Rezeki di Pagi Jumaat
3:26 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Awal pagi tadi, James bawa banyak bungkusan berisi kuih-muih. Mungkin lebih dari sepuluh jenis. Kita sempat makan kuih broncong. Yang lain kita tak sempat tengok sebab kita tergesa-gesa hendak masuk kelas. Waktu rehat, sewaktu hendak masuk bilik guru, seorang kerani menahan kita. Katanya: Ada urusan Seri Paduka Baginda yang hendak diselesaikan. Cepat masuk pejabat!
Kita pun rasa berdebar-debar! Kelam-kabut kita masuk ke pejabat. Rupanya orang pejabat dengan guru-guru pusat sumber belanja makan nasi beriani.
Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak.
Selain nasi beriani, lauk kari ayam ada pula popia dan karipap. Buah betik itu kita yang bawa sebagai bekal sarapan pagi. Mas pula belanja popia carbonara.
Nano bawa kuih keria. Aduhai! Inilah kuih keria yang sangat sedap. Kuih keria yang diperbuat daripada keledek dan disira dengan gula putih! Entah berapa ketul masuk perut!
Kuih seri muka ini pun Nano yang bawa. Sedap! Sangat sedap, cukup lemak manisnya!
Rupanya James bawa cendol!
Jom menyendol!
Sue pula didihkan sup jagung!
Alhamdulillah. Rezeki makan-makan memang tak pernah putus.
Setiap hari ada sahaja juadah yang dikongsi bersama.
Pendek kata kalau tertinggal dompet, janganah risau perut lapar sebab tak ada duit nak makan di kantin!
11 comments
Masyaa Allah...Alhamdulillah ..dapat tengok makanan melimpah ni pun rasa sedikit kenyang dan nikmatnya mereka yang bersedekah serta yang dapat menikmatinya..
BalasPadamJames...saya nak juga cendol tu....🤭
masyaallah...rezeki sungguh tu..sure lepas tu menung sebab kekenyangan..hehehehe
BalasPadamAlhamdulillah. Syoknya, banyak makanan! :)
BalasPadamAlhamdulillah, murah rezeki hari Jumaat. Bila tengok gambar2, rindu dgn makan2 di ofis satu ketika dulu. Kami dulu pun tiap2 hari Jumaat ada aktiviti 'We Care We Share' dan buat sharing yang tak berkaitan dgn kerja. Lepas tu acara wajib ialah makan2 hehe
BalasPadamseri mukaaa...aduhai sedapnya... kalau jumpa mmg tak cukup satu. Tapi memang melonjak tinggi bacaan gula lepas tu. Pulut dan tepung bergula... lain macam gulanya
BalasPadamMacam-macan juadahnya. Tu baru saja-saja, kalau ada sambut apa-apa mesti lagi meriah. Nak cendol sikit
BalasPadambanyak nya makanan. paling best kuih seri muka tuu. Favourite.
BalasPadamcendol tu sedap betul nampaknya..
BalasPadamAlhamdulillah banyak makanan ada. Memang kenyang.
BalasPadamOh, patutlah sekarang Kak Amie berjalan 5 kilometer sehari, hihi.
BalasPadamAlhamdulillah, rezeki..Moga terus dilimpahkan rezeki....Hehe
BalasPadam