Makan Hidangan Timur Tengah di Mashawi 2 Tanjung Aru
6:58 PTGHendak menikmati hidangan timur tengah di Bandar Sepanggar sudah tentulah agak jauh dari Tanjung Aru. Jaraknya lebih 20 kilometer. Ada sebuah lagi cawangan Restoran Mashawi 2 di sekitar Kepayan, tetapi kami belum pernah ke sana. Petang itu, setelah daftar masuk Seapark Condotel, kami berura-ura untuk ke One Borneo. Jadi, bolehlah singgah di Bandar Sepanggar.
Sewaktu keluar dari condotel, Amie tanya Pak WAZE arah Restoran Mashawi dan tertera di situ hanya 200 meter dari tempat penginapan kami. Biar betul? Tentu maklumat itu salah.
Encik Suami kata, cuba tengok betul-betul Mana tahu memang ada cawangan Restoran Mashawi di Tanjung Aru! Rupanya Mashawi 2 di Kepayan sudah dipindahkan ke Tanjung Aru dan kedudukannya hanya di belakang Seapark Condotel!
Turkish Pide Pizza dengan topping beef & lamb. |
Ketika Turkish Pide Pizza sampai di meja, Firdaus pula yang tidak senang duduk! Hidangan kentang gorengnya belum sampai.
Turkish Pide Pizza. |
Lamb Kefta (Kofta) & Mandhi Rice |
Sukanya Firdaus dengan kedatangan Mas sekeluarga. |
12 comments
Kalau sy ada, sy pun nak tolong makankan makanan2 atas meja terutama pizza tu, nampak sedap nau nau.
BalasPadamMari SK... sudahlah lembut, toppingnya mewah denga beef & lamb!
PadamPizza tu nampak sedap. Roti makan time lembut tu, fuhhh
BalasPadamMemang pizza tu sedap. Jumpa sekali-sekala, itu yang tamak nak makan semua hihihii.
PadamWah.. Pergi mana tu pukul 2 pagi. Rezeki tu dekat sangat, jalan je sampai dah. Nampak sedap pizza tu
BalasPadamHappy firdaus dpt jumpa kawan ye
BalasPadamGambar last tu terserlah kegembiraan Firdaus dapat jumpa kawan ya
BalasPadamMENU MENYELERAKAN NAMPAK UNTA PADANG PASIR SESAT SEKOR KE SITU
BalasPadamPizza tu nampak lembut je rotinya...
BalasPadamNampaknya Firdaus dan kentang goreng berpisah tiada :D
sempoi rambut anak. berkenan pulak saya tengok...
BalasPadamYa Allah rezeki! Sekali belakang hotel sahaja. Senang hendak datang lagi apabila lawat KK.
BalasPadamTerliur lamb kofta tu...sulam pula dengan teh rose putih tu...macam terasa kat tekak ni
BalasPadam