Bismillahirrahmanirrahim.
Permintaan Fairuz untuk makan nasi kuning masakan kita, kita cuba penuhi. Oleh kerana tidak dapat menjangkakan pukul berapa akan pulang dari menghadiri majlis sambutan ulang tahun kakak ipar, Amie putuskan untuk membuat persiapan memasak lebih awal. Fairuz dan Haziq masih bekerja menghantar bekalan ikan ke Papar.
Selepas solat maghrib, Amie mula masak sambal. Encik Suami pula bersihkan ikan. Kemudian Amie bubuh garam dan kunyit, simpan dalam peti sejuk. Selepas solat isya, kami bergegas ke rumah Abang Aznan.
Hampir pukul 11 malam, barulah kami pulang semula ke Gardens Condominium. Amie terus rebus 20 biji telur di dalam rice cooker. Itu pun sudah penuh, sebab rice cooker kecil. Nasib baik air rebusan tak melimpah. Kemudian Amie goreng ikan. Entah ikan apa... ikan tuna atau ikan tongkol? Yang pastinya rasanya sedap dan lembut setelah disambalkan.
Keesokan paginya, seawal pukul empat pagi, kita sudah bangun. Kita masak nasi kuning sebanyak dua kali. Maklumlah, yang ada hanya rice cooker kecil. Sambil masak nasi kuning, sambil panaskan sambal dan masukkan ikan yang digoreng malam tadi. Kemudian kita kupas telur rebus.
Nasi kuning masakan pertama, Amie masukkan dalam bekas besar. Sambal ikan, telur rebus dan hirisan timun Amie masukkan dalam beberapa bekas kecil. Yang ini kami bawa ke rumah Abang Aznan untuk sarapan mereka sekeluarga bersama kakak ipar dan abang ipar serta anak-anak buah.
Untuk Fairuz, Haziq, Aman dan Faiz, kita biarkan nasi kuning terus panas di dalam rice cooker (masakan kali kedua). Sambal ikan pun Amie letakkan di dalam kuali di atas dapur. Senang mereka panaskan semula nanti. Telur rebus sudah dikupas, dan timun sudah Amie hiris.
Lauk nasi kuning, sambal ikan, telur rebus dan timun. |
Kami bawa sebekas nasi kuning. Mana tahu dalam perjalanan pulang dari Penampang ke Lahad Datu, berhenti makan seketika. Pukul 6:30 pagi, kami bergerak ke rumah Abang Aznan, bawa nasi kuning. Sebelum pukul tujuh pagi, kereta sudah bergerak meninggalkan Kota Kinabalu. Ketika kami menghampiri Kundasang, kita telefon Fairuz.
Sudah makan nasi kuning dik?
Sudah.
Sedap tak?
Sedap! Kami pulun makan! Habis sambal ikan dalam kuali.
Duh Jadi Laper Nih
BalasPadamMencari Ikan di Google My Bisnis
Jemput makan sama.
PadamSedapp ;)
BalasPadamJemput Wak.
PadamBanyak juga kak Amie masak tu. Alhamdulillah dapat juga Fairuz makan nasi kuning dan sambal ikan sampai licin semuanya :)
BalasPadamMasak lebih, untuk dua buah rumah. Kebetulan anak-anak buah yang lain bermalam di rumah Abang Aznan.
Padamyum yum...dap nampak tu
BalasPadamMemang sedap dibuat sarapan.
PadamBila anak nak makan apa2 penat ke banyak kerja ke mesti kita buatkan juga. Bila dia kata sedap bahagia kita rasa kan kak. Dana kalau balik kampung, kdg abah ckp masakkan la kuih apam gula hangus, kuih apa2 yg mak tak pandai buat bila abah mkn ulang2 kita rasa gembiranya
BalasPadamEmpat hari Fairuz tunggu nasi kuning. Pagi hari kelima barulah sempat masak.
Padamyang penting kita buat kak, kalau tidak ralat kita teringat2 selagi tak dapat masakkan ikut permintaannya.
PadamAlhamdulillah, dapat jugak masakkan nasi kuning untuk Fairuz ya, Kak Amie. Risau dia merajuk nanti. Memang nasi kuning, lauknya sambal ikan saja ya, Kak Amie?
BalasPadamSecara tradisinya nasi kuning memang makan dengan sambal ikan.
PadamBarngakali ikut arus perubahan, ada saja lauk pilihan seperti ayam, sambal udang, sotong, tempe dan lain-lain.
Dia punya feel makan dengan sambal ikan tu lain maciam!
touching.mak ayah walau macam mana tetap penuhi permintaan anak2 kan kak amie..dah jadi mak ni baru la tahu perasaan mak ayah dulu sanggup apa saja untuk anak
BalasPadamBetul tu. Anaklah racun dan penawar. memang emak ayah sanggup buat apa saja untuk anak.
PadamSekali sekala ubah selera buat nasi kuning makan bersama sambal ikan sedap juga kan . Berselera terus
BalasPadamuntungnya anak2.. nk kemana2 dh tersedia makanan
BalasPadamAaaaa....sukanya nasi kuning sambal ikan
BalasPadamsedapnyaa. banyak kak amie masak..
BalasPadam