Jom Makan Tengahari!
1:19 PTGBismillahirrahamanirrahim.
Alhamdulillah. Hari ini berkesempatan siapkan bekal makanan untuk Firdaus sekolah rendah. Biasanya Encik Suami beli nasi dan lauk untuk bekalannya.
Sempat pula siapkan makanan tengahari untuk kami berdua.
Sekarang sedang menunggu Encik Suami balik dari solat Jumaat untuk makan bersama-sama.
Lauk-pauk ringkas sahaja:
- Nasi Putih
- Ikan Cencaru Goreng
- Siput Tarik'
- Latok
- Sambal Pencecah
Sebenarnya menahan diri meratah latok, sebab tunggu Encik Suami pulang. Jadi, buatlah entri ini dulu. Eh, terdengar pintu pagar dibuka. Sudah pulang pun Encik Suami!
Wokey!
Jom makan!
Jumpa lagi!
10 comments
segar latok menghijau sedap tu
BalasPadamawet muda tu ratah latok. Siput tarik tu camne ye bukan siput sedut kan.
BalasPadamSiput tarik tu sebab kena tarik?
BalasPadamIkan cencaru sedap. Tak pernah makan latok.
BalasPadamBelum pernah rasa makan latok. Nampak menarik, segar.
BalasPadamDinda Ami! Saya baru sekali ini kenal dengan latok. Latok itu apa?
BalasPadamSedapnya lauk pauk segar dari laut tu...
BalasPadamSedapnya
BalasPadamSangat menyelerakan. Sy dah lama tak masak tengahari.
BalasPadamMasuk baca entri ni ngam-ngam time makan tengah hari. Terus rasa nak pergi dapur heheheh
BalasPadam