Makan Pacal @ Pecal Brunei di Brunei Satay House
5:46 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Pacal Brunei |
Awal tahun lepas kami pernah makan di Brunei Satay House di sini: BRUNEI SATAY HOUSE INDAH PERMAI. Kali ini kononnya untuk temankan Firdaus makan, kami pun singgah untuk menjamu selera sekali. Ruang dalam perut pun sebenarnya masih boleh diisi memandangkan hanya makan tengahari dengan puding kelapa dan beberapa ekor lokan bakar!
Tiga rangkap pantun di sebelah pintu masuk Brunei Satay House |
Seperti biasa, Firdaus memang mencari kentang goreng. Kami pesan:
- Green Tea
- Chinese Tea
- Brunei Satay Set Kecil
- Pacal @ Pecal Brunei
Pacal @ Pecal Brunei agak berbeza dengan pecal yang keluarga Encik Suami buat. Maklumlah, menu asal dari tempat lain, sudah tentu sedikit sebanyak ada perbezaan dalam resipinya seperti bahan-bahan yang digunakan walaupun namanya sama. Kata Encik Suami, lebih banyak nasi himpit berbanding sayur-sayuran. Itulah Pacal @ Pecal Brunei di Brunei Satay House.
11 comments
Haaa.. kadang2 memang kena tukar, nanti sakit perut baru tahu erti penyesalan, hahahah.
BalasPadamKiranya kena sesuaikan keadaanlah kan SK.
PadamSlogan tu kena ikut keadaanlah nampaknya Kak Amie hehe...
BalasPadamSukalah pantun tu...Biskita tu maksudnya anda agaknya ye...
Ya, betul tu biskita maksudnya anda / kamu.
PadamI love pecal!. Tapi menu Brunei hanya keropok je pernah rasa, itu pun zmn kecik2 masa abg saya keja di sana dia pos.
BalasPadamSaya pun tak banyak merasa menu Brunei. Banyak juga yang lebih kurang sama dengan menu kita.
PadamBaru nak tengok kuih kochong tu..hihihi..
BalasPadamSedapnya semua hidangan tu
Lain kali kita makan kuchong Brunei sama-sama ya Mama Cella hihihiii.
PadamHaha. Setuju ayat biar menyesal tak makan tu sebab kalau perut dan badan tak selesa, potong mood nak jalan-jalan
BalasPadamHehe bahaya kalau dah mabuk masuk angin.
BalasPadamOh ada juga pecal Brunei.
kuah pecal dia selambak. Kalau banyak sayur mesti sedap tu. Kalau dah rasa lain macam je baik le hindarkan daripada semua angin jadi puting beliung....naya je
BalasPadam