Sambal Kodop dengan Lada Putih
1:19 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sudah makan tengah hari? Kami belum lagi. Sedang menunggu sup merenih dalam slow cooker. Sementara itu kita kongsikan resipi Sambal Kodop dengan Lada Putih. Cerita tentang kodop ini bolehlah klik:
- SAMBAL KODOP LADA PUTIH, SUP BUAH TARAP & SAMBAL BUAH BUNGA KANTAN
- BERTEMU DENGAN ROS, BUNGA KAMPUNG SILUNGAI
Kodop dalam bahasa Dusun bermaksud kulat sisir atau cendawan sisir. Ada yang panggil cendawan kukur. Kulat sisir ini biasanya tumbuh di atas kayu getah yang sedang mengalami proses mereput. Siapa yang pernah tinggal di kampung, terutamanya di kawasan kebun getah sudah tentu pernah melihat cendawan ini tumbuh di atas batang getah yang sudah ditebang. Apabila musim hujan, bertambah suburlah cendawan sisir ini tumbuh. Bonda selalu suruh kami petik cendawan ini, dan kalau dapat banyak, emak akan jemur sampai kering. Kemudian emak simpan dalam balang. Apabila hendak digunakan, emak akan keluarkan dan rendam sehingga kembang.
Seiring dengan lebatnya cendawan sisir ini tumbuh selepas hujan, samalah suburnya pokok paku pakis udang! Apa lagi kalau selepas semak-samun ditebas, berebut-rebutlah tunas baharu pakis udang mencanak naik!
Maka, selalulah emak masak tumis cendawan sisir campur pakis udang!
Sekarang cendawan @ kulat sisir sudah naik saham. Terakhir kita beli di Pasar Rakyat LD, hanra sekilogram RM25.00. Tak tahulah berapa harganya sekarang. Untuk masakan Sambal Kodop dengan Lada Putih ini, Amie beli cendawan sisir kering di Kundasang. Tidaklah banyak, tetapi harganya yang banyak.... ahaks!
Sambal Kodop dengan Lada Putih. |
Alhamdulillah. Allah menjadikan cendawan sisir, tetapi cara mengolahnya berbeza-beza mengikut kaum dan daerah. Pertama kali Amie makan cendawan sisir masakan Ros, ternyata memberikan kesan yang tak mungkin dilupakan. Tidak pernah terfikir cendawan sisir boleh dipelbagaikan olahan dan ditambah dengan bahan-bahan lain. Itu sebabnya, tak sabar-sabar untuk masak di dapur sendiri. Encik Suami pula, sangat sukakannya!
Jom kita lihat dalam gambar di bawah ini, bahan-bahan yang Ros gunakan untuk masak Sambal Kodop dengan Lada Putih.
Bahan-bahan Sambal Kodop Lada Putih |
- Kodop (Cendawan / Kulat Sisir / Kukur)
- Lada Putih (Cili Putih)
- Tuhau
- Bunga Kantan
- Sayur Lokio
- Ikan Bilis
- Bawang (Bawang Merah / Besar / Bawang Putih)
Kodop yang sudah direndam hingga kembang. |
Kodop Kering. |
Inilah kodop @ cendawan sisir yang Amie beli di Kundasang. Harganya RM20. Rendam dahulu sehingga kembang sebelum dimasak.
Lada Putih @ Cili Putih. |
Biasanya cili putih ini tidak dihiris. Kalau dihiris tidak di buang tangkai. Masak sekali dengan tangkainya.
Bunga Kantan. |
Bunga kantan, buah bunga kantan dan bisuq (ketumbar jawa) yang dibekalkan Ros untuk kita. Alhamdulillah, semuanya masih dalam keadaan segar walaupun 5 hari kami bawa pusing keliling di Kota Kinabalu.
Bunga Kantan. |
Pokok Tuhau. |
Umbut Tuhau. |
Ikan Bilis Goreng. |
Sayur Lokio. |
Bawang Besar / Bawang Merah / Bawang Putih. |
Jom kita masak Sambal Kodop dengan Lada Putih. Gambar di bawah ini Amie ambil sewaktu Ros dan keluarganya sedang masak di dapur.
Cara memasak Sambal Kodop dengan Lada Putih. Sukatan ikut suka sendirilah .... ahaks!
- Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar / merah / putih hingga terbit aroma.
- Masukkan hirisan lada / cili putih diikuti dengan kodop.
