Bismillahirrahamanirrahim.
Kali ini Amie kongsikan resipi Daging Rusa Masak Kari, salah satu lauk juadah di pagi Aidil Adha. Walaupun hanya masak sekilogram daging rusa sahaja, tetapi masih berbaki sehingga ke hari ini. Apabila ahli keluarga semakin mengecil jumlahnya, sentiasalah ada lebihan masakan. Jadi bolehlah disimpan dalam bekas-bekas kecil dan disejukbekukan. Apabila hendak makan, keluarkan dan nyahbeku sahaja sebelum dipanaskan kembali.
Kali ini Amie kongsikan resipi Daging Rusa Masak Kari, salah satu lauk juadah di pagi Aidil Adha. Walaupun hanya masak sekilogram daging rusa sahaja, tetapi masih berbaki sehingga ke hari ini. Apabila ahli keluarga semakin mengecil jumlahnya, sentiasalah ada lebihan masakan. Jadi bolehlah disimpan dalam bekas-bekas kecil dan disejukbekukan. Apabila hendak makan, keluarkan dan nyahbeku sahaja sebelum dipanaskan kembali.
Seperti biasa, sentuhan akhir masakan kari sudah tentulah ikut cara MIL iaitu dengan menuangkan jus limau nipis ke dalam masakan dan kemudiannya kacau beberapa kali, dan padamkan api dapur.
Daging Rusa Masak Kari |
- 1 kilogram daging rusa - potong ikut ketebalan / lebar yang diingini
- 5 biji kentang - kupas kulit - belah 4
- 250 ml santan pekat
- 1 liter santan cair
- 4 sudu besar serbuk kari
- 3 sudu besar serbuk cili
- 2 pelepah daun kari - dilurut
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 5 biji buah pelaga
- 1 sudu kecil jintan manis
- 1 biji limau nipis - ambil jusnya
- 2 sudu besar minyak sapi
- 2 sudu besar minyak masak
- garam / gula / perasa pilihan
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 1 labu bawang besar
- 2 cm halia
- Panaskan minyak sapi dan minyak masak dan tumis bahan hiris hingga layu.
- Masukkan kulit kayu manis, jintan manis, bunga lawang dan buah pelaga. Tumis kacau hingga naik bau.
- Tambahkan serbuk kari, serbuk cili dan daun kari. Jika terlalu kering, masukkan sedikit santan cair.
- Masak sehingga pecah minyak dan kemudian masukkan daging rusa. Gaul sebati. Gunakan api perlahan.
- Masukkan santan cair dan masak hingga daging rusa hampir empuk.
- Kemudian masukkan kentang. Setelah daging rusa dan kentang empuk, tambahkan pati santan.
- Terus masak dengan api perlahan hingga pecah minyak sekali lagi.
- Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
- Akhir sekali tuangkan jus limau nipis. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.
Daging Rusa Masak Kari |
Sebentar lagi selepas solat maghrib, kami hendak bersiap-siap ke rumah kakak ipar. Majlis bacaan Yasin sebagai acara mingguan keluarga diteruskan. Jumpa lagi.
Sedapnya daging rusa..
BalasPadamTeringan cerita Pak Pandir..Bila Mak Andeh suruh cari belalang rusa nak buat umpan memancing...Pak Pandir tangkap rusa nak buat umpan...🤣
Hahahha.. sy ingat kisah tu
Padamsesungguhnya uncle tak pernah makan daging rusa!
BalasPadamMasakan eksotik ni. Saya belum pernah makan daging Rusa.
BalasPadamBestnya dapat mengari daging rusa
BalasPadamsenang dapat daging rusa eh cikgu amie.. seingat saya makan daging rusa ni masa kecil dulu bila abah berburu.
BalasPadambelum pernah mkn daging rusa...
BalasPadamSeingat ingat masa zaman sek penah mkn he hee masa tu jiran dpt hasil memburu, lamaanya x mkn daging rusa ni dah
BalasPadamsedapnya kak, dana tak pernah masak daging rusa kalau makan pernah la heheheh
BalasPadamPernah sekali tak silap LeYa makan daging rusa... memang sedap
BalasPadamsedapnya tgk masakan kak amie..berselera saya :)
BalasPadamSusah jumpa daging rusa ini tapi pernah makan.
BalasPadamDah lebih 20 tahun rasanya sy tak makan daging rusa. Sedap lagi dari kambing, kan Kak Amie.
BalasPadamSedapnya, kari daging rusa! Saya masak kari, letak air asam jawa. Nanti nak cuba letak jus limau nipis. Lagi-lagi tumis dengan minyak sapi mula-mula, harumnya bau, sampai ke sini. :)
BalasPadamdahsyat kak Amie makan rusa di pagi raya. hehe
BalasPadamSedapnya daging rusa. Suka kelembutan daging rusa tanpa lemak. Tapi itulah, susah nak jumpa dan harga boleh tahan mahal juga. Setandinglah dengan kualiti daging. Mesti sedap masakan ikut cara orang lama.
BalasPadam