hendak masakan seekor ikan, atau isinya sahaja. Kami memilih isinya sahaja.
Otak-Otak |
Kita pun meratahlah Peria Goreng Telur Masin sehingga licin!
Nasi Goreng Kampung Ocean Seafood memang sedap, tapi kita tak dapat nak habiskan sebab kita nak habiskan Peria Goreng Telur Masin. Jadi, Encik Suamilah yang bantu selesaikan.
takpernah lagi try peria goreng telur masin, menarik jugak tu
BalasPadamSedap, tak rasa pahit.
PadamPaduan yang serasi, peria dan telur masin. Tapi saya tak biasa makan peria. Telur masin saya suka makan.
BalasPadamAduh, kalau sy ada, mahu kena order dua pinggan peria goreng telur masin.
BalasPadamNampak macam guna peria yang panjang tu ya. Biasa kat sini peria katak yang digoreng tepung tu. Bolehlah lain kali try peria telur masin pula.
BalasPadamBelum pernah lg try peria grg telur masin tu.. teringin pulak.. ns grg tu mungkin signature kedai ocean seafood tu kn?? Sbb letak seafood instead of ikan bilis
BalasPadamMenariknya peria goreng telur masin..
BalasPadamKalau dapat korek resipinya..mohon dikongsi yer cikgu🤭
wak dh lama mkn nasi goreng kampung nihh.. huhuhu
BalasPadammesti dah tak rasa pahit kan peria tu?
BalasPadamapa2 yg digoreng telur masin mmg sedap. teringin pulak nak merasa peria goreng telur masin tu yummyyy
BalasPadamsy membayangkan kalau lauk peria ni dicicah dgn sos vietnam roll tu😁
BalasPadamkalau disini peria celup tepung restoran mamak tu pun dah sedap yang ini mesti lagi sedap
BalasPadammenggoda betul peria telur masin tu aritu akak dah share kan, pastu kan otak-otak tu bawah dia ada sos nya ke kak yang warna putih tu?
BalasPadamSaya terus google peria .tengok kat imej ada banyak gambar...tapi dalam banyak-banyak...gambar peria goreng telur masin Restoran Ocean Seafood juga paling win..Nampak gambarnya sama sebiji macam pic cikgu ni..pasti mereka ada sop sendiri dalam penyediaan sebab nampak kemas dan menarik hasilnya..terliur dibuatnya..
BalasPadamNasi goreng kampung ocean seafood tu nampak sedap betul kak amie...lapar perut SA
BalasPadamPeria goreng telur masin tu nampak paling mengujakan sebab dekat sini selaunya peria digoreng tepung atau peria tumis telur je yang perna Sha jumpa.. Satu lagi, dekat otak-otak tu ada kuah eh kak amie?
BalasPadam