Idea Bekal Sarapan Pagi ke Tempat Kerja (13) : Pisang Kepok & Keladi Mbodte Tebus
10:14 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Kali ini Amie kongsi bekal sarapan rebus-rebus saja, iaitu pisang kepok rebus dengan keladi mbodte rebus. Tak tahulah apa nama dalam bahasa Melayu sebab kita ikut sebuan nama keladi yang orang kampung kami sebut. Seperti biasa, bekalan diserikan dengan warna-warni salad butterhead ditambah kobis ungu dan buat tomato ceri merah kuning dihiasi dengan mayonis. Buahnya pula terdiri daripada hirisan rockmelon, anggur hijau dan aprikot.
Bekal Sarapan Pagi (13) |
- Pisang Kepok & Keladi Mbodte Rebus
- Salad : Butterhead (Boston Lettuce) + Kobis Ungu + Ceri Merah Kuning
- Buah : Rockmelon + Anggur Hijau + Aprikot
Pisang Kepok dan Keladi Mbodte Rebus |
Salad & The Gang |
Buah : Rockmelon + Anggur Hijau + Aprikot |
20 comments
Sedap keladi rebus tu.. lemak2..
BalasPadamYa, betul. Teringat sarapan keladi rebus zaman kanak-kanak di kampung.
Padamingtkn jeruk buah2an tadi tuhh., ;p
BalasPadamKena dua kali pandang Wak.
Padamrasa keladi tu kalau kat kampung dana di panggil keladi sarawak, pastu rupa nya comel-comel kan kak bukan besar macam keladi biasa tu kan? sedap tu lahai
BalasPadamYa, kecil-kecil saiznya. Tapi orang kampung kakak jarang tanam.
Padamkalau kat kampung selain di rebus dibuat kerepek pun sedap kak oi... tapi susah nak jumpa orang jual kadang lah
PadamKeladi & pisang tu mmg makan mcm tu je ke Kak Amie, tak de cicah apa2 ye?
BalasPadamKeladi dan pisang tu kakak bubuh garam sikit sewaktu merebus. Ada sudah rasanya, ditambah pisang tu manis-manis masam, keladi pula rasa lemak-lemak.
Padamoo begitu. tapi mmg bagus makanan rebus2 ni, sihat sbb tak berminyak.
Padammenu yang sihat
BalasPadamYa, harap-harap cukup segala zat vitamin.
PadamTak pernah dengar nama keladi tu.
BalasPadamMasa arwah ayah ada dulu, selalu makan keladi rebus. Pokoknya ditanam di tepi rumah. Sedap!
Orang Jawa biasa dengar namanya. Tak tahu apa dalam bahasa Melayunya pula.
PadamMacam mana cara nak sebut nama keladi tu, Kak Amie. Mbote.
BalasPadamMembote? Sy sebut membuta, aci tak?
Rasanya...dieja mmbodte gitu hihihii.
PadamSedapnya pisang dan keladi rebus.
BalasPadamHijaunya anggur tu..
Pisang tu sedap. Ya, anggur tu memang hijau begitu.
PadamTak pernah makan pisan rebus.. menarik idea bekal kak ammi..
BalasPadamSedap Sha. Ada rasa manis, masam sikit.
Padam