Jalan-Jalan di Pagi Merdeka ke 65 Tahun!
10:47 PGBismillahirrahmanirrahim.
Apa cerita di pagi Merdeka ke-65 tahun?
Encik Suami ajak jalan-jalan ke kampungnya.
Bendera berkibar d halaman umah arwah MIL & FIL. |
Sebelum sampai ke kampung, singgah dahulu di pasar Seri Perdana. Kami beli cili merah, cili padi dan limau kasturi. Buah betik pula kami beli di gerai buah-buahan Jalan Assam. Sebelum tiba di rumah, singgah lagi di Sari Coldstorage beli serai, sayap ayam dan lain-lain.
|
Kami teruskan perjalanan ke Kampung Cocos. Singgah di warung Haji Wakil. Firdaus hendak makan nasi kuning.
Kami sarapan:
- Nasi Kuning Sambal Ikan & Telur Rebus
- Nasi Kuning Sambal & Ayam Goreng
- Nasi Lemak
- Ayam Negro
- Lemon Panas
- Milo
Semangkuk sup kecil adalah 'wajib' dihidangkan bersama nasi kuning dan nasi lemak.
Di tempat kita (Malaya) mana ada nasi lemak dengan sup kan! Inilah uniknya Sabah.
Nasi Kuning Sambal Ikan & Telur Rebus |
Nasi Kuning Sambal & Ayam Goreng |
Nasi Lemak Biasa. |
Ayam Negro
Kami minta tambah semangkuk Ayam Negro. Ayam Negro ini panggilan untuk kaki ayam masak kicap. Ini bukan masak kicap biasa sebab kaki ayam perlu digoreng hingga garing, dan direndam hingga kembang. Kemudian dimasak sehinggalah lembut, terlerai kulit dari tulang.
Banyak kali jugalah kita pernah masak tapi lain kita tulis masakannya: TIPS DAN RESEPI KAKI AYAM MASAK KICAP YANG SANGAT LEMBUT SEHINGGA TERLERAI KULIT DARI TULANG!
Tak tahulah siapa punya kerja daftarkan surat lahir resipi ini dengan nama AYAM NEGRO!
Selesai sarapan pagi, kami bergerak masuk melintasi masjid dan terus masuk simpang menuju ke Jalan Imam Relay. Nama jalan ini menggunakan nama arwal FIL sebagai imam kariah sewaktu hayatnya dahulu.
Nampak sungguh semangat merdeka di kampung Encik Suami. Siap terpacak bendera Malaysia di halaman rumah. Ketika ini tiada sesiapa di rumah ini kecuali Wak Kamil, abang Encik Suami.
Antara kuih yang Encik Suami beli untuk Wak Kamil. |
Pokok Bunga Sundal Malam |
Apabila di kampung, kita suka melawat keliling rumah tinggalan arwah MIL & FIL. Banyak pokok yang ditanam. Selain pokok bunga, ada pelbagai pokok herba seperti kunyit, serai, kencur, halia dan macam-macam lagi. Wak Kamil sudah lama pencen bekerja. Dulu Wak Kamil bekerja di Jabatan Pertanian. Wak Kamil sangat rajin bertanam-tanaman. Penuh keliling rumah dengan 1001 jenis tanaman yang kita sendiri pun tak tahu namanya.
Ini pokok matoa.
Sekarang sedang berbuah lebat.
Buah matoa muda. |
Buah Belimbing Buluh |
Buah Limau Nipis |
Buah Belimbing Besi |
Buah Kedondong |
Buah Jambu Batu |
Pokok Tuhau |
Merata gerai kita kunjungi. Yang ada hanyalah ubi keledek.
Tidak nampak ubi kayu!
Benda kalau kita perlukan selalunya memang susah nak dapat. Kalau kita tidak perlu, hari-hari ada berlonggok di situ! Hai ubi kayu! Di manalah kamu berada?
Apa boleh buatlah. Memang tidak ada ubi kayu. Kami bertanya kepada setiap penjual di situ, kata mereka sekarang tidak ada ubi kayu! Oh, agaknya ubi kayu sedang merdekakan dirinya!
Kami pun tinggalkan deretan gerai buah-buahan dan sebelum masuk simpang ke rumah, singgah lagi di Sari Coldstorage. Sebelum itu kami menuju ke warung mencari kuih. Walaupun sudah bersarapan di kampung, tetapi setelah berjalan ke sana dan ke mari, perut rasa lapar semula! Agaknya banyak jugalah kalori yang sudah terbakar.... ahaks! Encik Suami beli goreng pisang. Kita minta kuih penjaram.
Pisang Goreng. |
Kuih Penjaram. |
Aktiviti terakhir, temankan Firdaus beli susu, jajan dan mainan rotate candy.
7 comments
Wah...pepagi dah bawa Daus menjelajah kota dan desa...
BalasPadamMusim merdeka ni ubi kayu laris bagai kembu dimusim raya qurban🤣
sampai takda stok yer Cikgu ..
Seronoknya melihat tanaman Wak Jamil..rasa nak join keliling Kampung Cocos.
Selamat Hari Merdeka cikgu..
Hai? Daus muka letih je menghadap sarapan?
BalasPadamBest-nya balik kampung 😍
BalasPadamKeledek-keledek tu nampak segar, cantik berseri warnanya. Kalau sy jumpa hasil kampung macam ni, rambang mata jadinya :)
Sedap tu buah matoa bila sudah masak. manis leting
BalasPadamBestnya byk pokok tanaman di sekitar rumah. Nak makan, petik aje. Kat kampung sebelah ayah saya pun sama, nama lorong / jalan diambil dari nama orang2 tua di kampung tu. Jadi adalah jugak lorong nama moyang saya hihi.
BalasPadamSambal nasi lemak / nasi kuning tu merah menyala. Takut pulak nak makan.
Kak Amie teringin makan ubi kayu sempena hari merdeka kah? teringat cerita arwah atuk nenek tentang zaman dulu susah jumpa nasi makan ubi kayu sahaja.
BalasPadammcm2 dpt tgk dan rasa bila balik ke kampung
BalasPadam