Ikan Kandaman & Ikan Batu

2:44 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Cuaca di LD redup, mendung dan suasana agak gelap. Matahari hanya menampakkan dirinya pada sebelah pagi. Dua tiga hari kebelakangan ini hujan turun renyai-renyai di sebelah petang. Kadang-kadang turun waktu dinihari. Apabila keluar awal pagi, nampaklah jalan raya yang bersih tanpa debu dan habuk.
Seperti biasa, hari Ahad kami jalan-jalan ke pasar sama ada ke pasar tani, pasar ikan dan juga pasar rakyat (sayur-sayuran, ayam, daging, dan segala barang dapur yang basah dan kering). Sudah tentulah kami akan beli ikan dan sedikit daging ayam. Kami jarang beli sotong dan ketam. Beli udang hanya sekali-sekala sahaja. Kalau ke pasar tani, kami mencari sayur-sayuran kampung.
Kali ini Amie kongsikan paparan ikan kandaman (gambar bawah). Ada yang panggil ikan uji rashid kerana matanya besar dan bulat. Ada ikan kandaman jenis warna merah jambu campur sisik warna putih. Kata peniaga ikan, kami dapat ikan kandaman yang original. Eh, ada ikan kandaman palsukah... ahaks! Mungkin sebab warnanya merah terang! Itu pasal dipanggil ikan kandaman original. Ikan ini biasanya dipanggang tanpa buang sisik sebab kulitnya tebal. Ikan ini memang terkenal di beberapa daerah di Sabah, dan sudah tentunya banyak dijual di gerai putu sebab biasanya akan dimakan bersama putu. 

Ikan Kandaman.

Ikan Batu

Sebenarnya ada nama lain untuk ikan ini tetapi kita tak ingat. Ikan batu ini banyak jenis dan warna. Biasanya dijadikan ikan kering @ masin.

Ikan Bawal Hitam

Ikan Bunak @ Tudung Periuk @ Telinga Gajah.



Sampai sekarang kita tidak tahu nama ikan yang berbintik-bintik hitam ini.  Mungkin daripada keluarga kerapu Yang terselit seekor dengan sirip kuning itu ialah ikan kaci.


Oleh-oleh dari pasar tanu berupa pucuk ubi, jantung pisang dan umbut kelapa. Pucuk ubi itu apabila kita buang tangkai dan daun yang tua, dapatlah seco'et! Bolehlah untuk makan kami berdua. Paling seronok sudah tentulah apabila terjumpa umbut kelapa! Terbayang hidangan masak lemak umbut kelapa. Aduhai!

Dua tiga minggu lepas tak puas makan nasi di warung dengan sayur pucuk betik. Nak minta tambah lagi, rasa segan pulak...ahaks! Apabila terpandang pucuk betik, terus rembat seikat. Tidak lupa sauk sekali dua tangkai jering, petola, mangga muda, labu kundur dan cili padi.



12 comments

  1. Masyaa Allah...cantiknya ikan kandaman tu.Merah menyala...Sabah kaya dengan ikan berwarna warni la...Dah la cantik..segar..pastinya sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantikkan Mama Cella. Biasanya nampak yang warna muda, tapi kami dapat merah menyala.

      Padam
  2. saya biasa nampak bawal hitam saja di pasar kawasan ni. Samalah di pontian ni..mendung dan redup...kadang2 hujan pagi...kadang2 hujan petang

    BalasPadam
  3. Ooo, saya panggil ikan tu, ikan uji rashid. Tapi warnanya, tak la merah terang macam tu.
    Bestnya, banyak sayur dan ulam. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, tak ada nama khas. Nama kandaman itu mungkin panggilan penduduk tempatan.

      Padam
  4. Macam ikan merah
    tetapi matanya lebih besar

    BalasPadam
  5. Saya selaluuuu suka seafood segar macam nih. Lebih suka ikan laut drpd ikan sungai.

    Beruntungnya kak, di sana banyak aneka seafood macam tuh. Di Jakarta ada tapi mahal. Saya paling suka kalo pulang kampung ke Sibolga , Sumatra Utara. Krn daerah pesisir, jadi seafood aneka macam dan murah.

    BalasPadam
  6. memacam ikan ada kak, segar2 pulak tu... kalau kat sini entah dah berapa harganya...

    BalasPadam
  7. Kat LD dnegarnya harga ikan x mahal sangat ye kak amie....kat Semenanjung ni nauzubillah harga ikan...mahal giler...apatah lagi seafood2 lain...apapun SA suka entry ni...semua segar2 je....

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe