Anekdot Kisah 9 Bulan 10 Hari : Seindah Penantian Semanis Kelahiran

3:12 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Mungkin entri ini agak terlewat, tetapi kesempatan itu tiba jua pada hari ini. Buku antologi ini sudah sampai ke tangan Amie pada bulan Jun lepas. Kali ini Amie kongsikan Anekdot Kisah 9 Bulan 10 Hari dengan judul Seindah Penantian Semanis Kelahiran. Buku ini diselenggarakan bersama oleh Ku Shairah Jazahanim dan Nurul Syahida Hassan di bawah terbitan eksklusif Syahida Hassan Enterprise.

 


Antologi ini merupakan rekod pengalaman mengandung dan kelahiran yang dialami oleh 32 orang ibu dan bapa yang merangkumi 35 buah karya.


Dalam ruangan Tinta Doktor sebagai prakata, Dr. Muhammad Izzat bin Abdul Razak menulis: 

Gelaran 'ibu' dikalungkan pada leher dan bagu seseorang wanita kerana hanya wanita sahaja yang memapu menggarap harapan, tanggungjawab dan tugas yang amat besar dan berat ini.


Terharu sangat membaca prakata yang dititipkan oleh Dr Muammad Izzat dalam ruangan TINTA DOKTOR.


Seindah Penantian Semanis Kelahiran memaparkan lima bahagian:

Bahagian 1: Penantian - memetik ikhtiar dan keajaiban dalam mendapatkan cahaya mata.
Bahagian 2: Cabaran: mengisahkan pahit maung sepanjang tempoh mengandung.
Bahagian 3: Kelahiran: menceritakan detik-detik cemas dalam usaha membawa anak yang dikandung ke dunia.
Bahagian 4: Pandemik: mencatatkan pengalaman norma baharu yang terpaksa ditempuhi pada masa kini.
Bahagian 5: Kenangan: mengimbau semula saat kelahiran si kecil yang pelbagai.


Hasil karya Amie  berjudul Anak Tembikai, terselit di Bahagian 2: Cabaran.

Dengan berbekalkan tembikai, makan setiap hari, pagi, petang, siang dan malam kerana hanya buah itu sahaja yang mampu melepasi tekak selama dua bulan lamanya, dengan rupa seperti kain buruk, itulah pengalaman mengandung yang tidak mungkin dapat dilupakan! Alhamdulillah, anak yang dilahirkan sihat walafiat dan kini sudah berusia 24 tahun! Tak lain dan tak bukan, bujang kami yang bernama Fuad.


Karya Anak Tembikai adalah antara kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan hingga ke akhir hayat! Dan, tiba-tiba teringat betapa sabarnya Encik Suami melayan sepanjang tempoh alahan (ketiga-tiga anak) tanpa sebarang rungutan. Seingat kita, tidak pernahlah Encik Suami meninggikan suara di saat kita lemah tidak berdaya! Pernah sekali kita tak bertenaga untuk bergerak muntah di tandas, tapi Encik Suami kata: Muntahlah di sini. Nanti boleh dibersihkan. Ya, kita ingat itu sewaktu mengandung Abang Farid (anak sulung) hanya susu pekat cap junjung saja yang boleh kita minum, tapi itu pun termuntah semula. Kita muntah atas tilam, Encik Suami bersihkan. Ya Allah! Ampunilah dosaku. Engkau permudahkanlah segala urusan suamiku. Kurniakanlah rasa kasih dan sayang yang berpanjangan di antara kami sekeluarga.


Naskhah ini sesuai dijadikan buku panduan buat ibu bapa muda yang bakal mendapat zuriat atau sebagai bahan kajian sosiologi. Dr. Muhammad Izzat mencadangkan , tidak mengira anda bakal bergelar ibu ataupun sudah bergelar ibu, termasuklah golongan bapa, ini naskhah wajib untuk anda!

Fuad (Anak Tembikai). Kak Siti Armah, pengasuh Fuad ambil gambar ini ketika Fuad sedang berjalan jatuh (bertatih). Fuad cepat berjalan, dalam usia 10 bulan lebih, belum capai setahun.


Sekarang Fuad menghampiri usia 24 tahun. Sudah menamatkan pengajian di UTHM pada 20 Julai 2022 lalu. Kini Fuad sedang mengikuti praktikal di kilang TOYOTA di Bukit Raja, Kelang, Selangor.



20 comments

  1. Pengalaman menjadi seorang ibu, pasti tak akan mudah dilupai ..Cuya belum merasa lagi, diharap dapat juga merasa menjadi seorang ibu selepas berumah tangga nanti. Aamin.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah, suatu hari nanti harapan akan terlaksana dengan sempurna.

      Padam
  2. Seksa juga jika tiga kali mengandung macam tu, Kak Amie. Mujurlah suami Kak Amie penyabar orangnya dan tidak geli mengadap muntah isteri. Syukur anak2 dah besar dan semoga berjaya mencapai cita-cita masing-masing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seksa tak tahu nak cerita macamana SK. Rasa seperti berada di dunia lain saja.....

      Padam
  3. Alamak...Sa nyer pengalaman yang sekali tu pun dah rasa ngeri inikan plak 3 kali...SA menyampah kat ex laki dari awal preggy sampai dah bersalin...sudahnya x kekal jugak sampai akhirnya...hehhe...takde jodoh...but seriously masa SA pregnant jarang la suami di sisi, yang melayan mak abah dan adik beradik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Amie pula jauh dari emak dan adik beradik yang lain. Sedih juga, sebab kalau dengan keluarga sendiri boleh tumpang manja hihihiii.

      Padam
  4. Oh,Fuad anak tembikai ya..
    Tahniah, untuk Anak Tembikai kerana sudah selesai pengajian..selamat berpraktikel & semoga dimudahkan urusan dalam pasaran pekerjaan pula lepas ni🤲🤲🤲

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mama Cella. Mudah-mudahan dipermudahkan urusannya.

      Padam
  5. Oo patutlah namanya anakntembikat.. boleh tahan teruk juga alahan kak Amie.. untung suami akak mmg penyabar orgnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pengalaman yang menjadi kenangan tak dapat dilupakan.

      Padam
  6. Sabar dan penyayang suami Amie, semasa berhadapan masa alahan mengandung. Bukan semua suami macam tu. Alhamdulillah.
    Tahniah, Amie, lagi satu karya tulisan Amie diterbitkan. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waktu itu kita pun tiada tempat mengadu. Keluarga jauh di Malaya. Alhamdulillah.
      Terima kasih Nur. Tulisan kecil saja.

      Padam
  7. Judulnya memikat. Pasti isinya bagus.

    BalasPadam
  8. tahniah amie anekdot bergambar menarik tu

    BalasPadam
  9. selamat membaca kak Amie. bila baca buku begini terbayang wajah ibu sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kisah ibu mengandung dan melahirkan memang pengalan yang tak mungkin dilupakan sepanjang hayat.

      Padam
  10. Bertuah mendapat suami yang empati, tidak marah atau bersungut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insaf! Muhasabah diri, sebab saya yang suka marah-marah dan bersungut hihihihiii.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe