Bismillahirrahmanirrahim.
Pertengahan Jun lepas, kakak ipar belanja kami makan malam di Restoran Rumpun Selera, Sri Perdana.
Makanan tidak ditempah terlebih dahulu. Sebaik sampai, kami boleh pesan apa sahaja makanan yang ingin dinikmati. Malam itu pelanggan sangat ramai. Kami berada di dalam restoran bilik berhawa dingin. Di bahagian luar, memang penuh. Ditambah lagi kerusi meja di luar restoran! Nampaknya Restoran Rumpun Selera sudah menjadi restoran kegemaran ramai di Lahad Datu. Tempat letak kereta pun penuh sesak.
Lebih sejam jugalah kami menanti hidangan dihantar ke meja. Walaupun agak lama menunggu, tidaklah hati rasa mendidih sebab memahami betapa sibuknya pekerja restoran melayan pelanggan.
Firdaus pula, kebetulannya membawa komik Aku, Dia dan Bantal Busuk. Entah kali ke berapa budak ini baca komik yang sama. Katanya dia sangat suka baca komik ini kerana sayang sangat dengan bantal busuknya! Eh, ada kaitan suka dan sayang!
Memang akan terdengar gelak-gelanya apabila membaca komik kesayangannya ini.
Aiman (cucu buah) yang duduk di sebelahnya pun ikut membaca sama. Bagus jugalah Firdaus bawa komik. Makanan pula lambat sampai. Jadi, tidaklah rasa bosan menunggu. Maklum sajalah, anak-anak bukannya senang duduk lama-lama!
Encik Suami pilih jus epal dan jus oren untuk kami berdua.
Ipar duai kebanyakannya memesan nasi beriani. Lain sikit warna nasi beriani di sini.
Lamb Stew |
Jom makan roti dengan kambing! |
Terima kasih kakak ipar kesayangan yang selalu belanja kami makan-makan.
Sekarang kakak ipar kami berada di Makkah menunaikan fardhu haji.
Semoga sentiasa sihat dan akan mendapat haji yang mabrur. Amin.
Special la naan cheese tu ..dah macam ala pizza..
BalasPadamStew & roti kambing lagi la menggoda🤭..
Kambing tuuu ..
Raya Qurban kalau masjid kapitan memang depa banyak qurbankan kambing berbanding lembu..
Selamat Hari Raya Qurban Mama Cella.
PadamSemoga dipermudahkan urusan kak ipar Kak Amie dan mendapat haji yang mabrur. Nasi beriani tu nampak sedap lain macam tapi jus oren tu lebih menggiurkan, hahah.
BalasPadamHahahaaa.... lepas makan nasi beriani, minum jus oren memang ranaplah lemak tanpa perlu bakar.
PadamPemurah kakak ipar.
BalasPadamSemoga diberi haji mabrur.
Amin ya Allah.
PadamSinggah baca :) Selamat Hari Raya Aidiladha! Semoga gembira bersama keluarga tersayang :)
BalasPadamSelamat hari raya aidil adha juga buat Syaz sekeluarga.
Padampandai daus manfaatkan masa tunggu makanan dihidang
BalasPadamDaus memang sayang sangat dengan buku komiknya itu Kak PI.
Padamsemoga kakak ipar kak Amie mendapat haji yang mabrur dan pulang dengan selamat nanti. warna merah ayam tu menggoda betul
BalasPadamAmin ya Allah.
PadamAyam masak merah itu memang menambat selera kan Sal.
mcm nasi minyak pulak nasi berianinya... nan cheese tu nmpk mcm sedap je kak
BalasPadamNan cheese tu makan panas-panas sedap.
PadamSemoga kakak ipar kak ammie mendapat haji yang mabrur...
BalasPadamAmin ya Allah.
Padam