Nasi Panggang Cemangi

10:54 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Apa khabar rakan-rakan di pagi minggu ini? Harap semuanya sihat walafiat.
Pagi ini kami tiga beranak keluar jalan-jalan cari makan. Seperti biasa kami singgah sarapan pagi di Auliah Restaurant dan kemudian teruskan perjalanan ke pasar tani.

Amie beli Nasi Panggang Cemangi, sejenis masakan Indonesia yang terkenal terutamanya di Pulau Jawa. Kalau di sana, dipanggil Nasi Bakar Kemangi. Kemangi dan cemangi walaupun sebutan diawalnya berbeza iaitu "k" dan "c" tetapi maksudnya sama. Dengan kata lain kemangi atau cemangi ialah sejenis herba dari keluarga selasih. Aromanya lembut dan harum. DI Lahad Datu pula, dipanggil Nasi Panggang Cemangi. Penjualnya terdiri daripada beberapa orang anak muda yang begitu ramah menerangkan tentang Nasi Panggang Cemangi yang mereka jual. Ada dua jenis Nasi Panggang Cemangi yang mereka jual iaitu Nasi Panggang Ayam Cemangi dan Nasi Panggang Udang Cemangi. Mereka panggang nasi tersebut di tempat  mereka berjualan. Amie beli kedua-duanya.

Nasi Panggang Ayam Cemangi + Nasi Panggang Udang Cemangi


Tak sabar nak lihat dan nak rasa kedua-dua jenis nasi panggang ini. Mula-mula kita buka dahulu bungkusan Nasi Panggang Ayam Cemangi. Oooo... nasi dibalut lagi dengan daun pisang di bahagian dalamnya.


Ini dia Nasi Panggang Ayam Cemangi. Ayam campur daun cemangi dimasak bersama dan kemudian dibungkus dalam daun pisang sebelum dipanggang.


Mari cuba rasa. Ummpphhh.... sedap! Sangat sedap! Kalau MIL yang makan, tentu MIL akan kata : Gurih!


Kita lihat pula Nasi Panggang Udang Kemangi.


Sama seperti Nasi Panggang Ayam Kemangi, nasi dibungkus dalam balutan kedua di dalam daun pisang. Bezanya udang dikisar @ dihancurkan bersama kelapa parut dan ditambah daun kemangi kemudian dibungkus dengan daun pisang dan dipanggang berasingan. Ia kelihatan seolah-olah pais udang.

Nasi Panggang Udang Kemangi.


Kita buka balutan daun pisang berisi nasi. Sekarang bolehlah makan bersama pais udang.


Apa beza rasa kedua-duanya? Sudah tentulah Nasi Panggang Ayam Kemangi rasa ayam, dan Nasi Panggang Udang Kemangi rasa pais udang. Yang tak ada bezanya ialah kedua-duanya sedap!





8 comments

  1. Amboi, loyar buruk pulak Kak Amie. Tentulah ayam rasa ayam, kan. Kalau ayam rasa udang, udang rasa ayam, mesti dia salah bungkus, hihi. Terlapar pulak menengok nasi panggangmu itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... buat loyar buruk sebab sedap sangat!

      Padam
  2. Byk makanan baru yg saya belajar dari blog Kak Amie ni. Baru tau pasal nasi panggang cemangi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok hidup berbilang kaum, saling kenal-mengenal, saling memahami budaya dan berkongsi resipi.

      Padam
  3. Ya Allah...macam terasa sedapnya...
    Saya suka haruman pucuk kemangi...
    Kat sini tak nampak jual.nasi bakar ni kecuali pernah jumpa kat Nasi Bamboo Sg Klah.Itu pun hanya 1 pilihan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam teringin pula nak buat sendiri sebab sedap hihihiii!

      Padam
  4. Ini sedaap kalo dimakan saat masih panas 😄👍. Saya pun suka nasi bakar. Macam2 dah saya coba , tapi favorit seller saya di Bandung. Di sana nasi bakarnya lebih sedap daripada yg dijual di Jakarta.

    BalasPadam
  5. SA kalau kat sana sure nak cuba ni....mesti sedap....

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe