Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini masuk waktu asar dijadualkan pada pukul 3:13 petang. Kita suruh Firdaus mandi, sebab badannya berpeluh-peluh dan kotor buat pelbagai jenis senaman di halaman rumah. Lepas mandi, bolehlah terus solat.
Tapi Firdaus kata: Mommy, sebenarnya Daus masih lapar! Daus tak kenyang makan nasi kuning!
Bunyinya macam orang kebuluran!
Kita sahut : Sayang Mommy telefon Abang Farid. Minta tolong Abang Farid order makanan.
Cepat-cepat Firdaus telefon Abang Farid.
Kita dengar sahaja perbualan abang dengan adik ini.
Abang belikan Daus ayam tiga ketul ya!
Belikan kentang goreng sekali.
15 minit kemudian, abang angkat Abang Farid (Foodpanda) sampai di depan rumah. Firdaus bukan main gembira menyambut bungkusan KFC.
Kita tanya: Sayang Mommy dah mandi belum?
Jawab Firdaus: Ok. Ok. Daus mandi sekarang.
Bungkusan KFC dihulurkan ke tangan kita, dan budak kecil itu terus capai tuala dan masuk ke bilik air. Kita sempat baca mesej yang dihantar Abang Farid: Kentang goreng tak ada. Saya belikan cheezy wedges.
KFC Spicy Smoky Crunch + Whipped Potato + Fanta Strawberry + Cheezy Wedges |
Walaupun kita tidak berhasrat untuk makan KFC Spicy Smoky Crunch, tetapi aroma salai yang kuat dengan dengan rempah ratus Portugis itulah yang menggoda selera kita! Bijak pula budak kecil itu minta Abang Farid belikan tiga ketul! Bolehlah Mommy dia cuit sedikit.
Setakat ini belum ada rasa jemu menikmati KFC Spicy Smoky Crunch. Mungkin hanya makan seketul sahaja, jadi memang rasa sangat sedaplah sehingga menjilat bibir! Terima kasih Abang Farid.
Sedap KFC Spicy Smoky Crunch ni. Syu baru repeat order lagi semalam 😋.
BalasPadamMemang sedap kan Syu. Terasa rempah dan salainya.
Padamboring kalo order KFC kat Jakarta sini makcik sbb selalu set ada nasi., huhuhu
BalasPadamWak, KFC sana ada begedil kentang kan.
PadamUncle tak pernah cuba ni.... balik2 ori je.... huhuhu
BalasPadamCuba Uncle. Ada beza rasa dengan yang ori dan yang yang hot and spicy.
PadamSy belum pernah cuba lagi perisa ni. Sedap ya? Lain kali boleh cuba la.
BalasPadamKita mulanya buat tak tahu juga apabila beberapa kali Abang Farid belikan Firdaus. Aromanya itu yang membuatkan kita cuba nak rasa! Eh, sedaplah pula.
PadamOwhh.. sedap ya.. tak pernah order lagi. Kebiasaannya ambil ori atau spicy je.
BalasPadamSetakat ini masih rasa sedap pada tekak kitalah hehehee... tak tahulah akan datang rasa jemu pula. Tapi eloklah cuba, mana tahu tak ada lagi pada masa akan datang.
PadamSeronok Firdaus dapat ayam KFC abg Farid belanja. Rasa ayam baharu ni susah nak jemu ye kak Amie. Pandai Firdaus order lebih, agaknya sorang seketul dapat macam tu :)
BalasPadamNak cuba juga la. Sejujurnya dah lama tak beli KFC. Sejak beberapa kali beli size ayam kecil dan kualiti rasa tak sama lagi macam dulu². Lagi frust bila coleslaw selalu je takde 😅.
BalasPadamAlamak...saya belum try...
BalasPadamBaca review ramai kata sedap...
Macamana ni......hihihi
Kalau tak jemu makan ulang tu maksudnya memang sedap lah kan
BalasPadamSaya belum berpeluang cuba lagi, kak. Ramai yang kata sedap! 😊
BalasPadamsedapnya tengok cheesy wedges kak , dekat sini dah lama tak de menu tu... itulah bau nya menggoda sangat kan
BalasPadamsyu tak try lagi. hari tu beli kfc spicy biasa je. nampaknya nak kena cuba juga la..
BalasPadamsayangnya tak lama ada ayam kfc ini...
BalasPadam