Rewang (Kem Kepimpinan) AJK Makan Tengah Hari
8:37 PTGSambung cerita REWANG (KEM KEPIMPINAN) AJK MINUM PAGI. Keesokan paginya, pada hari Ahad kami datang seawal pukul 6:30 pagi untuk bergotong-royong masak-masak hidangan tengah hari. Kami sudah diingatkan untuk membawa air dari rumah masing-masing untuk tujuan masak nasi, ayam dan sayur. Bagaimanapun kami beli saja air mineral untuk kegunaan tersebut. Atas alasan, harga minyak mahal kami tidak dibenarkan goreng ayam! Sayangnya, Cikgu Asmaruddin bawa sekotak minyak (17 paket), pada hari kejadian. Oleh kerana bahan-bahan untuk memasak sudah disediakan sehari sebelumnya, jadi minyak masak tersebut akan digunakan pada masa yang lain. Sebelum ini telah berlangsung program Reach for the Star untuk calon SPM bagi setiap mata pelajaran. Memang guru-guru masak sendiri untuk murid-murid kerana program tersebut berlangsung dari pagi hingga malam.
Wokey! Kita cerita tentang bahagian kami, sebagai AJK Makan Tengah Hari. Segala alat memasak seperti periuk, kuali dan sebagainya adalah 'pinjaman' daripada unit UBK dan guru-guru bawa dari rumah. Kami memasak di belakang surau kerana di situ terdapat tempat cuci tangan murid, dan bolehlah gunakan tempat tersebut untuk kerja-kerja memotong dan mencuci. Kami susun meja murid dan lapik dengan kotak kertas sebagai tempat menotong sayur dan sebagainya.
Sebelum memulakan kerja, kami alas perut terlebih dahulu. Gee, bawa nasi lemak berlauk sambal bawang, sambal tempe, telur rebus, kacang tanah, ikan bilis dan timun.
Nasi Lemak. |
Rakan-rakan AJK Makan Tengahari |
Mee Bandung ala-ala koboi! |
Mee Bandung. |
24 comments
Hero ber spek pun ada meyelit? hehehehe
BalasPadamAda.... daripada sendirian di rumah, baiklah bawa ke sekolah.
PadamPeribahasa "Bontot kuali disental lagikan putih"
BalasPadamTengah hari tu dua perkataan
Baik. Terima kasih Wak. Saya buat pembetulan.
PadamLaaa..rasanya dh komen semalam pasal 60kg ayam tu cukup untuk kenduri kat kampung saya..🤭
BalasPadamHilang pula komennya
Ada komen tu. Ada dalam entri Rewang (Kem Kepimpinan) AJK Minum Pagi.
PadamEh ..
PadamLaa...patut la tak nampak..
Komen kat lain cari kat lain..hihihi
Ya Allah, dedikasi guru kepada pelajar. Sanggup masak. Hehe berkat air jangan cikgu mudahlah pelajar-pelajar faham.
BalasPadamKiranya ayam itu tidak digoreng dahulu untuk ayam masak kicap. Ok juga ayam tidak kering.
Ayam tu digoreng juga tapi sekejap, hanya nak bagi layu saja.
PadamSaya baru nak tanya soalan ni. Tak goreng macamana buat ayam masak kicap. Sedapnya air tangan cikgu. Moga berkat anak murid
Padambagus betul aktiviti mcm ni....merapatkan ukhwah sambil makan2..memang bext!
BalasPadamYa, itulah tarikannya sambil buat kerja, makan-makan dan bergurau senda. Barulah rasa seronok.
Padamsibuk cikgu² memasak... sedap lauk² ye... untung murid dpt cikgu² juara memasak ni... kak amie ketua chef ke tu?
BalasPadamKetuanya si Nano, tapi dia terlupa dirinya ketua hahahahaaa sebab semua jadi ketua.
PadamTu dia..dah macam kenduri nak dapat menantu ni...seronok kerjasama macam ni...
BalasPadamSama-sama masak, sama-sama makan, sama-sama penat hihihiii.
Padammeriahnyaa
BalasPadamsekali-sekala nak happy juga
Padamseronok rewang ramai-ramai begini ya kak sambil buat kerja sambil borak. Kalau nak tempah pada katering kadang harap je mahal makanannya tak tentu sedap dan kadang sikit. Ini walaupun penat tapi puas hati hasilnya, nampak masakan yg di masak tu pun alahai sedap betul
BalasPadamNak jimat belanja, jadi terpaksalah lakukan kerahan tenaga percuma hehehee.
PadamAmboi, Daus pun ada sekali ya gotong-royong. Penatnya jadi cikgu, hari cuti kena pergi sekolah untuk rewang masak memasak pulak.
BalasPadamDulu Saya Yang Menurut Perintah, sekarang Saya Yang Menjalankan Amanah.
PadamAduh!! Terbaiklah.. Merewang beramai-ramai.. lama tak buat aktiviti macam ni.. Penat namun kesepakatan dan ukhwah tu tetap terbaik..
BalasPadamHehee... itu sahajalah yang mampu disumbangkan, tenaga.
Padam