Bismillahirrahmanirrahim.
Apa khabar rakan-rakan di pagi minggu ini? Harap semuanya sihat walafiat.
Pagi ini kami tiga beranak keluar jalan-jalan cari makan. Seperti biasa kami singgah sarapan pagi di Auliah Restaurant dan kemudian teruskan perjalanan ke pasar tani.
Amie beli Nasi Panggang Cemangi, sejenis masakan Indonesia yang terkenal terutamanya di Pulau Jawa. Kalau di sana, dipanggil Nasi Bakar Kemangi. Kemangi dan cemangi walaupun sebutan diawalnya berbeza iaitu "k" dan "c" tetapi maksudnya sama. Dengan kata lain kemangi atau cemangi ialah sejenis herba dari keluarga selasih. Aromanya lembut dan harum. DI Lahad Datu pula, dipanggil Nasi Panggang Cemangi. Penjualnya terdiri daripada beberapa orang anak muda yang begitu ramah menerangkan tentang Nasi Panggang Cemangi yang mereka jual. Ada dua jenis Nasi Panggang Cemangi yang mereka jual iaitu Nasi Panggang Ayam Cemangi dan Nasi Panggang Udang Cemangi. Mereka panggang nasi tersebut di tempat mereka berjualan. Amie beli kedua-duanya.
Nasi Panggang Ayam Cemangi + Nasi Panggang Udang Cemangi |
Tak sabar nak lihat dan nak rasa kedua-dua jenis nasi panggang ini. Mula-mula kita buka dahulu bungkusan Nasi Panggang Ayam Cemangi. Oooo... nasi dibalut lagi dengan daun pisang di bahagian dalamnya.
Ini dia Nasi Panggang Ayam Cemangi. Ayam campur daun cemangi dimasak bersama dan kemudian dibungkus dalam daun pisang sebelum dipanggang.
Mari cuba rasa. Ummpphhh.... sedap! Sangat sedap! Kalau MIL yang makan, tentu MIL akan kata : Gurih!
Kita lihat pula Nasi Panggang Udang Kemangi.
Sama seperti Nasi Panggang Ayam Kemangi, nasi dibungkus dalam balutan kedua di dalam daun pisang. Bezanya udang dikisar @ dihancurkan bersama kelapa parut dan ditambah daun kemangi kemudian dibungkus dengan daun pisang dan dipanggang berasingan. Ia kelihatan seolah-olah pais udang.
Nasi Panggang Udang Kemangi. |
Kita buka balutan daun pisang berisi nasi. Sekarang bolehlah makan bersama pais udang.
Apa beza rasa kedua-duanya? Sudah tentulah Nasi Panggang Ayam Kemangi rasa ayam, dan Nasi Panggang Udang Kemangi rasa pais udang. Yang tak ada bezanya ialah kedua-duanya sedap!
Amboi, loyar buruk pulak Kak Amie. Tentulah ayam rasa ayam, kan. Kalau ayam rasa udang, udang rasa ayam, mesti dia salah bungkus, hihi. Terlapar pulak menengok nasi panggangmu itu.
BalasPadamHahaha... buat loyar buruk sebab sedap sangat!
PadamByk makanan baru yg saya belajar dari blog Kak Amie ni. Baru tau pasal nasi panggang cemangi.
BalasPadamSeronok hidup berbilang kaum, saling kenal-mengenal, saling memahami budaya dan berkongsi resipi.
PadamYa Allah...macam terasa sedapnya...
BalasPadamSaya suka haruman pucuk kemangi...
Kat sini tak nampak jual.nasi bakar ni kecuali pernah jumpa kat Nasi Bamboo Sg Klah.Itu pun hanya 1 pilihan
Macam teringin pula nak buat sendiri sebab sedap hihihiii!
PadamIni sedaap kalo dimakan saat masih panas 😄👍. Saya pun suka nasi bakar. Macam2 dah saya coba , tapi favorit seller saya di Bandung. Di sana nasi bakarnya lebih sedap daripada yg dijual di Jakarta.
BalasPadamSA kalau kat sana sure nak cuba ni....mesti sedap....
BalasPadam