Bismillahirrahmanirrahim.
Bertemu kembali di dapur maya, tempat melepas segala penat dan lelah dan gundah gulana. Selamat berhari minggu dan menikmati cuti bersama keluarga (walaupun sebenarnya terpaksa angkut bawa balik ke rumah kerja-kerja haikiki yang entah sampai bila akan berakhir kecuali apabila tiba saat bersara nanti).
Hujan dari petang kelmarin, membawa suasana dingin hingga ke pagi dan terlajak bangun pagi. Dalam mimpi nampak hidangan roti dan telur separuh masak di atas meja. Apabila terjaga, Encik Suami minta gorengkan bihun. Sedang rendam bihun, kedengaran suara jiran sebelah memberi salam. Samlam disambut, dan Alhamdulillah! Rezeki di pagi minggu dapat sepiring kuih nagasari yang masih panas.
Kita terus siapkan bahan untuk goreng bihun. Kita hanya gunakan 1/2 bungkus bihun saja. Maklumlah hanya makan bertiga. Kalau boleh, tidaklah mahu masak terlebih-lebih. Oleh kerana sudah agak lewat untuk nyahbeku isi ayam, jadi kita gunakan perencah telur sahaja. Sedaplah pula Bihun Goreng Telur! Lagilah apabila ditambah dengan kicap lada.
Bahan-bahan:
- 1/2 bungkus bihun - rendam dengan air biasa sehingga lembut
- 1 pokok sawi - hiris /potong ikut suka
- 1/2 batang lobak merah - sagat
- 2 biji telur - pecahkan dan pukul ringan
- 1 sudu kecil lada putih - tumbuk
- 3 ulas bawang putih - cincang
- 1 labu bawang besar - cincang
- 3 sudu besar minyak
- garam / perasa pilihan
Cara memasak:
- Panaskan minyak. Goreng bawang putih dan bawang besar cincang hingga lalu. Tolak ke tepi kuali.
- Tuangkan telur dan biarkan seketika dan kemudian kacau-kacau. Tolak ke tepi kuali juga.
- Masukkan lobak merah dan sayur sawi. Gaul sekali bersama bawang dan telur.
- Setelah sayur sawi layu, masukkan pula bihun.
- Taburkan garam / perasa pilihan dan juga lada putih.
- Gaul rata.
Wahhh.. rezeki berganda ni Kak Amie, ada Bihun dengan Kicap Lada serta Nagasari. Terus terlupa hidangan roti dan telur separuh masak di atas meja dalam mimpi tu, hihi.
BalasPadamRezeki pagi. Hati suka ada orang beri kuih untuk tambah makna dengan mihum goreng.
BalasPadamtempat bihunnya cantik sangat kak amie...mbul kemlecer liat bihunnya, pengen sarapan pake bihun yang full kobis...juga kue nagasari isi pisang, dimakan habis dikukus terasa hangat dalam perut. yummy!!!!!
BalasPadamsaya suka bihun putih penuh sayur macam ni... tp suami suka bihun merah
BalasPadamSedapnya bihun..saya suka bihun Singapore.... Eh Nagasari pun dapat..Syukur ada jiran yang pemurah..hehe..
BalasPadamSedapnya tengok bihun Amie masak. Rezeki, jiran bagi kuih. Alhamdulillah.
BalasPadamuenak masak bihun dikasih telur
BalasPadamMacam terbau aroma daun pisang kuih nagasari yang masih panas.Mihun rencah telur pun sedap bila dah lama tak bermihun kanš¤
BalasPadamAlhamdulillah rezeki kak Amie dapat suami yang tak kekok menolong di dapur. takdelah penat sangat
BalasPadamRezeki dapat kuih nagasari. Kadang macam tu lah kak Amie. Malas nak tunggu thawing ayam, guna rencah telur pun jadilah. Sedap jugak kan. Sedap style masakan bihun Kak Amie. Memanng sedap makan dengan sambal kicap. Baru ngam pedasnya.
BalasPadamsampai ke harini lepas 18 tahun kawin...ammi tak reti kalau dah goreng telur tu pastu tepikan kat kuali.. mesti ammi keluarkan je terus dari kuali pastu nanti masuk semula. sbb pernah cuba tepikan...masa nak tumis rencah bawang bagai tu ehhhhhh terkacau sekali juga
BalasPadam