- Gaul rata sehingga agak kering.
- Kemudian masukkan tuhau, bunga kantan dan sayur lokio.
- Setelah semuanya layu, masukkan ikan bilis goreng, diikuti dengan garam / perasa pilihan.
- Gaul beberapa kali, dan padamkan api dapur.
Menurut Ros, terpulanglah sama ada hendak masak basah-basah (tambah air) atau kering. Nampaknya yang kering itulah yang sangat sedap! Jadi, Amie pun pilih cara masak sehingga kering.
Sambal Kodop dengan Lada Putih. |
Terima kasih Ros!
Semoga kita akan terus selalu bertemu, dan kongsi lagi resipi Kadazan - Dusun - Murut dengan kami!
28 comments
Wahhh, sy rasa, tak perlu dah ada lauk berkuah kalau ada sambal kodop ni, kan. Cukup ada ikan goreng/ ikan kering goreng atau telur dadar.
BalasPadamBetul SK. Masa saya masak kodop ni, Encik Suami simpan lebihannya. Setiap kali makan nasi, dikeluarkannya. Saya masak banyak, jadi empat lima kali jugalah dia makan nasi lauk kodop ni.
PadamPetai!
BalasPadamNanti saya cuba masukkan petai pula.
PadamSy hanya tahu masak lemak dan kari bersama ayam saja kulat sisir ni. Tq Kak Amie share satu lagi olahan resepi dari kulat sisir ni.
BalasPadamCubalah masak kulat sisir kering-kering begini PH.
PadamMenarik sungguh olahan resepi kulat sisir ni. Ilmu baharu untuk saya istilah kodop ni, kak 😊
BalasPadamYa Farrah. pertama kali makan masakan Ros, terus jatuh cinta.
Padamlama tak jumpa cendawan sisir...
BalasPadamDengarnya ada projek cendawan sisir macam tanam cendawan tiram. Kalau luas pasarannya, mungkin boleh jumpa.
PadamNampak sedap pulak Sambal Kodop nie.. nanti boleh lah saya cuba jugak..
BalasPadamSilakan Sue.
Padamsekali tgk mcm kerabu
BalasPadamAda rupa kerabu ye. Macam-macamkan campurannya.
Padamtu laa... dpt ke sy ni, ratah mcm tu je kak
Padamuihhh.... sedapnya.. dapat pula makan dengan ikan goreng.
BalasPadamBetul tu. Saya rindu betul nak makan ikan selayang ekor merah goreng.
Padamni mkn dgn nasik putih je dh cukup menyelerakan ni
BalasPadamBetul. Cukup rasa, ada ikan bilis, ada sayur-sayuran.
PadamRupanya buat goreng kering seperti kerabupun boleh.
BalasPadamItulah, saya pun baru tahu. rezeki betul singgah di rumah Ros.
Padamoh...kodop tu cendawan sisir rupanya...🤭
BalasPadamSaya suka lada putih sabah ni...
Jom belajar bahasa Dusun, Mama Cella.
PadamLada putih tidaklah pedas sangat.
dulu masa dana kecik, pokok getah kalau ditebang orang bakar je batangnya tak di jual buat perabot mcm skrg. Jadi kalau musim hujan mmg arwah nyai ajak la cari cendawan sisir ni kak, bukan main suka... lagilah kalau dapat cendawan yg masih elok putih dan banyak pulak. Sekarang dah ada orang tanam cendawan sisir dekat bekas dan jual mcm cendawan tiram bekas nya... biasa jumpa di pasar tani orang jual
BalasPadamNostalgia sungguh kutip cendawan sisir di batang getah.
PadamSenanglah kalau nak masak cendawan sisir sebab sudah boleh ditanam macam cendawan tiram.
iya kak cuma rasanya lain tak sesedap cendawan yg tumbuh di pokok getah macam dulu. Kenapa lah di LD mudah nak jumpa orang tanam lokio ye kak
PadamSedapnya cendawan sisir. Dulu kalau abah balik dari kebun malam tu hujan memang banyaklah dapat. Semakin naik saham ye cendawan ni. Sedap masak tumis macam ni atau masak lemak. Biasanya lepas basuh dan rendam tu mak saya suka tumbuk kasar guna lesung. Nikmatnya dapat makan lauk pauk rare ni.
BalasPadamsyu macam tak pernah makan cendawan kodop ni. nampak sedap dimasak macam ni..
BalasPadam