Ikan Layar Masak Lada Putih vs Ikan Layar Panggang
6:23 PTGIkan Layar Masak Lada Putih |
Kita selalu masak ikan layar ikut resipi MIL. Namun kadang-kadang kita ikut cara sendiri iaitu kisar semua bahan perencah. Sayangnya, rasanya agak berbeza dengan masakan air tangan MIL. MIL akan tumbuk dalam lesung semua bahan perencah seperti bawang putih, bawang merah, halia dan lada putih. Setelah masak, nampak serabut-serabut halia pada kuahnya. Lada putihnya pula ada yang masih kasar. Apabila digaul bersama nasi dan sua ke mulut, terasa pedas lada putih yang dikunyah!
Baca tentang masakan ikan layar di sini: IKAN LAYAR MASAK LADA PUTIH RESEPI MAK MENTUA YANG SANGAT SEDAP!
Petang tadi, kita rajinkan diri tumbuk semua bahan perencah, dan masak ikut gaya MIL.
Bahan-bahan:500 gram ikan layar - bersihkan - potong ikut saiz yang disukai
1 sudu besar pati asam jawa - bancuh dengan secawan air
garam / perasa pilihan secukupnya
1/2 cawan minyak
Bahan tumbuk:
1 sudu besar lada putih
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
4 cm halia
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga terbit bau.
2. Masukkan ikan layar dan gaul. Biarkan seketika sehingga ikan layar berubah warna.
3. Tuangkan bancuhan air asam jawa.
4. Biarkan sehingga masak mendidih, serta keluar minyak dan kemudian perasakan dengan garam /perasa pilihan secukupnya.
5. Padamkan api dapur.
Ikan Layar Masak Lada Putih |
Minggu lepas kita panggang sepotong ikan layar. Temankan ikan layar panggang dengan sambal belacan mangga, ulam petai, timun dan salad yumak.
Ikan Layar Panggang. |
Ikan Layar Panggang & The Gang |
25 comments
Nampak besar ya potongan ikan layar tu bila masuk atas pemanggang. belum pernah jumpa lagi ikan ni kat sini.
BalasPadamSaiz ikan layar memang besar. Ada yang mencapai lebih 100kg seekor. yang saya panggang ini saiz kecil.
PadamSempat masak untuk FIL sebelum meninggal. Moga arwah tenang di akhirat sana...
BalasPadamSedao nampak ikan layar ni.. saya terliur.. memang beza kalau blend dengan tumbuk kan.. Lebih sedap yang ditumbuk rencahnya gitu..
Amin, moga arwah tenang di sana.
PadamBetul, memang ada beza hasil masakan kalau perencah ditumbuk / blend.
Alhamdulillah dpt mewarisi resepi arwah MIL. Moga dgn perkongsian resepi Amie ini arwah juga dapat imbuhan di alam sana. Aamiin.
BalasPadamAmin ya Allah.
PadamSesekali dapat hidangkan masakan keluarga Encik Suami hasil resipi MIL.
Aduh...
BalasPadammana nak cari ni...
Sedapnya isi ikan layaran..
Satahu saya kalau kat Malaysia Barat ni ..kaki pancing akan ke Endau Rompin Mersing untuk layan terikan mencabar dari ikan layar dan marlin
Kaki pancing memang tak lepas peluang beraksi dengan hasil tangkapan, apalagi kalau dapat ikan layar.
PadamPernah jugak nampak ikan layar ni kalau pergi ke pasar besar. Sy memang tak pernah beli, tahulah, bukan pandai pun nak siang atau masak ikan-ikan macam ni. Terliur pulak tengok masakan dari dapur maya Kak Amie, nampaknya mambang rajin dah mula datang kembali tu.
BalasPadamSaya pun kalau bukan kerana berjoodohan dengan orang LD, memang tak mungkin tahu ada ikan layar di dunia ini hihihiiii.
PadamKita tertarik dgn yg panggang tu.. makan dgn nasik panas menambah nie
BalasPadamYa, makan dengan nasi panas memang menambah-nambah. Jemput ye Fiza.
Padamsaya, jika makan di kedai suka beli ikan ketul berbanding ikan sekor sekor. Paling best kalau dapat gulai kepala ikan....surr..
BalasPadamIkan ketul banyak isi, tak ada tulang. Gulai kepala ikan memang banyak orang tak tolak.
PadamTak pernah rasa lagi ikan layar, tapi rasa macam nak cuba..sedap ye kak isi dia....
BalasPadamIsinya pejal SK. Kak Amie suka yang berlemak, bahagian bawah perut dan bahagian sirip.
Padamtebal betul isi nya kak.... mesti sedap di masak apa pun
BalasPadamMemang tebal isinya Dana. Goreng pun sodap!
PadamBermacam2 kenangan manis Kak Amie dgn ikan layar ni ye. Mak mertua saya pulak turunkan resipi daging hitam, mmg favourite anak2 dan suami sebab rasa sama macam nenek/mak masak kata mereka.
BalasPadamSedap tu daging hitam. Saya pernah masak. Mewah bahan-bahannya tapi berbaloilah sebab memang sangat sedap.
Padamapa yang ajaibnya kuali tu..?
BalasPadamTak perlu guna minyak. Tak melekat.
PadamAlfatihah untuk kedua arwah. Memori-memori begitu akan selalu melekat dalam ingatan kan
BalasPadamBetul Sal. Kadang rasa rindu, sebab tidak sempat berlama-lama dengan mereka semasa hayatnya.
PadamUish.. masak lada putih.. menarik.. Suka yang versi goreng tu.. cicah pula cili kicap.. pergh..
BalasPadam