Pindang Ikan Bawal Emas

4:57 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini hari terakhir bertugas di padang sempena sukan sekolah. Tiga hari berturut-turut berjemur di bawah terik cahaya matahari. Panasnya lain macam, sebab kompleks sukan terletak berhampiran dengan laut! Memang kulit terus berubah warna.... ahaks! 

Dan yang menjadi bahan gelak kami ramai-ramai sudah tentulah usikan yang berbunyi : Tiga hari berjemur di padang, balik rumah apabila cermin muka, hanya nampak warna gigi saja! Itulah perumpamaan yang menunjukkan perubahan warna kulit akibat terkena panahan sinar ultraviolet! Ada juga yang rajin sapu losyen sun block, tetapi kebanyakannya tidak termasuklah yang sedang menulis ini.

Masak apa hari ini? Akhir-akhir ini selera makan lebih kepada lauk-pauk kampung sahaja. Encik Suami bawa pulang dua biji nanas. Kita nak masak pindang ikan bawal emas. Bolehlah tambah beberapa keping  hirisan nanas. Kali ini kita bubuh sedikit belacan dalam perencah masakan pindang. 

Akhir-akhir ini Encik Suami kurang berminat menjamah lauk-pauk yang pedas. Jadi, Amie tidak tumbuk cili padi sebagai perencah. Amie hanya campakkan beberapa biji cili padi putih ke dalam masakan pindang. Sewaktu makan dengan nasi, bolehlah picit cili padi putih untuk dapatkan rasa pedas. Bagaimanapun lauk Pindang Ikan Bawal Emas ini sudah cukup menyelerakan! Ditambah dengan sambal tempoyak dan ulam kacang bendi. Perggghhhhh!

Pindang Ikan Bawal Emas


Jom, kita kongsi resipi yang biasa-biasa saja ini tetapi apabila terhidang di atas meja, keinginan untuk menjamahnya menjadi luar biasa!

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan bawal emas seberat 500 gram - bersihkan - kerat dua
  • 10 keping hirisan nanas separuh masak
  • 2 biji tomato - belah 2
  • 2 keping asam gelugur
  • 10 tangkai cili padi
  • 2 batang serai - diketuk
  • 4 cawan air
  • 3 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk kasar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 3 cm kunyit
  • 1 sudu kecil belacan
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar bersama serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan nanas dan gaul beberapa kali.
  3. Tuangkan air. Biarkan sehingga mendidih dan nanas menjadi layu.
  4. Jika kuah sudah ada rasa masam oleh nanas, masukkan sekeping sahaja asam keping / gelugur.
  5. Seterusnya masukkan ikan dan cili padi serta tomato.
  6. Setelah ikan masak, taburkan garam / perasa pilihan.
  7. Padamkan api dapur.

Pindang Ikan Bawal Emas

Jemput makan!
Bismillah.

11 comments

  1. Terima kasih kongsi resepi, bosan juga masak bawal tiga rasa. Nanti nak cuba pindang ikan bawal ni.

    BalasPadam
  2. Bolehlah cuba resepi ni. Dah lama tak beli bawal emas ni.

    Sekarang ni musim sukan sekolah ye Kak Amie? Sekolah anak2 pun dari radika hingga menengah rancak berlatih utk Hari Sukan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan PH. Masak simple begini sedalah pula.
      Ya, musim sukan sekolah. Hari-hari turun padang melatih atlet. Hari ini sudah selesai sukan.

      Padam
  3. Kalau lauk pauk Cikgu masak guna ikan..saya memang boleh bayang kesedapan sebab ikan ya harus la ikan fresh kan..Dah lama tak nampak ikan layaran kat dapur Cikgu...Kat sini ikan tu kena tangkap lepas sbb dilindungi..Tapi pernah makan ..sedap isinya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama dah tak jumpa ikan layar. Kalau ada memang terus borong berkilo-kilo.

      Padam
  4. anak anak suka lauk masak pindang ikan ni

    BalasPadam
  5. suka masak pindang bila dah takde idea nak masak apa

    BalasPadam
  6. Lauk sihat dan selalu orang berpantang makan.

    BalasPadam
  7. Sedap lauk pindang ni tapi sy tak pernah cuba masak sebab orang di rumah tak pandai makan.

    BalasPadam
  8. terkenang arwah mak mertua aida, kak.
    dia cerewet bab makan. dia kata nak makan ikan bawal satu hari tu.
    aida pun beli la bawal emas ni. buat sweet sour.
    bila da siap masak, dia tak nak makan! hu hu hu hu...
    rupanya dia makan bawal itam aje :) ha ha ha ha...
    hadoi lah.... kenangan, kak. sejak tu, kalau nak masak, aida tanya dulu.
    "mommy makan ni tak?" ha ha ha ah ha...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe