Sarapan Bihun Goreng Tauhu & Oleh-Oleh dari Tanah Suci
11:38 PGBismillahirrahamanirrahim.
Selamat berhujung minggu, selamat pergi ke pasar, selamat mengemas rumah dari bilik tidur, bilik tamu hingga ke dapur, selamat mencuci pakaian, selamat menyidai pakaian, selamat menyapu sampah, selamat mengemop, selamat mencuci tandas, selamat menyiram bunga, selamat mencuci pinggan mangkuk! Allahu.... rasanya tak cukup sehari menyelesaikan kerja-kerja rumah. Dan memang betullah orang kata, hari minggu bukan hari untuk bercuti dan goyang kaki dari pagi hingga ke petang tetapi hari minggu itulah kebanyakan daripada kita gunakannya untuk membuat kerja-kerja rumah yang kurang sempurna sepanjang minggu (6 hari bekerja).
Dan akhir sekali, selamat bersarapan!
Sarapan apa pagi ini kawan-kawan? Amie goreng sebungkus bihun. Untuk sarapan kami bertiga sudah tentulah masih banyak lebihannya. Bolehlah ulang makan tengahari nanti. Hari ini agak malas untuk masak tengahari sebab hendak siapkan E-RPH dan isi borang PBD. Kalau sudah menghadap komputer memang tak selesa masuk dapur semula dan sambung kerja dengan segala bau belacan dan bawang!
Bihun Goreng Tauhu |
Jemput sarapan Bihun Goreng Tauhu bersama kami.
Bahan-bahan:
- 1 bungkus bihun (Cap Raja Udang - Bihun Lobster) - rendam hingga lembut - toskan
- 200 gram brokoli - potong ikut suka
- 2 keping tauhu - potong empat segi ikut saiz yang disukai dan goreng hingga kuning keemasan
- 2 biji telur - dadar - hiris-hiris
- 2 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut - tumbuk kasar
- 1 labu bawang besar - cincang
- 4 sudu besar minyak
- garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
- 3 ulas bawang putih
- 7 tangkai cili kering
Cara memasak:
- Panaskan minyak. Goreng bawang besar cincang hingga layu.
- Masukkan bahan kisar dan udang kering, tumis hingga terbit minyak.
- Masukkan brokoli dan goreng kacau.
- Setelah brokoli berubah warna, masukkan bihun, tauhu goreng dan garam / perasa pilihan.
- Gaul rata.
- Padamkan api dapur.
- Hidangkan dengan taburan hirisan telur dadar.
Bihun Goreng Tauhu |
Kelmarin petang, Encik Suami sampaikan oleh-oleh daripada kakak ipar yang baru balik dari tanah suci. Untuk Amie, sehelai sejadah warna ungu lembut dengan bunga merah hati dan sebotol minyak wangi. Untuk Encik Suami, sehelai jubah warna putih kelabu. Encik Suami kata, kalau tak mahu minyak wangi itu, biarlah dia yang pakai. Katanya, dia tahu kita tak akan pakai minyak wangi attar.
Eh, dah kakak ipar bagi kita, dia pula nak ambil!
Orang dah bawa dari jauh nak bagi kita, kita akan gunalah nanti...ahaks!
Eh, dah kakak ipar bagi kita, dia pula nak ambil!
Orang dah bawa dari jauh nak bagi kita, kita akan gunalah nanti...ahaks!
Alhamdulillah. Bolehlah tukar sejadah baharu untuk solat, dan titiskan minyak wangi supaya harum tempat dahiku bersujud.
Sejadah, Jubah & Minyak Wangi Attar. |
17 comments
Kreatipnya telur dadar dia!
BalasPadamPotong-potong jew Uncle.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamKalau tak mau, aku juga mau minyak wanginya. He he ..... Apalagi minyak wanginya produk Arab.
BalasPadamMau Bunda Nur hihihiii....
PadamIndahnya ole2 dari Tanah Suci, terbau2 harumnya minyak atas. Sy rasa nak join kutip tauhu atas bihun, eheheh.
BalasPadamtauhunya terbenam oleh telur
PadamRajin ya Kak Amie gulung2 telur dadar sblm potong. Nampak cantik hasilnya.
BalasPadamSuka tgk sejadah warna purple tu.
Terima kasih Carneyz.
PadamLembut je warna sejadah tu, sedap mata memandang.
BalasPadamKami pun baru dapat sejadah & minyak attar, bolen renjis atas sejadah juga :)
Calit sikit minyak attar atas sejadah, aromanya mengingatkan ketika tangan sentuh kaabah dan hidu baunya... sama!
PadamHappy weekend cikgu....
BalasPadamTerima kasih Faizah.
PadamAlhamdulillah...
BalasPadamRezeki makan dan rezeki dari Tanah Suci..
Banyaknya "SELAMAT" di hari minggu..hihihi
Mudah-mudahan semuanya dalam keadaan selamat hihihiii.
Padamcomel hiasan telur dadar tu kak
BalasPadamAlhamdulillah.. menarik oleh-olehnya..
BalasPadamSedap tauhu dengan mee hoon..