Pages

Selasa, 15 November 2022

Jawapan Teka-Teki Harga Sekilogram Rambutan

Bismillahirrahanirrahim.
Kelmarin kita beli sekilogram rambutan. Kawan sekerja jual bagi pihak keluarganya, dengan harga kawan-kawan. Kita hanya sempat makan sebiji sahaja, dan selebihnya dibawa pulang. Kita berikan soalan santai-santai: TEKA-TEKI: BERAPA HARGA SEKILOGRAM RAMBUTAN?

Soalan tersebut merujuk kepada sekilogram rambutan yang kita beli dengan harga kawan-kawan itulah. Walaupun bekas rambutan sudah  berubah (sebab ambil gambar di dapur) tetapi harganya tidak berubah.

Ramai jugalah yang cuba jawab. Terima kasih turut memeriahkan peraduan tidak rasmi ini. Sebelum kita umumkan pemenangnya, kita lihat dahulu harga sebenar sekilogram rambutan yang Amie beli ini.

Rambutan: RM10.00 sekilogram

Harga sekilogram rambutan tersebut ialah RM10.00.

Tahniah kepada rakan-rakan yang meneka dengan betul. Ada hadiah untuk anda. Sila hantarkan nama penuh, alamat dan nombor HP, e-melkan kepada salamiez@gmail.com.

Pemenangnya ialah:


18 ulasan:

  1. alaaaa tak menang lagi.... give up la takmo teka lagi hahahahah

    BalasPadam
  2. ramai pemenang kali ni ye tahniah semuanya

    BalasPadam
  3. Murah tu kat sini sekilo rambutan gula batu RM12. Tu pun mai dari siam.

    BalasPadam
  4. tahniah kak ana.. dan yg lain. murah juga tu

    BalasPadam
  5. Ya Allah.. saya suka² je komen tu kaka amie sekadar meriahkan ruangan komen. Tak sangka pulak ada hadiah. Alhamdulillah

    BalasPadam
  6. Wah tahniah kepada yg meneka dgn tepat tu!! Nasib baik dpt makan rambutan kat opis tadi.. Kalau tak, mesti ngidam tgk rambutan kat sini haha

    BalasPadam
  7. Eh..betul pulak tekaan kali ni...
    Alhamdulillah...

    BalasPadam
  8. Wahhh..tahniah untuk semua yang meneka dengan betul 😊

    BalasPadam
  9. Harga tu kira murah ke mahal kak Amie? Harga kawan-kawan mesti murah lagi berbanding di pasaran. Tak pernah beli rambutan lagi. Buah bermusim ni kadang jadi mahal. Tak sempat nak memeriahkan majlis kuiz.hehe..Tahniah untuk yang meneka tepat.

    BalasPadam
  10. Terlepas lagi teka-teki. Tahniah yang dapat teka dengan tepat

    BalasPadam
  11. tahniah buat peneka tepatπŸ‘πŸ‘πŸ‘

    BalasPadam
  12. Tahniah buat peneka yang tepat...mahal gak kat sana ye kak

    BalasPadam
  13. wak teringat masa keje kat Qatar kemaren, harga rambutan camni RM30 sekilo .., huhu

    BalasPadam