Bismillahirrahmanirrahim.
Tengah hari tadi tak sempat makan. Setelah selesai sesi pembelajaran di sekolah, kita solat zohor dan terus berkejar ke SMKS untuk beri ceramah bimbingan menjawab SPM. Kita minta tolong Encik Suami hantarkan kerana sekolah tersebut agak jauh masuk ke kawasan peneroka.
Sempat jugalah kami ambil Firdaus balik dari sekolah. Amie tak dengar apa-apa sewaktu kereta meninggalkan sekolah Firdaus. Amie terlelap dalam keadaan lapar!
Amie terjaga sewaktu Encik Suami berhentikan kereta di hadapan Restaurant Ocean Seafood. Rasa kembali bertenaga walaupun hanya terlelap seketika! Kalau terus balik ke rumah memang terus terbongkanglah jawabnya. Tak larat nak masak sebab terlalu letih! Kasihanlah budak kecil Firdaus yang sudah tentu lapar!
Amie hanya ingin minum fresh orange, makan Mantou Goreng Udang Berkuah dan hendak meratah Peria Goreng Telur Masin sahaja. Firdaus pula mahu Udang Goreng Butter Kering. Dan yang lain, Encik Suami yang pilih termasuk Sup Perut Ikan, dan Isi Ikan Kerapu Kukus Cili Padi. Hidangan yang dipilih semuanya bersaiz S, tapi nampak banyak pula isinya.
Firdaus nampak berselera menikmati hidangannya.
Peria Goreng Telur Masin |
Udang Goreng Butter Kering |
Isi Ikan Kerapu Kukus Cili Padi |
Jus Oren, Epal dan Milo Ais |
Mantou Goreng & Udang Berkuah. |
Mantou Goreng & Udang Berkuah |
Kata Firdaus, semuanya sedap. Padahal dia hanya makan nasi dengan Udang Goreng Butter Kering dan hirup Sup Perut Ikan sahaja.
Esok kita sambung cerita lagi.
Tidur dahulu, rehatkan badan dan rehatkan minda.
Tidur dahulu, rehatkan badan dan rehatkan minda.
Tak nampak macam saiz single je menu tu kak, nampak banyak betul. Nikmat betul dapat makan bila dah lapar kan.
BalasPadamItulah, memang saiz S tapi banyak kan Dana.
Padamboleh buat makan 3 orang tu kak
PadamSuka tengok Daus makan berselera betul dia ya. Dah lapar kan
BalasPadamMemang nampak sungguh-sungguh dia makan.
PadamFirdaus tu tengah kira kunyah dia ke...? hehehhe
BalasPadamHahaaaa... gaya makan dia begitu kot Uncle.
Padamnampak sedap2 menunya.
BalasPadamTak pernah pula jumpa sup perut ikan
Di Sabah banyak Wak.
PadamFirdaus boleh geng dengan anak dara saya si ayu, memang dia makan udang butter sahaja! Tapi semua dia kata sedap hahaha
BalasPadamHahaaa... satu rasa mewakili semua!
PadamItu yg bestnya di sabah... nk mkn seafood merata je... x kira siang mlm boleh mkn kan
BalasPadamKalau duduk dekat-dekat laut memang senang nak dapat, tapi kalau duduk di pedalaman memang susah jaranglah nak dapat bekalan seafood yang fresh.
PadamPerut ikan tu bahagian yang mana cikgu.. Gelembung dalam perut tu ke?
BalasPadamYa, yang gelembung putih tu.
Padamsaya baru nak tanya soalan sama. Tak pernah makan lagi
PadamSedapnya sup perut ikan...
BalasPadamKat Pulau Pangkor banyak jual perut ikan yang dikeringkan..
Dulu saya ingatkan keropok sebab besar dan warna putih
Selalu juga saya makan sup perut ikan tapi belum pernah masak sendiri.
Padamsup perut ikan saya belum pernah dengar dan belum pernah rasa
BalasPadamkeluar pagi balik gelap ye kak penuh seharian
Tak apa Afzan, datang dapur Kak Amie boleh berkenalan dengan sup perut ikan.
Padamhaduhh...sedap sedap belaka
BalasPadamJemput MY.
PadamSampai terangguk2 tu makna sedap sangat ya, Daus. Nanti nak cubalah buat peria telur masin tu, nampak sedap pulak. Mantao ngan udang tak kurang godaannya.
BalasPadamSedap sangatlah tu.
PadamPeria telur masin tu tak pahit. Saya ratah sahaja. Mantou tu memang saya suka sangatlah.
sedapnya kak sup ikan tu mcm shark fin soup laaa
BalasPadamHahaaaa.... tak nampak rupa perut ikan dah.
PadamPenat seharian mencari rezeki, petang reward diri dengan makanan sedap² kan cikgu.
BalasPadamMemang nampak sedap betul semua menu tu.
Menyesal tengok video tu..terus tergoda ngan Firdaus yang sedap mengunyah...dan- dan tu lapar perut SA...huwaaaaa...sedapnya sup perut ikan..lama x makan...
BalasPadamSaiz S pun nampak banyak isinya.. Menarik mantou goreng dengan kuah udang..
BalasPadam