Bismillahirrahmanirrahim.
Masih lagi terbau aroma Aidil Adha walaupun sambutan sudah masuk hari keempat!
Kali ini memang terasa sunyi kerana hanya kami tiga beranak sahaja yang menyambutnya. Memandangkan kesibukan menyiapkan banyak tugas hakiki, tidak sempatlah untuk membeli pelbagai persiapan memasak. Pandai-pandailah Encik Suami membeli apa yang patut.
Jadinya, di pagi raya terhidanglah sedikit juadah termasuk nasi himpit, rendang ayam dan rusa masak kari. Pada mulanya hendak masak rendang daging lembu, tapi di saat akhir merendang ayam pula! Sesungguhnya hati manusia memang sentiasa berbolak-balik! Hari ini merancang lain, esok lain pula hasil kejadiannya.
Ayamnya pula tidaklah banyak yang diolah. Cukuplah seekor. Itu pun hampir 2 kg beratnya. Maklumlah Encik Suami pilih ayam gemuk. Bolehlah tukar-tukar juadah dengan jiran.
Selepas solat raya, kami berkunjung raya ke rumah saudara mara pula.
Rendang Ayam |
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam - potong ikut saiz yang disukai
- 1 liter santan pekat
- 3 sudu besar kerisik
- 3 helai daun kunyit - dihiris
- 3 helai daun limau purut - buang urat belakang
- 1/2 cawan gula melaka parut
- 1 sudu kecil pati asam jawa
- garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:
- 5 ulas bawang putih
- 3 biji bawang besar
- 10 biji bawang merah
- 3 cm halia
- 3 cm lengkuas
- 3 cm kunyit hidup
- 5 batang serai - hiris
- 15 tangkai cili kering
Cara:
- Tuangkan santan ke dalam periuk / kuali.
- Masukkan semua bahan kisar.
- Biarkan sehingga mendidih.
- Masukkan ayam, gula melaka, pati asam jawa, kerisik dan garam /perasa pilihan secukupnya.
- Masak bahan rendang dengan menggunakan api sederhana dan kacau sekali-sekala supaya tidak hangus.
- Apabila ayam telah empuk dan pecah minyak, masukkan hirisan daun kunyit dan limau purut.
- Jika suka kuah basah, tidak perlulah tunggu sehingga kuah mengering. Cukuplah sekadar daun kunyit dan daun limau purut menjadi layu. Bolehlah padamkan api dapur.
Rendang Ayam |
Sedapnya lah Rendang Ayam Kak Amie nie..
BalasPadamJemput Sue. Lama saya tak merendang ayam.
PadamSal Aidiladha Cikgu Amie...
BalasPadamNampak sedapnya rendang ayam...kalaulah ada buras..ðŸ¤
Saya bawa juga sedikit rendang ayam ke kampung, rumah adik ipar. Dapat makan dengan buras di sana.
PadamNampak sedapnyer rendang ayam tu
BalasPadampn is3 wak merendang kambing
Bahan rendang kita sama, cara aje lain. Nanti sy nak ikut seratus peratus resepi Kak Amie ni sebab biasa main campak2 jer. Nampak sedap sangat tu rendangnya lagilah kalau ayamnya gemuk, hihi.
BalasPadambertiga je ye kak, tapi tetap kene ada masak menu raya kan kak baru meriah sikit
BalasPadamMenu wajib raya ni rendangg ayam
BalasPadamSb mkn dgn nasi putih pun sedapp
Ooo, Amie tak tumis pun masak rendang ni. Macam buat masak lemak pulak. Lain kali, bole ikut. :)
BalasPadamSedapnye rendang ayam tu. Dah lama tak merendang. Nak buat juga la nanti 😊.
BalasPadamsedapnya. saya suka rendang banyak kuah macam ni
BalasPadamBanyak ayam yang direndang tapi takpe boleh ulang-ulang makan.
BalasPadamPekat memikat rendang kak Amie. Samalah Kak Amie, saya pun sambut berempat je dengan mak abah kat kampung. Masakan pun sikit je. Ada rendang tu dah kira rayalah tu :)
BalasPadamPekat memikat rendang kak Amie. Samalah Kak Amie, saya pun sambut berempat je dengan mak abah kat kampung. Masakan pun sikit je. Ada rendang tu dah kira rayalah tu :)
BalasPadam